Tempat Makan Best di Putrajaya!
Kalau kat Putrajaya di memang banyak kedai makan yang sedap dan best.. dan rasanya semua kedai pun mesti ramai jer orang.. tapi ada 1 kedai kat Putrajaya ni aku rasa repeat makan banyak kali pun tak apa.. sebab aku suka!
Umai d'Lake Cafe..
Kedai makan ni terletak dekat Monumen Presint 2.. dekat jugak dengan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi).. kalau jalan kaki dari masjid tu pun boleh.. kalau bulan puasa ramai yang makan dekat sini sebab senang nak ke masjid lepas berbuk apuasa tu..
Harga berpatutan.. lokasi menarik sebab mengadap tasik dan masjid.. waktu malam kalau datang memang rasa romantik la sebab makan menghadap tasik kan.. kedai ni sentiasa ramai orang.. kalau malam tu lagilah sentiasa penuh.. datang lepas 8.30 malam memang susah nak dapat meja.. sebab kebanyakan yang datang lepas waktu Maghrib..
Menu memang pelbagai.. selera kampung ada, selera barat ada, makanan ringan2 ada, makanan2 berat ada, goreng2 ada dan memang pilihan yang tepat kalau nak bawak family datang makan kat situ..
Menu wajib setiap kali datang sana adalah cucur udang dan roti jala.. memang terbaik! tak kira datang waktu pagi ke, petang ke malam ke mesti nak order 2 menu ni.. memang membuka selera sungguh!
Aku pernah bawak mak abah, kakak, abang ipar dan anak buah kat kedai ni..baru-baru ni masa cuti Hari Malaysia sambut birthday abang ipar dekat kedai tu.. makan dengan family dengan pelbagai menu pilihan memang best! tapi kalau bawak budak2 kena hati2 sikit sebab depan tu ada tasik, memang budak2 asyik nak ke tasik.. lagi2 bila ada kawasan yang boleh bagi ikan makan.. memang ralit la budak2 tu kat depan tasik tu kan..
Aku dah 3 kali buat review tentang kedai ni.. sebab aku suka makan kat situ.. orang lain x sure la pulak kan kalau ada pengalaman tak best dekat kedai ni.. tapi setakat ni ramai yang pergi bagi respond positif..
Review Umai D'Lake Cafe Presint 2 Putrajaya:
Umai Cafe
Cucur Udang Special
Review Makan2
So, kepada warga Putrajaya dan kawasan berhampiran boleh la cuba ke kedai ni yer.. bawak family lagi meriah rasanya.. jangan risau tentang menu sebab menu memang pelbagai.. selamat mencuba!
With love,
~ Zana Adieyza ~
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CABARAN 30 HARI BLOGGING
Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi
Day 3 - Tempat Makan Best
akak pun suke lepak sini...suke lempeng kelape die..sedapppp!!!
ReplyDeletehuaaaa sedapnyaaaa.nt boleh try =)
ReplyDeleteZana, lapo lak tgk makanan, saya pnh ke situ skali tu.. time tu peak hour lunch, mmg ramai la, koz ruang yg ber aircond tak luas, so limited la, kat luar lak panas, tetau je la, waktu tgh hari, di bwh terikan matahari..huhuhuhu.. menyilau kan mata la jwpnye...
ReplyDeletebelum pernah sampai ke cafe ni lagi, boleh la weekend ni pegi mencuba cafe ni :)
ReplyDeleteMakan kat sini memang sedap ... tapi nak kena tunggu lama. Servis dia lambat bebenor ...
ReplyDeletenory pon suka makan kat situ...suka jugak cucur udang dia..nyumnyum
ReplyDeleteyani pun suka makan kat situ...cuma dah lama x gi...
ReplyDeleteida tak pernah sampai lagiii baik nnti ida terjahh saneeeeeeeeeeeeee
ReplyDeleteThank you for sharing... boleh pergi nie. Asyik makan kat Alamanda jer.. nak jugak merasa tempat lain :)
ReplyDeletesalam nak tanya. kedai ni boleh reserve table x?n bukak smpai pukul bpe ye?
ReplyDeletesalam.. maaf lambat reply.. kedai boleh buat reservation.. boleh dpt no dekat FB kedai ni.. zana xde simpan pulak no kedai ni..
DeleteMacam best je...boleh try nanti ni
ReplyDeletesedang mencari food lacation yg best kat putrajaya.. heheheh.. tq !!
ReplyDeleteHai..i'm blogwalking..:)
ReplyDelete