Wednesday, December 29, 2010

MaJLiS PerSanDingaN aDieyZa


Majlis persandingan yang dinanti akhirnya tiba di kemuncaknya.. debaran memang x dapat dielakkan.. even dah selamat dinikahkan, tapi menanti majlis persandingan pun dah cukup hebat debaranya..

Pukul 10 pagi aku dah mula bersiap.. request utk siap awl supaya bila tetamu dtg, pengantin dah siap utk jumpa tetamu.. sbb kadang2 ada tetamu yg ada jemputan kat tempat lain, so if siap awl & tetamu x dapat tgk majlis sanding, diaorg boleh bergambar dulu dgn pengantin kat bilik or mini pelamin..

Lepas bersiap, sempat OP shoot beberapa gambar.. sempat bergambar solo & sempat jugak bergambar dgn tetamu yg masuk dalam bilik pengantin..


Member2 rapat request bergambar kat mini pelamin sementara tunggu pengantin lelaki sampai.. riuh rendah masa ni.. indah rasanya bila dikelilingi teman rapat di hari bahagia kita sendiri.. perasaan yg cukup indah!!

Tengah syok bergambar, dgr bunyi kompang menandakan rombongan pengantin lelaki dah sampai.. debar balik.. hehehe..

Masa mula berarak, memang risau sesangat.. malu & segan tu dah sememangnya la kan.. semua mata tertumpu kat kita.. Alhamdulillah masa berarak ni cuaca redup jer..

Lepas berarak terus ke pelamin.. bagi peluang kat tetamu yg x sempat utk menepung tawar masa majlis berinai sebelumnya..

Acara seterusnya makan beradap.. masa makan beradap ni, memang ramai tetamu datang nak bergambar.. mcm biasalah, pengantin sempat makan beberapa suap jer.. masa ni memang x rasa lapar sebab kegembiraan mengatasi segalanya..


Lepas dah selesai makan beradap, kitaorg terus ke pelamin utk sambung bergambar.. syukur sgt sebab masa sesi bergambar kat pelamin, aku & encik adiey mampu bagi pose yang lebih baik.. maklumlah, majlis akad nikah & malam berinai tu memang malu sampai pose pun tak berapa menjadi..


Cinta yang disemai selama 9 thn akhirnya bersama juga..


Penantian untuk bersama kini terlerai juga..


Ya Allah, kuatlah cinta antara kami..

Syukur padaMu Ya Allah kerana mempertemukan kami.. semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya..

Majlis selesai pukul 4 petang.. masa ni tetamu kebanyakkan dah balik.. tinggal family & jiran terdekat..

Pukul 4.30, OP ajak utk buat sesi outdoor.. insyaAllah aku akan review sesi outdoor utk kedua2 majlis sekali ye nanti..

Syukur segala yang dirancang berjalan lancar.. bahagia bila semua tetamu balik dgn senyuman.. perasaan gembira bila diraikan cukup indah!! kenangan yg sgt bermakna utk disimpan & dikenang sepanjang hayat..

Next update - Resepsi Majlis Menyambut Menantu..

6 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..