Monday, May 23, 2011

Pencuri Kredit!!

Pagi yg ceria.. sekarang ni pagi2 agak ceria sebab kat office setiap pagi dengar lagu Senyum.. so bila dengar lagu tu memang hati jadi gembira jer..

Weekend yg lepas biasa2 jer.. pagi Sabtu bangun agak awal.. lepas breakfast terus ke office.. semuanya gara2 5S.. encik suami terpaksa ditinggalkan di rumah.. stay kat office sampai tengahari.. sampai rumah terus masak.. rasa bersalah sebab tinggalkan encik suami di rumah.. lepas makan, tengok tv then terlelap depan tv.. mana x bertambah berat badan ni.. lepas makan terus jer nak tido.. huhuhuhu..

Semalam just stay kat rumah.. since adik ipar, biras & anak buah ada kat rumah aku so terasa riuh cikit rumah tu.. kalau x, cuma berdua jer.. bila ada anak buah kat rumah tu, memang seronok giler.. asyik nak main dengan dia.. aku punya perangai kalau dah nak main dengan budak kecik memang malas nak buat semua benda.. nak mengemas pun rasa malas.. sebab bila kita mengemas, dia pun nak mengemas sama.. so jawabnya, weekend yg lepas aku x sempat nak mengemas rumah.. huhuhuhu..


Semalam petang bawak budak kecik tu gie jalan kat Alamanda.. dia suka pulak naik escalator.. turun naik escalator jer kejenya.. memang kelakar..

Masa tu jugak aku sempat gie celcom untuk aktifkan balik nombor telefon aku.. nasib baik boleh dapat balik nombor aku.. aku sayang betul nombor tu.. dah 11 tahun aku guna nombor tu.. aku x pernah tukar nombor telefon selama 11 tahun & rasanya x mungkin jugak aku akan tukar ke nombor lain.. nombor tu sungguh berharga bagi aku!!


Masa on balik hp, terus check baki kredit.. terus rasa bengang sebab orang yg jumpa hp aku dah habiskan kredit kat hp aku... dah la ambik hp aku, kredit aku pun dia kebas.. hampeh betul!!!!!!


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. ohh..kirenye org tu curi fon akak lahh

    ReplyDelete
  2. siannyer die..jahat tul org yg curi hp & credit tu ek..

    ReplyDelete
  3. kena hati2 dengan manusia nih.. macam2 hal

    ReplyDelete
  4. xpe laa..yg penting dpt no tu..sentimental value ok..

    ReplyDelete
  5. oih. tak jujurnya org yg mencurik tu. takpe..takpe..ada balasannya di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  6. pencuri tu dapat pakej tu..hehehe...
    sabar..anggap je r sedekah..kalo marah2 makin sakit hati je rasa..

    ReplyDelete
  7. biasala pencuri... tak pernah puas...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ