Thursday, May 19, 2011

Percaya Pada Tafsir Mimpi???


Pagi semalam encik suami cerita tentang mimpi dia.. masa dengar, aku senyum jer.. sebabnya kalau betul mimpi tu menjadi kenyataan, sememangnya akulah orang yg paling gembira sekali.. tapi bila fikir selalunya mimpi bawak maksud terbalik, terus jadi x sedap hati.. sampai office pagi semalam, terus google untuk cari tafsir mimpi.. memang kita x boleh percaya sangat pada tafsir mimpi ni, tapi perasaan membuak2 nak tau tu membuatkan aku terus search tentang maksud mimpi tu..

Lepas search, terus rasa x sedap hati.. sebabnya kalau ikut tafsir mimpi tu, akan ada masalah/aral yg akan melanda.. tapi aku cuba fikir positif, anggap semua tu tafsiran jer.. biasalah manusia kan.. cuba kalau tafsir mimpi tu bawak maksud baik, mesti kita terus percaya kan.. tapi kalau bawak maksud x baik, sedaya upaya kita nak sedapkan hati kita mengatakan semua tu hanyalah mitos ataupun sekadar tafsiran orang jer..

Sampailah petang semalam, aku cuba untuk sedapkan hati.. niat di hati x nak bagitau encik suami tentang tafsir mimpi tu.. sebab x nak dia pun turut rasa susah hati.. so diamkan sajer.. balik dari keje, singgah Petronas.. cadangan awal memang xnak singgah Petronas tu, tapi entah kenapa sampai jugak aku kat Petronas tu.. selesai urusan kat Petronas, terus balik rumah..

Sampai rumah terus masuk dapur.. sebab aku x sempat lunch semalam, so aku terus siapkan minum petang sebab perut dah rasa lapar.. masa ni semuanya ok2 jer.. sampailah lepas Maghrib, aku tanya encik suami samada nampak hp aku ke x.. encik suami kata xnampak.. puas cari dalam handbag, tapi x jumpa.. selongkar 1 rumah cari hp, tapi still xjumpa.. encik suami cuba call, masih dapat dihubungi.. cuma aku cakap kat encik suami yg hp aku tu still in silent mode.. so mungkin susah nak detect kat mana hp tu walaupun kita call..

Setengah jam cuba mencari kat rumah & dalam kereta, but still x jumpa.. bila call masih boleh dihubungi.. masa ni aku dah dapat rasa hp aku dah hilang.. tapi encik suami tetap berusaha nak cari.. lepas 45 minit cuba cari hp & call hp tu, akhirnya perkataan yg paling sedih terpaksa aku dengar.. "b, dah x dapat call hp b....."

Masa tu terus air mata mengalir.. hakikat yg agak sukar untuk diterima.. pengalaman kali kedua hilang hp.. tapi perasaannya masih sama.. sedih, kecewa & sayu.. hp ni x sampai 4 bulan lagi aku guna.. tu yg buat aku sedih sangat.. sedih bila ingat balik semua gambar yg aku x sempat transfer lagi ke pc.. banyak memori dalam hp tu.. banyak application yg aku suka kat hp tu.. walaupun hp tu murah, tapi aku terlalu sayangkan hp tu.. maybe sebab banyak application yg boleh buatkan hari2 aku ceria..

Bila dah agak cool cikit, mula ingat balik tentang hp tu.. risau jugak kalau ada yg cuba salah gunakan application dalam hp tu.. sebabnya aku x tutup pun account fb, blogger android, ym & e-mail aku kat hp tu.. so kalau ada yg nak salah gunakan account tu, memang teruk la kan.. harap2 xdelah..

Malam tadi 2 kali mimpi jumpa hp tu.. 2 kali jugak encik suami cuba terangkan yg tu mimpi jer.. aku ni pulak beria kata bukan mimpi.. hahahaha.. teruk betul aku ni.. encik suami beria2 kata aku mimpi, tapi aku beria2 kata dengan dia yg aku x mimpi.. encik suami kata, orang tua selalu kata yg mimpi selalunya bagi maksud terbalik.. kalau aku mimpi jumpa hp tu, maknanya aku xkan jumpa hp tu balik.. so aku cuba terima hakikat walaupun susah..

Lepas tu mula teringat balik tentang mimpi encik suami & tafsirannya.. adakah hp ni hilang ada kaitan dengan mimpi encik suami semalam?? adakah sebab aku asyik fikir tafsir mimpi tu sampai perkara ni betul2 terjadi?? tapi rasanya macam x berapa ok kalau kita nak percaya semuanya terjadi sebab mimpi encik suami tu kan.. sebabnya, semua yg terjadi ni dah ditetapkan Allah.. semuanya dah tertulis, kita kenalah redha dengan ketentuan-Nya..

Maybe ada hikmahnya hp aku hilang, just sekrang ni aku x tau lagi apa hikmahnya.. cuma take time jugak la untuk aku ok sepenuhnya.. sekarang ni fikiran masih ingat kat hp tu.. aku xpasti samada hp tu tercicir masa kat Petronas or masa tengah tunggu encik suami dekat lobi office ni.. betul2 x pasti.. lepas ni sape yg call atau msg, mesti aku kena tanya "siapa tu? sorry sebab hp zana hilang so x ingat ni no sape..".. aku pulak jenis x simpan no phone dalam buku ke, pc ke.. so agak susah jugak la kan.. lepas ni kena lebih berhati2.. x boleh selalu cuai.. ni dah kali ke2 hilang hp.. so kalau boleh x nak terjadi kali ke3..

p/s: korang percaya ke pada tafsir mimpi??? aku dah xnak beli hp baru sebab fobia la pulak.. pakai hp lama jer..


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. oh cian akak...tapi tafsiran mimpi ade yg boleh dipercayai ade yg x....maksudnya klu di zaman nabi mmg boleh dipercayai mimpi mcm ni membawa mksud mcm ni...tp di zaman skg ni susah nk percaya,bg Ika je la...ape pun sabar ye kak

    ReplyDelete
  2. ala siannya zana..saye pun penah ilang henpon.tercicir dlm bus mase odway alik kg..mmg sedih kan? tp kene pk maybe xde rezki kite la tue..xpe..rezki boleh dicari kan..bersabar yek..

    tpkan, saye pun jenis suke percaye pd tafsiran mimpi..kdg2 kene..kdg2 xbetul..tp org dlu2 selalu percaye..=)

    ReplyDelete
  3. sabar ye...
    akupun kalau mimpi tak bestkan, aku risau....

    ReplyDelete
  4. TAK SEMUA BOLEH DIPERCAYAI. KADANG HANYA KEBETULAN

    ReplyDelete
  5. olo.. siannya... tension kan!!! za dulu hfon masuk jamban! lagi sadisss!!! hahahaha

    ReplyDelete
  6. hoho num dd da xde la ni ye kat zana, hehe

    saba ye zana~

    ReplyDelete
  7. alahai..rugi nye..xpela dah xde rezeki..zaza stkat nie x penah ilang lg hp sbb mmg bende tue sgt penting even da kawen so mmg sentiasa kene pegang sepanjang masa..hehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ