Alhamdulillah.. hari ni hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ni.. perasaan yang cukup menggembirakan.. bertemu bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala.. Allah, terima kasih kerana masih meminjamkan waktu untuk aku berjumpa Ramadhan pada tahun ni.. Alhamdulillah..
Pagi tadi macam biasa bangun memasak untuk sahur pukul 4 pagi.. lepas dah siap memasak semua, kejutkan Encik Adiey.. Alhamdulillah, dia memang jenis tak susah nak bangun pagi, jadi nak bangun bersahur tu pun memang tak menjadi masalah.. minum Milo campur ESP Shaklee untuk bantu lebih cergas dan bertenaga.. lepas sahur, mandi, solat dan bersiap gie kerja.. since kalau tak puasa pun aku memang masuk 7.30 pagi, so tak ada masalah nak pergi kerja awal.. semoga puasa hari pertama ni akan lebih dipermudahkan Allah..
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog adieyza.blogspot.. semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua.. diharapkan agar Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan menerima segala amalan kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan ni.. insyaAllah..
* Tahun kelima berpuasa sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah :)
***********************************************************************
Click link di bawah untuk tips bulan Ramadhan :
"TIPS MELATIH ANAK BERPUASA"
"TIPS MUDAH BANGUN SAHUR"
***********************************************************************
Click link di bawah untuk tips bulan Ramadhan :
"TIPS MELATIH ANAK BERPUASA"
"TIPS MUDAH BANGUN SAHUR"
Salam Ramadhan
ReplyDeleteSelamat berpuasa Zana =)
ReplyDeleteSelamat Berpuasa! Zana... smoga sentiasa bertenaga dan bersmangat 1 Ramadhan ini...
ReplyDeleteselamat berpuasa.. :)
ReplyDeleteSelamat beribadah di bulan Ramadhan, smg kita graduate dgn cemerlang...
ReplyDelete