
Tuesday, October 16, 2012
Bila Alya Mula Cakap Bahasa Jerman....

BE Ke 11 & 12 Di Tahun 2012 - TQ Nuffnang!!

Monday, October 15, 2012
Walaupun Kami Belum Ada Anak, Tapi.......
Walaupun kami belum ada anak, tapi kami peka dan simpati dengan penderitaan yang perlu ditanggung oleh seorang ibu dalam menjaga anaknya yang sakit.. kami juga merasa simpati jika anak orang lain sakit walaupun anak itu bukan darah daging kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan seorang ibu yang terpaksa
bersengkang mata dan berhabis duit demi menyembuhkan penyakit anak mereka.. tapi
sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, ada naluri seorang
ibu walaupun kami belum bergelar seorang ibu..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami mengerti perasaan seorang ibu yang sedang
mengandung yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada orang
sekeliling.. kami juga sedaya upaya menjaga hati mereka dan prihatian dengan
setiap gerak geri mereka walaupun anak yang mereka kandungkan bukanlah anak
kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan orang mengandung yang sensitif
sebab kami belum pernah mengandung.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan
mereka.. kami juga wanita, berjiwa sensitif dan lembut walaupun kami belum
pernah mengalami nikmatnya mengandungkan zuriat sendiri..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami juga mempunyai sifat penyayang kepada
kanak-kanak walaupun mereka bukan anak kandung kami.. kami juga sentiasa ingin
memanjakan dan memegang anak kecil itu serta melayan mereka sebaik mungkin
walaupun mereka bukannya zuriat sebenar kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni kurang sikap sayangkan kanak2 sebab kami x
ada lagi anak yg perlu dijaga.. tapi sebenarnya, kami juga ada sikap penyanyang
pada kanak2 dan selalu berhati-hati bila menyentuh dan bermain dengan anak yang
bukan lahir daripada rahim kami..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami juga boleh bercerita tentang pengalaman menjaga
anak daripada pengalaman orang lain cuma pengetahuan kami hanyalah pada teori
dan belum pada praktikal secara menyeluruh.. kami juga boleh memberikan
pendapat tentang soal penjagaan anak walaupun hakikatnya kami belum melaksanakan
apa yang diperkatakan itu pada anak kami sendiri..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x tau langsung soal penjagaan &
urusan
berkaitan kanak2 sebab kami belum melahirkan zuriat sendiri.. tapi sebenarnya,
kami juga ada mencari bahan pembacaan dan mendengar segala informasi berkaitan
penjagaan kanak2 kerana kami berharap informasi tu akan dapat digunakan bila
kami mempunyai zuriat sendiri..
Jadi,
janganlah anggap bahawa kami yang belum mempunyai anak sendiri ini tidak pernah
tau soal penjagaan anak & tidak pernah tau soal hati seorang ibu.. kami tau
cuma pengetahuan kami tidaklah sepakar wanita yang sudah bergelar ibu.. tapi
janganlah anggap bahawa kami tidak tau apa2 hanya kerana kami belum bergelar
seorang ibu…
Nota
cinta: hanya pendapat peribadi sendiri.. maaf jika ada yang tersinggung dengan
pendapat aku.. Cuma,aku mengharapkan agar ada yg faham betapa kami yang belum
ada anak ni terlalu menghargai kehadiran anak kecil itu walaupun mereka
bukanlah anak kami sendiri..

Weekend Bersama..

Friday, October 12, 2012
Tips Perkahwinan : Kekal Romantik
Jumaat yang indah.. hati masih berbunga riang kerana hari semalam.. :)
Jom berkongsi rahsia untuk kekal romantik selalu.. jangan ada alasan untuk kita mencuba sesuatu yang baik untuk pasangan hidup kita.. jangan mempersiakan setiap detik yang ada tanpa kita menghargai insan yang sudi menerima baik buruk kita dan sanggup duduk bersama kita di waktu susah dan senang..
- Di dalam kesesakan lalulintas? Walaupun kamu berdua hanya menunggu untuk lampu isyarat bertukar menjadi hijau atau menyeberangi jalan, beralih padanya dan berikan ciuman anda. Anda akan mendapat senyumannya sebagai tindakbalas.
- Jadual yang sibuk? Tunggu pasangan anda di pintu dengan memberikan selipar, jubah mandi, atau minuman yang menenangkan.
- Sedikit nota spontan boleh dibungkus dalam bungkusan makan tengahari, diletakkan berhampiran dengan kopi, ditinggalkan di atas bantal, atau menampal pada cermin bilik mandi.
- Sentiasa membuka pintu kereta untuk pasangan anda. Jika anda adalah pemandu, buka pintu penumpang pertama.
- Tidak mampu mengadakan percutian romantis? Nikmati sahaja malam yang selesa di rumah – hanya anda berdua.
- Sekurang-kurangnya hanya sekali sehari, cari sebab untuk mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda. Sama ada ia adalah kerana membawa anda berjalan-jalan, membuang sampah, sebagai rakan baik anda, atau semata-mata hanya untuk membuat anda tersenyum, ucaplah terima kasih.
Nota cinta : korang rasa kitaorang ni pasangan yang romantik x? hihihihi..* tetiba jer tanya orang kan.. apalah zana ni!

Subscribe to:
Posts (Atom)


