Monday, June 16, 2014

Kata-Kata Motivasi Selamat Pagi

Selamat pagi semua.. selalunya masa bangun awal pagi, aku suka search kata-kata motivasi dan madah yang indah untuk menaikkan motivasi di pagi hari.. rasa macam dapat kekuatan dan semangat bila dapat ucap selamat pagi dekat kawan-kawan facebook dan fanpage.. kata-kata motivasi selamat pagi ni secara tak langsung dapat bagi semangat baru untuk memulakan aktiviti seharian..



Sentiasa bersemangat untuk memulakan aktiviti seharian.. Allah mengurniakan kita rezeki untuk kita menikmati hari ini, jadi gunakanlah peluang yang ada untuk terus memanjatkan kesyukuran kepada-Nya..



Kadang kala kita lupa bahawa rezeki itu bukanlah hanya terletak pada kekayaan wang ringgit tetapi kehidupan yg baik juga adalah rezeki yang tidak terhingga nilainya.. 
Antara koleksi ucapan dan kata-kata selamat pagi yang aku pernah share dekat facebook sepanjang bulan Jun 2014 ni.. selalunya aku suka cari madah yang ada kaitan dengan pengalaman hari sebelumnya.. kalau sebelumnya aku rasa termotivasi untuk belajar tentang kesabaran, esoknya suka search kata-kata indah selamat pagi yang berkaitan dengan kesabaran.. 


Semalam telah berlalu.. jadikan ianya ingatan & panduan kita dalam meneruskan kehidupan.. Hari ini, hari baru.. semoga lebih banyak perkara baik yg akan berlaku.




Allah beri apa yang kita perlu. Allah beri sesuai mengikut waktunya. Allah beri yang terbaik utk setiap hamba-Nya. Jangan dipersoalkan kenapa Allah tak berikan apa yang kita hendak, kerana yakinlah setiap apa yang Allah berikan adalah apa yang kita perlu..




Segala yang kita ada & hadapi di dunia ini hanya sementara. Jadi setiap kali gembira, nikmatilah ia. Setiap kali berduka, bersabarlah menghadapinya. Ia takkan kekal lama.




Alhamdulillah.. pagi ini masih diberi kesempatan utk merasai segala nikmat drpd-Nya.. sentiasa berusaha untuk belajar mensyukuri di atas segala nikmat kehidupan yang diberikan.. setiap nafas yang kita hela adalah rezeki daripada-Nya..



Senyumlah... InsyaAllah kebahagiaan menanti.. senyuman mampu merubah kehidupan seseorang.. percayalah dengan senyuman yang seikhlas hati dapat membuat orang yang melihatnya juga akan tersenyum.. senyuman itu kan sedekah..




Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.. di saat kita rasa terlalu sedih dan lemah, yakinlah bahawa Allah sentiasa bersedia membantu kita.. pohonlah kepada-Nya, insyaAllah pasti kita akan mendapat pertolongan daripada-Nya..



Belajar untuk menyelesaikan masalah dengan sabar.. Bukan cuba untuk lari daripada masalah.. setiap orang tidak boleh lari daripada masalah.. namun jangan jadikan masalah itu sebagai bebanan, jadikanlah ia sebagai satu peringatan daripada-Nya untuk kita yang selalu alpa..

Bukan tunjuk bagus dengan share ucapan dan kata-kata indah untuk memotivasikan orang lain.. cuma aku rasa tak salah berkongsi semangat dan aura yang positif dekat orang lain.. lagipun tujuan utama nak share tu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri.. 

Cubalah korang share kata-kata yang indah di setiap pagi dekat facebook tu.. mula2 maybe rasa biasa tapi bila sehari tak update tentang motivasi pagi, rasa lain gak la.. terasa diri sendiri pun tak termotivasi & kurang bersemangat.. secara tak langsung kita share kata yang baik dan manalah tau ada kawan2 kita yang terinspirasi atau termotivasi kan.. Alhamdulillah.. 



Teruskan berdoa memohon yang terbaik daripada Allah dan jangan mudah berputus asa.. terus berdoa walau apa yang kita hajatkan belum tercapai.. berdoa walaupun kita tertanya2 bilakah Allah akan memakbulkannya.. yakinlah, Allah itu Maha Mendengar..




So, insyaAllah selagi ada kesempatan waktu aku nak cuba untuk rajinkan diri share kata-kata dan ucapan indah berkaitan selamat pagi ni dekat facebook.. perkongsian yang baik untuk diri sendiri dan mungkin dapat memotivasikan orang lain secara tidak langsung.. 

Selamat pagi semua :)


******************************************************************************

Clink link entry di bawah untuk lebih banyak mutiara kata dan kata motivasi untuk anda:

"KATA INDAH HARI JUMAAT"

"MOTIVASI SELAMAT PAGI"
"ALLAH UJI TANDA ALLAH SAYANG"



Photobucket

11 comments:

  1. semangat bekerja di pagi isnin...:)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, teruskan berusaha dan berdoa:)

    ReplyDelete
  3. Tq sahabat...saya share jgak Kat fb ya,semoga Allah memberkati dan merahmati sahabat 😊

    ReplyDelete
  4. Terbaik.. mohon share setiap kata2 motivasi tsebut..

    ReplyDelete
  5. mohon share kata² ya..terima kasih <3

    ReplyDelete
  6. mohon share ye , saya guna utk status fb setiap hari, semoga Allah berikan bahagia kepada sis dunia akhirat😍

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..