Tuesday, June 2, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Chicken Chop di Seri Kembangan Selangor

Hari ni nak cerita tentang edisi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) chicken chop sedap di kawasan Seri Kembangan.. kedai makan Chop d'Stop Cafe yang terletak kat dalam bangunan Bazaar Rakyat PKPS Seri Kembangan.. Bazaar Rakyat PKPS ni terletak bersebelahan dengan Giant Seri Kembangan.. dekat dalam kawasan bazaar ni ada banyak kedai yang berkonsep medan selera.. kedai Chop d'Stop Cafe hanya menyediakan menu western dan yang paling popular dan tentulah Chicken Grilled Chezzy..


Cumanya, kalau yang plan nak makan kat sini kena betul2 bersabar.. kalau rasa tengah lapar sangat dan rasa tak boleh sabar, tak berapa digalakkan untuk datang makan kat situ.. sebab kedai ni memang ramai orang dan waktu menunggu memang agak lama.. 

First time sampai kat kedai ni, masa ambik order brother tu dah cakap yang waktu menunggu 45 minit.. lama kan? air sampai awal la, so minum borak2 tak terasa sangat.. then lepas 30 minit makanan sampai.. so 45minit tu anggaran masa paling lama la agaknya.. kali kedua datang, dia cakap 1 jam tempoh makanan akan sampai then tak sampai 45 minit makanan dah sampai.. sebab tu aku kata kalau betul tak ada kesabaran yang tinggi, jangan nak mengamuk2 bila makanan lambat sampai.. hehehe..


Rasa? bagi aku memang sedap! memang portion besar! rasa cukup dan harga sangat berpatutan.. Grilled Chicken Chop Chezzy yang aku suka sangat tu RM12 sahaja dan Lamb Chop Fries macam gambar kat atas ni RM14.. 


Cheese memang meleleh2 la.. jagung pun manis dan direbus dengan sempurna.. sayur-sayuran jer agak besar bagi aku.. french fries pun tak lembik sebab orang nak baru diaorang goreng.. ayam dan lamb pun lembut.. so bagi tekak aku dan kawan2 yang pernah datang kat sini memang kata sedap la.. lepak2 borak2 sambil tunggu makanan..


Oh ye, dekat depan kedai ni ada orang jual satay jugak.. sedap dan besar2 satay dia! kuah kacang dia biasa2 jer.. tapi satay memang sedap.. makan 4,5 cucuk pun kenyang gak la sebab besar.. harga tak pasti pulak sebab baru first time cuba hari tu.. nanti tanya Encik Adiey berapa dia bayar harga satay tu.. 
Kalau dari arah Putrajaya, belok ke kanan dekat simpang empat depan Giant Seri Kembangan tu.. so bila dah belok ke kanan yang naik bukit tu, Giant Seri Kembangan terletak di sebelah kanan kita dan bazaar Rakyat PKPS ni di sebelah kiri kita.. ada simpang kiri pertama, masuk situ.. lepas tu dah boleh nampak Bazaar Rakyat PKPS ni.. waktu malam tak banyak kedai makan yang bukak.. kedai Chop d'Stop Cafe ni mula dibuka dari pukul 3 petang sampai 1 pagi.. 


Kena sabar yer menunggu makanan kat situ.. kalau rasa tak sabar, memang akan panas hati gak la.. hehehehe.. setiap kali datang memang diaorang akan bagitau anggaran masa menunggu.. so kalau rasa tak boleh tunggu ikut waktu tu, bolehlah cari kedai makan lain.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ