Hari ni betul2 "Monday"...
- kesihatan tak berapa baik..
- penat menempuh jem walaupun bukan aku yang drive..
- fikiran ada sedikit serabut sebab terlalu banyak berfikir tentang sesuatu yang septutunya x payah fikir..
- kaki lenguh sangat sebab terlalu banyak berjalan masa cuti raya..
- rasa mengantuk sebab semalam sibuk mengemas rumah sampai tido lambat..
- badan rasa letih sebab mencari mood ceria yang hilang sekejap entah ke mana..
Nota cinta : Isnin korang macam mana pulak?
Hari Raya Aidiladha dah masuk hari ke 2.. ramai lagi ke yang masih ada mood raya?? aku masih ada.. sebabnya hari ni baru beraya di rumah keluarga mertua.. semalam dah syok sangat2 beraya kat kampung atok dan nenek..
So hari ni turn rumah mertua pulak.. kena adil ok!! kalau balik beraya belah keluarga sendiri, kena jugak balik beraya rumah mertua.. barulah adil dan saksama.. dapat elakkan daripada keluarga di kedua-dua belah pihak terasa hati..
Pasal isu adil dan saksama tu nantilah yer kita sambung.. mood raya masih ada.. so nak sambung makan jap.. naik kerja nanti kita sambung cerita panjang2 k..
Take care guys!!
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua!!
Tuan blog sedang seronok beraya di kampung halaman nenda tercinta di Muar, Johor.. setelah 2 tahun berkahwin, ini kali pertama sambut hari raya bersama Encik Adiey di rumah atok dan nenek di pagi raya.. seronoknya beraya dengan suasana yang betul2 kampung.. tenang dan damai sangat2..
Cerita raya kan diupdate kemudian.. selamat menjamu selera dan berhari raya untuk semua..
Selamat pagi semua!!
Hari ni tuan blog dah mula bercuti.. semangat nak balik KAMPUNG!!! kenapa kena guna caps lock dekat perkataan kampung tu??
Sebabnya, raya tahun ni memang beraya di kampung yang betul2 kampung.. raya qurban tahun ni giliran rumah keluarga aku.. so aku bagi cadangan dekat Encik Adiey untuk balik kampung rumah atok dan nenek kat Johor..
Selalunya, balik kampung kat Johor bila dah seminggu raya.. kali ni, kitaorang berdua akan berpagi raya di rumah atok dan nenek di kampung.. tu lah yang namanya betul2 kampung.. pengalaman baru untuk Encik Adiey sebab dia x ada kampung yang betul2 kampung.. hehehe..
Paling rindu dengan suasana kampung yang sangat tenang tu.. tidur malam x payah pasang kipas sebab sejukkkkkkk sangat2.. tapi paling takut nak pergi tandas waktu malam sebab tandas kat luar rumah.. hahahha...
Sekejap lagi nak gerak balik Johor.. sajer balik awal sebab nak bawak Encik adiey pusing2 kawasan kampung.. seronok!!!! tapi kalau jalan sesak, lambatlah sampai kampung tu nanti.. doakan perjalanan kami selamat sampai yer...
Untuk yang memandu nak balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya.. jangan drive laju sangat yer.. kalau isteri yang duduk sebelah suami tu, borak2lah dengan suami supaya diaorang x rasa mengantuk.. jangan jadi macam aku yang cepat sangat rasa mengantuk bila masuk dalam kereta.. hehehe..
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua!!
Selain mengeratkan hubungan, pelukan juga dapat menambahkan pahala.. indahnya alam perkahwinan!!!