Wednesday, September 24, 2014

Buku Aku Terima Nikahnya

Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" adalah antara buku terbaru yang menjadi bahan bacaan di waktu lapang.. sejujurnya, dari zaman sekolah aku bukanlah kaki novel.. memang tak pernah nak melayan majoriti bahan bacaan adaah berunsurkan motivasi.. bagi aku buku motivasi ni banyak "menyedarkan" aku yang terkadang terlupa..




Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" sebenarnya sangat-sangat bermanfaat untuk mereka yang masih bujang.. ye, bujang dan belum berkahwin! boleh dijadikan panduan dan persediaan mental serta fizikal sebelum berkahwin.. 

Ilmu tentang perkahwinan bukan semata tentang kasih sayang dan seks! tapi lebih menyeluruh.. hukum hakam hubungan suami isteri, dari soal halal haram dalam perkahwinan, perihal anak, bab kewangan dan sebagainya.. semua perlu dambil berat.. sebab tu buku ni sangat sesuai untuk mereka yang belum berkahwin.. so anak teruna dan anak gadis yang masih belum berkahwin tu, silalah cuba baca buku ni yer..

Untuk yang sudah berkahwin, banyak peringatan yang baik untuk panduan suami serta isteri.. perkahwinan yang menginjak ke 3 tahun ke atas kadang kala mula dilanda perubahan.. peranan suami isteri makin dilupakan.. yang diberi tumpuan peranan sebagai ibu dan ayah.. terapi perkahwinan perlu diberi dalam situasi ni..

Antara yang dikongsi dan boleh dijadikan pengajaran adalah tentang isu-isu kebahagian dan tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan..

***************************************************************************************************************

SEMUA TERKEJAR-KEJAR DENGAN HAMBATAN MASA DAN KERJA. ITU PEMANDANGAN BIASA DALAM MANA-MANA RUMAHTANGGA.
Bab yang mengajar tentang bezanya peranan sebagai seorang suami dan isteri dengan peranan sebagai ibu dan ayah..


BANYAK KES PEREMPUAN YANG DITINDAS DALAM PERKAHWINAN, BERPUNCA DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI YANG MENYEDIAKAN DIRI UNTUK DITINDAS.
Bab yang memberi penekanan tentang isu poligami dan isu poligami itu boleh berlaku kerana sikap isteri itu sendiri!


KITA TIDAK PERLU MEMULAKAN HUBUNGAN JIKA DALAM JANGKA TERDEKAT, TIADA KEMUNGKINAN UNTUK PERHUBUNGAN ITU DINAIK TARAF MENJADI PERKAHWINAN.
Bab yang mana mengingatkan agar perhubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin diteruskan jika benar-benar berniat ke arah perkahwinan dan bukannya perhubungan yang sekadar suka-suka..


JIKA MAHU BERCINTA, JANGAN MERANCANG HANYA KE PELAMIN. MASUKKAN SEKALI URUSAN LAMPIN!
Bab yang mengajar tentang persiapan yang perlu dilakukan bagi bakal suami dan isteri.. seringkali bakal suami serta bakal isteri memandang remeh hal selepas berkahwin tetapi hanya memikirkan tentang persiapan majlis perkahwinan!


***************************************************************************************************************

Banyak lagi tajuk yang menarik dalam buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" ni.. ye, buku ni tebal.. tapi lebih tebal muka suratnya, lagi tebal jugalah ilmu yang kita boleh dapat.. :)

Selamat membaca dan menemui lebih banyak "ilmu dalam mencari kebahagiaan di dunia dan juga yang paling penting kebahagiaan di akhirat".. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua

With love,
~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca

Photobucket

2 comments:

  1. bagus kan buku nie anum pun ada

    ReplyDelete
  2. klu ad stok lebih bole jual ka sy x.. ws 016 603 4559

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..