Thursday, October 11, 2012

Tiada Pasangan Yang Sempurna


Tiada pasangan yang sempurna di dalam dunia ini.. 

Setiap kali kita terasa hati dengan sikap si dia, ingatlah bahawa kita juga mungkin pernah menyakiti hatinya..

Setiap kali kita merasakan si dia tidak memahami perasaan kita, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah merasakan perkara yang sama..

Setiap kali kita berasa sedih dengan sikapnya, ingatlah bahawa mungkin si dia juga pernah menangis kerana sikap kita..

Setiap kali terasa seperti apa yang dilakukan tidak dihargai, ingatlah bahawa mungkin kita pernah mengambil mudah apa yang si dia lakukan..

Jadi terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita itu seadanya.. kelebihan pasangan mungkin boleh menjadi kekurangan bagi kita.. kekurangan pasangan juga mungkin menjadi kelebihan kita..


Photobucket

11 Tahun Yang Indah.. 11 Oktober Menjadi Saksi..


11 Oktober yang bermakna.. tarikh yang dinanti setiap tahun.. tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. dan tarikh ini juga menjadi bukti permulaan hubungan antara kami berdua..

Syukur Alhamdulillah kerana jodoh perkenalan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan.. syukur kerana sehingga ke saat ini, cinta antara kami berdua masih kuat di hati kami..

Siapa sangka perkenalan yang mulanya dianggap sebagai kawan bertukar menjadi serius dari hari ke hari.. tanpa disedari lahir satu perasaan yang cukup indah dalam hati kami berdua.. 

Berbulan lamanya berkenalan tanpa pernah bersua muka dan hanya telefon menjadi penghubung perkenalan kami berdua.. pertemuan pertama di rumah keluarga sendiri menjadi titik tolak kepada pertemuan seterusnya..

Pertemuan demi pertemuan diaturkan.. bibit cinta semakin mekar di hati kami berdua.. perasaan sayang yang mendalam makin dirasai dari hari ke hari.. restu keluarga dipohon bagi menjadikan hubungan kami lebih diberkati.. 

Walaupun telah sah menjadi suami isteri, namun tarikh 11 Oktober ni tetap menjadi tarikh yang bermakna di dalam diari kehidupan kami.. bukan bermakna selepas kahwin kami melupakan tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. tarikh ini akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat kami..

Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua.. tetapi percayalah, kerana perbezaan itulah yang menjadikan kami semakin bahagia.. kerana perbezaan itulah yang membuatkan hubungan kami bertambah ceria.. 

Ya Allah, syukur di atas jodoh pertemuan ini.. kami berdua bermohon agar pertemuan dan perhubungan ini akan kekal bahagia hinga ke syurga-Mu Ya Allah.. insyaAllah....
Photobucket

Wednesday, October 10, 2012

Handphone Baru - Samsung Galaxy Note II



Pagi tadi baru berangan nak beli kamera baru kan, tetiba dapat sms daripada Encik Adiey bagitau yang esok Note II bakal dilancarkan dan dikeluarkan di Malaysia.. terus ambik kalkulator nak kira duit simpanan.. hahaha.. *over!

Tapi ada "orang tu" kata, tunggu tahun depan la baru beli.. tunggu dapat rebate RM200 yang dibetangkan masa Bajet 2013 hari tu.. hohoho.. aku belum kata nak beli pun, baru kira2 duit dalam akaun tapi ada "orang tu" dah sibuk2 suruh beli.. siap request hadiah hari jadi dia bulan Januari tahun depan belikan Note II.. hohohoho.. melampau tau "orang tu"!! * sambil kenyit2 mata dekat Encik Adiey.. hehehe..

Sebenarnya, lepas jer handphone yang baru dibeli dan dipakai selama 4 bulan hilang, aku memang x ambik pusing pasal handphone2 baru ni.. serius rasa fobia nak beli handphone baru.. tau la jugak pasal handphone SII la, SIII, Galaxy Note, iPhone 4S, iPhone 5 dan macam2 handphone la.. dah beberapa kali Encik Adiey offer nak tolong belikan tapi aku tolak sebab rasa fobia hilang handphone tu.. *untung Encik Adiey x payah susah2 belikan aku handphone baru.. hahahha..

Mungkin ada yang kata nak buat apa rasa fobia, bukan handphone yang hilang tu mahal sangat, tapi aku tetap rasa fobia tu ok! sebab dah la handphone tu Encik Adiey yang belikan, lepas tu aku hilangkan.. mestilah fobia.. tu yang asyik tolak offer Encik Adiey nak belikan handphone baru sebab rasa bersalah tu x hilang lagi..

Tapi, daripada start keluar cerita pasal Note II ni awal puasa hari tu kan, aku dah mula berangan nak beli.. tetiba hilang rasa fobia.. hihihi.. dan untuk mengubati rasa bersalah, marilah menabung sekali untuk ganti balik rasa bersalah sebab handphone yang 'orang tu" bagi dah hilang dengan menghadiahkan handphone baru kepada "orang tu".. hihihi

Jadi kesimpulannya, marilah mula menyimpan duit untuk beli handphone baru.. dan menyimpan untuk belikan hadiah handphone jugak untuk "orang tu".. beli sekali jer la tahun depan sebab kalau beli 2 selalunya dapat murah kan?? hahaha.. lepas tu simpanlah duit untuk beli kamera baru jugak.. berbelanja dengan berhemah untuk dapat kumpul duit lebih.. *gigih la menyimpan duit lepas ni... hohohoho..

Nota cinta: bukan orang senang, jadi belajarlah menabung yer untuk beli sesuatu yang mahal dengan cash tanpa perlu berhutang.. hihihihi..

Photobucket

WordLess Wednesday - Bunga Api

Since x ada kamera mahal dan canggih, maka gambar bunga api yang dapat diambil pun tidaklah semantap mana.. hohoho.. * marilah menyimpan duit dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk membeli kamera yang lebih mahal.. hihihi..





Tuesday, October 9, 2012

Life Is Short!




Lalui hari-hari yang ada dengan hati yang gembira.. penuhi kehidupan dengan senyuman.. insyaAllah kehidupan akan lebih bermakna..

Nota cinta: hari ni terlalu sibuk.. take care guys!