Tuesday, September 23, 2014

Apa ada dalam bag saya?

Pernah upload gambar tentang apa yang ada dalam bag saya masa join May Photo Challenge dan Mami Photo A Day dulu.. dalam handbag perempuan ni rasanya dah macam poket Doraemon.. segala macam khazanah ada.. kalau yang ada anak rasanya lagi banyak barang yang kena bawak.. 



Macam dalam handbag aku keperluan kat atas ni selalunya mesti ada.. kalau berubah pun maybe jenama jer yang berubah.. 

Wallet hadiah birthday 3 tahun lepas masih dalam keadaan baik.. Alhamdulillah.. belum ada petanda nak mintak baru sebab masih elok lagi.. lagipun aku memang suka wallet CR ni.. jenis banyak poket so boleh sumbat banyak kad.. hehehe..

Handphone Samsung Note II yang dah setahun lebih masih bertahan lagi.. cuma sekarang casing handphone tu dah bertukar warna pink semula.. kejap jer boleh pakai casing warna lain, lepas tu mesti nak pink balik.. hehehe.. powerbank paling penting.. tu powerbank zamna masa mula2 keluar.. 2 kali cas jer.. hahaha.. jadilah kan.. tapi boleh la beli powerbank baru sebab senang nak bawak travel..

Pillboxes warna pink wajib bawak.. letak vitamin Shaklee yang akan dimakan waktu pejabat.. kamera tu sampingan kalau tetiba handphone habis bateri adalah backup untuk ambik gambar.. blogger la kononnya kan.. 

Pouch hitam merah tu sumbat barang makeup yang penting2 jer.. liptick, minyak wangi, compact powder, lotion.. kadang tu sumbat jugak macam2 selagi muat pouch tu.. hahahaha.. 

Notebook incase kecemasan nak catat apa2.. kadang tu tetiba customer Shaklee order barang.. kadang tu terfikir nak update apa dekat secret group utk ahli Shaklee atau idea nak update blog.. conteng jer semua kat situ.. hehehe.. pen harus warna pink kat notebook tu.. ;)

So tu barang yang rasanya memang diusung ke sana sini.. tak berat pun sebenarnya.. tapi lecehnya bila tukar handbag la.. kadang ada yang terlupa nak pindahkan sebab selerak sangat dalam bag tu.. kena beli organizer bag la macam ni jawabnya nanti.. 

Ok. selesai cabaran ke 5 untuk "Cabaran 30 Hari Blogging"! 

Salam sayang untuk semua

With love,
~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. Byk juga brg zana..hehe.. Aini pun lebih kurang ler kot.. cuma gadget 1 je..hehe..
    And.... byk juga cabaran blogging tu ye.. Klau aini rsnya mcm buat sekerat jalan je kt..hehehe

    ReplyDelete
  2. rajinnya joint cabaran nie...good luck...

    ReplyDelete
  3. Memang senang kalau ada organizer bag tu. Tiap kali nak tukar handbag, tinggal ambil organizer bag dan pindahkan je :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ