Thursday, June 11, 2015

Vendor Butik di Putrajaya

Sekarang ni memang trend peniaga bukak kedai atau butik kemudian cari vendor yang boleh supply barangan dekat kedai tu.. konsep ni bagus, sebab kebanyakan vendor tu berniaga secara online sebenarnya, so bila ada kedai atau butik yang bagi peluang untuk vendor pamerkan dan jual barangan dia dekat butik tu lagilah buka peluang cerah untuk tambah pelanggan.. aku suka konsep vendor butik ni sebab ada banyak pilihan kita boleh dapat.. ada 1 vendor butik dekat Putrajaya ni pun aku pernah pergi, Ministry of ShopaHolic (M.O.S.H) Putrajaya..



Aku pergi M.O.S.H dengan Encik Adiey.. nak cari blouse dan shawl sebenarnya.. owner M.O.S.H layan baik dari awal masuk lagi.. terangkan setiap bahagian yang ada kat dalam kedai tu.. memang banyak pilihan la kat situ.. nak cari baju, shawl, minyak wangi, tudung, telekung, supplement, kasut, barangan kanak-kanak, chocolate, biskut, barangan makeup, hiasan rumah, jus dalam botol dan macam2 lagi boleh dapat dekat situ.. 


Sebab tu aku cakap konsep vendor butik ni mudahkan pelanggan cari barang dekat 1 kedai.. kalau butik tu pandai cari vendor yang supply produk cantik2 dan terkini, lagi larislah vendor butik tu kan.. konsep vendor butik ni win-win la.. butik dapat income, vendor dapat income.. sama2 tolong menolong kiranya.. dan aku perasan kebanyakan vendor butik memang majoriti barangan adalah untuk perempuan.. 


Macam dekat M.O.S.H ni, diaorang rajin update dekat IG diaorang.. sape2 pergi beli kat sana diaorang akan ambik gambar then up dekat IG.. then diaorang tag pembeli dan vendor sekali dekat gambar tu.. so vendor pun boleh tau siapa pembeli produk dia.. tu gambar kat atas tu masa aku tengah pilih2 baju yang nak beli la tu..

Kalau rajin tengok IG vendor butik ni, kita akan taulah apa produk baru yang ada dekat situ.. dari situ kelebihan gak sebab pelanggan dah tau nak beli apa lagi sebelum pergi dekat butik tu.. then kita jugak boleh tau kalau kedia ni bukak ke tutup ke.. semua update ada dekat IG.. 


So, bagi aku trend vendor butik ni memang bagus.. sama2 bantu peniaga kedai/butik, vendor dan pelanggan.. win-win situation.. macam aku hari tu beli 3 blouse dengan sorang vendor kat M.O.S.H tu, Lesung Pipit Garage (IG : LESUNGPIPIT_GARAGE).. macam gambar blouse aku pakai kat atas tu beli dari vendor blouse tu la.. tapi aku beli dekat M.O.S.H..


Sampai sekarang masih contact sebab senang nak tau apa barang terkini yang vendor ni ada supaya nanti bila sampai jer stok dekat M.O.S.H tu aku boleh la pergi beli.. then vendor ni akan mintak kita gambar bila dah pakai baju yang kita beli supaya nanti dia boleh promote kat IG dia.. nampak kat situ? vendor dan pelanggan sama2 ada hubungan even yang pamerkan produk tu adalah dekat butik atau kedai.. 


Yang berdekatan dengan Putrajaya, apa lagi.. boleh terjah MOSH dekat Presint 15.. butik ni atas kedai buku Pustaka Mukmin yang berhadapan dengan Mydin Presint 15.. dibuka setiap hari kecuali Selasa.. kalau nak tau barang-barang terbaru yang vendor letak kat butik ni, boleh follow IG M.O.S.H (MINISTRYOFSHOPAHOLIC)..

Happy shopping!

Salam sayang :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. wahhh bagus lah mcm ni.baru ramai cust! skrg byk dh org bukak butik vendor.

    ReplyDelete
  2. dh lama nk terjah mosh tu, xberkesempatan je.. salah sorang owner butik ni kwn sy..

    ReplyDelete
  3. bgs jugak wat butik vendor nie kan..helping each other...;D

    ReplyDelete
  4. oohh kat Presint 15, InshaAllah boleh terjah... tapi jalan sensowang le, anak tinggal dgn papa, alaa jap je... huhuhu..mcm2 ade ek zana...

    ReplyDelete
  5. alamak.. tak perasan ada butik vendor kat sini. biasanya singgah mydin pastu terus balik..

    ReplyDelete
  6. syiokkknya shopping...mmg tgh "in" kan butik vendor ni..

    ReplyDelete
  7. suka butik vendor.. lagi2 kalau supply banyak dessert food..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ