Tuesday, October 23, 2012

Motif Tanya Soalan Yang Dah Tau Jawapannya??

sumber: Google
Rasanya kadang2 aku pun ada tertanya soalan2 lebih kurang macam tu gak kot.. hihihi.. cumanya soalan yang berbeza la.. tapi masih lagi soalan yang boleh dianggap macam, "motif ko tanya soalan yang ko sendiri dah tau jawapannya???"..

Elok jer Encik Adiey keluar dari toilet aku boleh tanya, "gie tolilet eh?? buat apa??".. terus Encik Adiey buat muka konon2 garang.. kenapa muka konon2 garang?? sebab Encik Adiey bukannya jenis garang, so setiap kali dia nak buat muka garang mesti x menjadi.. hahahahaha.. lepas tu aku cakap, "x takut pun dengan muka "comel" tu!!".. hihihi

Dah tentu2 orang tu keluar toilet, lagi nak tanya dia buat apa.. motif??? tu namanya soalan yang nak kena bagi pelempang berkali2.. 

Kadang-kadang tu tengah leka Encik Adiey baca surat khabar, boleh aku tanya, "baca surat khabar eh??".. korang x rasa ke yang soalan aku tu boleh membuatkan Encik Adiey rasa nak masukkan aku dalam surat khabar tu x?? hahahha.. 

Tapi sebenarnya, aku tanya soalan tu sebab nak tarik perhatian dia.. sebab dia kalau tengah baca surat khabar, memang terlupa orang sekeliling sekejap.. menghayati sungguh!! padahal baca surat khabar jer pun, bukan baca novel sampai kena menghayati watak cerita tu pun.. huhuhu..

Soalan yang x best kalau ditanya sekarang ni, bila orang tu dah kenal kita.. tau pasal kehidupan kita serba sedikit.. tapi x selalu bertentang mata.. kiranya selalu tau info terbaru kat facebook jer la, setakat komen2 kat facebook jer la kan.. tetiba bila jumpa kat mana2 keluar soalan macam ni, "eh, datang berdua jer ke?? anak mana??"

Korang rasa soalan tu patut aku jawab ke x?? huh!

Punyalah selalu orang tu komen kat facebook aku.. setiap kali aku upload gambar romantik de amaor  berdua dengan Encik Adiey, siap orang tu boleh komen lagi.. x kan la x tau lagi kan?? x kan la dia x perasan yang aku x pernah langsung upload gambar baby sendiri dan x pernah update status pasal baby sendiri.. 

Tapi aku kena fikir +ve!! dia memang x perasan pun apa2 kat FB aku sebab aku ni bukannya glamour pun! aku ni bukannya penting mana pun.. aku ni bukannya kawan rapat dia pun.. so nak buat apa dia ambik tau semua pasal aku kan??  so senyum jer la bila soalan tu keluar dari mulut dia.. senyum tu kan sedekah!!

So, senyum semua!! *sambil buat2 tanya macam ni, "eh, korang tengah baca entry aku ni??".. boleh?? hihihi.. 

Monday, October 22, 2012

BE Baru Ke 13 Daripada Nuffnang - Digi Samsung Galaxy Note!

1 BE dan penat menari.. tapi, esoknya muncul pulak BE baru di blog ni.. syukur Alhamdulillah.. bestnya kalau selalu macam ni kan.. 1 BE credited, dapat pulak 1 BE yang on going.. seronoknyaaaaa kalau selalu macam ni....


Terima kasih Digi sebab sudi bagi peluang untuk BE Digi Samsung Galaxy Note menari2 kat blog saya.. saya tengah gigih kumpul duit nak beli handphone Note II, so besarlah harapan saya kalau BE ni mampu menyumbang kepada duit tabungan saya.. hihihi.. menarilah lama2 cikit yer, jadi cepatlah saya boleh langgan pakej dengan Digi untuk beli Note II.. huhuhu..

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih semua pengunjung blog! maaf kalau blog ni makin suram tanpa entry2 baru.. sebab tuan blog bz cikit sebelum raya ni.. nanti bulan 11 ada nak cuti lama pulak.. so kena siapkan semua kerja cepat2.. nanti big boss x bagi cuti pulak kalau ada kerja yang tak siap..

Nota cinta: asyik lupa nak update entry tentang hasil cheque kedua daripada Nuffnang.. nanti aku buat eh.. kalau aku lupa, anggap jer aku x pernah cakap pasal benda ni.. hahahha...





Photobucket

Tak Semestinya Kita Baik.....

Kita tulis benda baik2.. tak semestinya kita baik... tapi, sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu yang tak baik kan?
 
Kita cakap benda baik.. tak semestinya kita baik... tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara-perkara tak baik kan?
 
Kita buat baik.. tak semestinya kita baik... tapi sekurang-kurangnya kita tak buat benda yang tak baik kan?
 
Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik..
  
mencuba menjadi yg terbaik.. insyaAllah..


"Semoga hari-hari mendatang membawa lebih banyak kebaikan untuk kita semua.. salam Isnin yang ceria buat semua!"
 
 
 
Photobucket

Saturday, October 20, 2012

Makin Pelik Dengan Keyword "Candid Mantap"


Serius sampai sekarang masih tertanya2 kenapa keyword tu menjadi semakin hit sekarang ni..  setiap hari mesti keyword tu paling tinggi sekali.. dah dekat 2 minggu ni.. aku puas la mencari jawapan apa sebenarnya maksud di sebalik keyword tu dan macam mana keyword tu boleh jadi makin tinggi kat blog aku ni..
 
Aku mula fikir benda yg bukan2 bila keyword pelik ni muncul kat blog aku.. aku takut ada yg x kena jer.. manalah tau ada gambar apa2 kat blog ni yang disalah gunakan.. serius aku mula fikir bukan2 ni... susah hati la pulak macam ni...
Kalau ada yang mencari keyword tu then terjumpa blog ni, boleh bagitau apa sebenarnya yang dicari?? apa yang korang search sampai korang jumpa blog ni?? tuan blog dah hilang punca mencari jawapan ni.. hihihi...
 
Photobucket

Friday, October 19, 2012

Lelaki Dulu dan Lelaki Sekarang...

Kalau dua-dua kerja, macam mana pulak?? Work-work-shop-shop?? hahahaha...

Lelaki sekarang pun dah makin bijak berbelanja.. keperluan diaorang pun dah lebih kurang dengan keperluan orang perempuan sekarang ni..

Kalau dulu, abah aku pakai jer segala jenis sabun yg mak beli.. mak beli sabun johnson & johnson pun abah pakai jer.. lembut halus kulit abah pakai sabun baby.. hahaha... pencuci muka pun abah kata pakai jer sabun mandi.. tak de jerawat tumbuh pun abah kata.. hahahaha.. 

Yang kelakarnya, bila mak beli pencuci khas untuk wanita, abah pun beria nak guna.. adoiiii, serius boleh buat kitaorang rasa nak pecah perut tau!!!

Sekarang ni makin banyak barangan keperluan yang khas untuk lelaki jer.. pencuci muka untuk lelaki dah berlambak2 sekarang ni.. siap ada yg lagi mahal daripada pencuci muka perempuan.. sabun mandi untuk lelaki pun ada sekarang ni.. 

Sekarang ni kat bilik air nampaknya ada 2 jenis sabun.. 1 sabun suami, 1 sabun isteri.. pencuci muka pun sama.. x main kongsi2.. 1 utk awak, 1 utk saya.. hohoho.. 

Agaknya x lama lagi ada jer lotion khas untuk orang lelaki.. silap2 bedak muka untuk kaum lelaki pun ada x lama lagi kan.. hehehe.. jangan sampai meja solek isteri dikuasai lebih oleh barangan penjagaan diri suami sudahhhhhh...