Thursday, April 28, 2011

PC RoSaK!!

Hari ni pc aku masuk rosak.. sedih!!! so xsempat nak update entry baru.. update entry ni pun guna pc orang sebelah.. so x boleh la nak update panjang2 & blogwalking lama2.. sorry guys sebab x sempat jenguk blog korang..

p/s: mood sedih!!


Wednesday, April 27, 2011

Syaitan Kena Stroke!!


Pagi tadi waktu blogwalking kat blog Mizz Sue, jumpa sesuatu yg rasanya best untuk dikongsi bersama..


So jom sama2 kita sebarkan!!

MeNanTi 200 FoLLoWeRs

Dulu pernah buat entry Menanti 100 followers.. so rasanya x salah kalau nak buat entry menanti 200 followers kan..

Blog picisan macam aku ni bila followers bertambah memang rasa happy la kan.. kalau blog yg sememangnya dah popular & followers cecah ribu2 tu lain la kan.. aku buat blog ni pun sekadar suka2.. nak tambah kawan, share info & tempat untuk meluahkan perasan.. nak update entry baru pun ikut mood aku.. kadang2 sehari 2 entry, kadang2 sehari 1 entry, kadang2 seminggu 1 entry.. huhuhu..

Apa yg pasti aku hargai semua yg sudi follow blog aku ni.. kalau yg x follow tapi baca blog ni pun aku tetap hargai.. yg sajer2 bukak blog aku untuk cari kesalahan aku pun aku tetap hargai.. hahahaha..

InsyaAllah kalau ada rezeki & kesempatan sekali lagi aku akan bagi sesuatu untuk follower yg ke 200 nanti.. hadiahnya mungkin lain dari hadiah yg pernah Nadia dapat masa Nadia jadi follower blog ni yg ke 100.. mungkin bagi orang lain x semahal mana but yg penting aku ikhlas..

Jom sama2 kita tunggu siapakah gerangan follower tu yer..


Tuesday, April 26, 2011

ChiCKeN ChoP Di KFC


Masa tengah blogwalking, terjumpa iklan ni..





Nampak mengujakan + menyelerakan..

Tak pasti bila chicken chop ni mula ada kat KFC.. ke baru promo jer?? last pergi KFC 3 minggu lepas.. masa tu xnampak pulak promo chicken chop ni.. kat tv pun macam x perasan jer.. ke aku sorang yg ketinggalan ni?? huhuhu..

Ada sesiapa pernah cuba?? Aku ni memang suka chicken chop.. so bila nampak iklan ni memang menarik minat sesangat.. dah mula terbayang-bayang ni.. hihihi..


Monday, April 25, 2011

No Plastic!! No Polystyrene!!


Pagi tadi ada jamuan kat office ni.. sambutan hari lahir untuk pegawai & kakitangan yg lahir pada April.. makanan sangat banyakkkkkkkkkk.. rasanya sampai petang ni xhabis.. semua sibuk nak bawak macam2 jenis makanan.. bau makanan di sana sini.. hihihi

Menu utama nasi lemak, mee goreng & laksa.. macam2 kuih ada.. popia, koci, roti jala, pulut panggang.. pencuci mulut pun ada termasuk jelly kelapa.. semuanya sedap2!!! tengahari semua pegawai dan staff xpayah risau nak cari makanan untuk lunch.. maybe petang ni pun boleh bungkus bawak balik..


Eh, dah terlebih cerita pasal makanan pulak.. padahal niat di hati nak citer tentang benda lain.. hihihi..


Just nak share yg bermula next week office aku ni akan mulakan Polisi Hijau.. apa tu Polisi Hijau?

Ha, ni la yg dimaksudkan dengan Polisi Hijau.. idea dari sorang pegawai kat office ni sempena amalan 5S.. lepas ni kalau nak beli makanan kat cafe, kena bawak bekas sendiri.. sape yg guna plastic atau polystyrene akan didenda!! duit denda tu kumpul untuk aktiviti kelab..

Mula2 ramai yg kata agak leceh nak amalkan Polisi Hijau ni.. tapi bila fikir tentang alam sekitar, so rasanya ok jugak idea ni kan.. mula2 jer malu nak bawak bekal sendiri tapi lama2 nanti ok la kot kan.. diaorang kata boleh mintak discount dari cafe sebab kita guna bekas kita sendiri.. walaupun discount 0.20sen, tapi cuba kira penjimatan setahun?? banyak jugak kan??

Walaupun ada yg kata usaha ni xbawak impak yg besar sangat tapi bagi aku kalau kita x mulakan dari sekarang bila lagi kan?? biarlah sikit daripada xde apa2 kan?? dulu masa mula2 nak implement hari Sabtu tanpa plastic bag pun ramai yg bising2.. tapi sekarang ok jer kan.. hope usaha yg sikit ni akan bagi kebaikan yg lebih bermakna..


Reduce, Reuse, Recycle!!

p/s: korang x nak cuba praktikkan polisi ni ke??