Tuesday, May 24, 2011

Tak Suka Situasi Macam Ni

Hari ni lambat update blog.. dari pagi ada jer yg mengganggu.. baru nak breakfast, dah ada yg panggil.. lepas setengah jam baru dapat sambung breakfast.. tu pun dah x de selera sebab feel nak makan tu dah terganggu.. x suka situasi macam ni..

Lepas sambung breakfast, masih ada yg mengganggu.. masa ni cuba jugak bertahan walaupun dalam hati dah memberontak.. bukan x nak tolong, tapi keje aku sendiri masih x siap.. kalau aku asyik tolong orang lain, bila pulak keje aku sendiri nak siap?? bila sampai tengahari asyik diganggu, mood terus hilang.. kallau sampai waktu lunch pun sibuk nak mengganggu, memang x best sesangat la kan.. x suka situasi macam ni..

Sekarang ni mood nak update blog dah macam jauh pulak.. x tau kenapa.. mood bergambar pun dah berkurangan.. kamera dah lama tersimpan rapi.. maybe sebab kebelakangan ni terlalu sibuk di pejabat sampai mood nak buat perkara yg aku suka pun dah menghilang.. x suka situasi macam ni..

P/S: hope mood nak update blog tu cepat kembali.. x suka bila tengok blog sunyi dari entry baru..


Monday, May 23, 2011

Pencuri Kredit!!

Pagi yg ceria.. sekarang ni pagi2 agak ceria sebab kat office setiap pagi dengar lagu Senyum.. so bila dengar lagu tu memang hati jadi gembira jer..

Weekend yg lepas biasa2 jer.. pagi Sabtu bangun agak awal.. lepas breakfast terus ke office.. semuanya gara2 5S.. encik suami terpaksa ditinggalkan di rumah.. stay kat office sampai tengahari.. sampai rumah terus masak.. rasa bersalah sebab tinggalkan encik suami di rumah.. lepas makan, tengok tv then terlelap depan tv.. mana x bertambah berat badan ni.. lepas makan terus jer nak tido.. huhuhuhu..

Semalam just stay kat rumah.. since adik ipar, biras & anak buah ada kat rumah aku so terasa riuh cikit rumah tu.. kalau x, cuma berdua jer.. bila ada anak buah kat rumah tu, memang seronok giler.. asyik nak main dengan dia.. aku punya perangai kalau dah nak main dengan budak kecik memang malas nak buat semua benda.. nak mengemas pun rasa malas.. sebab bila kita mengemas, dia pun nak mengemas sama.. so jawabnya, weekend yg lepas aku x sempat nak mengemas rumah.. huhuhuhu..


Semalam petang bawak budak kecik tu gie jalan kat Alamanda.. dia suka pulak naik escalator.. turun naik escalator jer kejenya.. memang kelakar..

Masa tu jugak aku sempat gie celcom untuk aktifkan balik nombor telefon aku.. nasib baik boleh dapat balik nombor aku.. aku sayang betul nombor tu.. dah 11 tahun aku guna nombor tu.. aku x pernah tukar nombor telefon selama 11 tahun & rasanya x mungkin jugak aku akan tukar ke nombor lain.. nombor tu sungguh berharga bagi aku!!


Masa on balik hp, terus check baki kredit.. terus rasa bengang sebab orang yg jumpa hp aku dah habiskan kredit kat hp aku... dah la ambik hp aku, kredit aku pun dia kebas.. hampeh betul!!!!!!


Friday, May 20, 2011

Petua Menambat Hati Suami

Hari Jumaat yg indah.. hari yg bagus jugak untuk kita belajar ke arah kebaikan.. hari ni just nak share tentang petua menambat hati suami.. hope kita boleh cuba amalkan demi perhubungan suami isteri yg lebih bahagia.. insyaAllah..

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.



Thursday, May 19, 2011

Percaya Pada Tafsir Mimpi???


Pagi semalam encik suami cerita tentang mimpi dia.. masa dengar, aku senyum jer.. sebabnya kalau betul mimpi tu menjadi kenyataan, sememangnya akulah orang yg paling gembira sekali.. tapi bila fikir selalunya mimpi bawak maksud terbalik, terus jadi x sedap hati.. sampai office pagi semalam, terus google untuk cari tafsir mimpi.. memang kita x boleh percaya sangat pada tafsir mimpi ni, tapi perasaan membuak2 nak tau tu membuatkan aku terus search tentang maksud mimpi tu..

Lepas search, terus rasa x sedap hati.. sebabnya kalau ikut tafsir mimpi tu, akan ada masalah/aral yg akan melanda.. tapi aku cuba fikir positif, anggap semua tu tafsiran jer.. biasalah manusia kan.. cuba kalau tafsir mimpi tu bawak maksud baik, mesti kita terus percaya kan.. tapi kalau bawak maksud x baik, sedaya upaya kita nak sedapkan hati kita mengatakan semua tu hanyalah mitos ataupun sekadar tafsiran orang jer..

Sampailah petang semalam, aku cuba untuk sedapkan hati.. niat di hati x nak bagitau encik suami tentang tafsir mimpi tu.. sebab x nak dia pun turut rasa susah hati.. so diamkan sajer.. balik dari keje, singgah Petronas.. cadangan awal memang xnak singgah Petronas tu, tapi entah kenapa sampai jugak aku kat Petronas tu.. selesai urusan kat Petronas, terus balik rumah..

Sampai rumah terus masuk dapur.. sebab aku x sempat lunch semalam, so aku terus siapkan minum petang sebab perut dah rasa lapar.. masa ni semuanya ok2 jer.. sampailah lepas Maghrib, aku tanya encik suami samada nampak hp aku ke x.. encik suami kata xnampak.. puas cari dalam handbag, tapi x jumpa.. selongkar 1 rumah cari hp, tapi still xjumpa.. encik suami cuba call, masih dapat dihubungi.. cuma aku cakap kat encik suami yg hp aku tu still in silent mode.. so mungkin susah nak detect kat mana hp tu walaupun kita call..

Setengah jam cuba mencari kat rumah & dalam kereta, but still x jumpa.. bila call masih boleh dihubungi.. masa ni aku dah dapat rasa hp aku dah hilang.. tapi encik suami tetap berusaha nak cari.. lepas 45 minit cuba cari hp & call hp tu, akhirnya perkataan yg paling sedih terpaksa aku dengar.. "b, dah x dapat call hp b....."

Masa tu terus air mata mengalir.. hakikat yg agak sukar untuk diterima.. pengalaman kali kedua hilang hp.. tapi perasaannya masih sama.. sedih, kecewa & sayu.. hp ni x sampai 4 bulan lagi aku guna.. tu yg buat aku sedih sangat.. sedih bila ingat balik semua gambar yg aku x sempat transfer lagi ke pc.. banyak memori dalam hp tu.. banyak application yg aku suka kat hp tu.. walaupun hp tu murah, tapi aku terlalu sayangkan hp tu.. maybe sebab banyak application yg boleh buatkan hari2 aku ceria..

Bila dah agak cool cikit, mula ingat balik tentang hp tu.. risau jugak kalau ada yg cuba salah gunakan application dalam hp tu.. sebabnya aku x tutup pun account fb, blogger android, ym & e-mail aku kat hp tu.. so kalau ada yg nak salah gunakan account tu, memang teruk la kan.. harap2 xdelah..

Malam tadi 2 kali mimpi jumpa hp tu.. 2 kali jugak encik suami cuba terangkan yg tu mimpi jer.. aku ni pulak beria kata bukan mimpi.. hahahaha.. teruk betul aku ni.. encik suami beria2 kata aku mimpi, tapi aku beria2 kata dengan dia yg aku x mimpi.. encik suami kata, orang tua selalu kata yg mimpi selalunya bagi maksud terbalik.. kalau aku mimpi jumpa hp tu, maknanya aku xkan jumpa hp tu balik.. so aku cuba terima hakikat walaupun susah..

Lepas tu mula teringat balik tentang mimpi encik suami & tafsirannya.. adakah hp ni hilang ada kaitan dengan mimpi encik suami semalam?? adakah sebab aku asyik fikir tafsir mimpi tu sampai perkara ni betul2 terjadi?? tapi rasanya macam x berapa ok kalau kita nak percaya semuanya terjadi sebab mimpi encik suami tu kan.. sebabnya, semua yg terjadi ni dah ditetapkan Allah.. semuanya dah tertulis, kita kenalah redha dengan ketentuan-Nya..

Maybe ada hikmahnya hp aku hilang, just sekrang ni aku x tau lagi apa hikmahnya.. cuma take time jugak la untuk aku ok sepenuhnya.. sekarang ni fikiran masih ingat kat hp tu.. aku xpasti samada hp tu tercicir masa kat Petronas or masa tengah tunggu encik suami dekat lobi office ni.. betul2 x pasti.. lepas ni sape yg call atau msg, mesti aku kena tanya "siapa tu? sorry sebab hp zana hilang so x ingat ni no sape..".. aku pulak jenis x simpan no phone dalam buku ke, pc ke.. so agak susah jugak la kan.. lepas ni kena lebih berhati2.. x boleh selalu cuai.. ni dah kali ke2 hilang hp.. so kalau boleh x nak terjadi kali ke3..

p/s: korang percaya ke pada tafsir mimpi??? aku dah xnak beli hp baru sebab fobia la pulak.. pakai hp lama jer..


Wednesday, May 18, 2011

Masa Mencemburui

Masa terlalu mencemburui aku untuk update blog minggu ni.. semuanya kerana 5S.. hari2 menatap keje 5S sampaikan keje hakiki dah tertangguh untuk beberapa minggu.. sungguh menyeksakan tapi terpaksa juga diteruskan.. masa berehat agak kurang.. masa blogwalking memang jauh sekali.. InsyaAllah penat ni berkurangan minggu depan.. tapi mungkin bersambung seminggu kemudian.. adoi, semuanya keranamu 5S!!!

Mood nak update blog macam berkurangan.. entah kenapa tetiba dapat perangai ni.. dulu suka update blog.. sekarang ni macam malas jer.. x suka perangai ni!!! huhuhuhu.. hope perangai ni x berpanjangan..

P/S: hope aku akan terus update blog...