Tuesday, May 27, 2014

Percutian Di Langkawi - Bird Paradise Wildlife Park

Sambungan hari ketiga di Langkawi..


Petang tu kitaorang menuju ke lokasi yang membuatkan Encik Adiey over excited.. dia kalau ada yang berkaitan haiwan2 ni, memang lah dia teruja.. sebab tu dulu masa dating dulu pun diajaknya aku ke zoo.. hahahahaha.. 

So, lepas ke Dataran Lang kitaorang terus menuju ke Langkawi Bird Paradise.. nak ke sini, aku agak tersesat cikit sebab signboard ke sana agak kurang.. tapi lepas dah guna GPS Alhamduillah berjaya sampai.. tiket masuk adalah RM15 seorang.. masuk jer better beli makanan untuk haiwan2 kat dalam tu.. harga RM6 kalau x silap.. ada macam2 makanan dalam bekas tu, memang berbaloi..


Dekat sini, kebanyakan haiwan memang bergerak bebas.. tak terkurung dalam sangkar kecuali yang agak liar atau bahaya lah.. tengah seronok jalan2 tetiba merak lalu sebelah.. tengah lepak tepi kolam bagi ikan makan boleh pulak burung berkicau2 kat sebelah kita.. tengah syok posing boleh pulak arnab lalu kat kaki kita.. memang best!


Encik Adiey semua haiwan la dia nak bagi makan.. takut jer aku tengok sebab ada yang macam liar cikit kan.. tapi dia x kisah, asalkan dia puas hati.. ikutkan jer la.. dia bagi makan, aku snap jer la gambar.. 



Dekat sini yang aku berani bagi makan hanyalah arnab.. sebab arnab kat situ nampak manja jer.. haiwan lain nampak gana semacam jer.. hahaha.. ada anak mat salleh tu bagi makan daun kering kat arnab tu.. kesian terkulat2 arnab tu nak makan tau.. nasib baik lepas tu ada pekerja bagi kangkung kat kitaorang.. kalau x, boleh sakit perut arnab tu makan daun kering.. hehehhe..


Agak lama jugak kitaorang stay kat dalam ni sebab biasalah Encik Adiey susah cikit nak jalan kejap2 bila dapat "bermesra" dengan haiwan2 kat sana.. agaknya kalau ada anak nanti setiap minggu dia ajak anak pergi zoo.. hihihihi..

Kawasan dekat Langkawi Bird Paradise ni agak luas jugak la.. then dekat tengah2 tu ada kedai jual barangan batu permata.. since dah masuk, lekat la jugak beli gelang batu amethyst.. harga bagi aku memang jauh lebih murah daripada kat luar Langkawi la.. kalau dekat Putrajaya ni, harga biasanya 2 kali ganda gak la.. so, siapa singgah kat sini boleh lah beli buat kenang-kenangan..


Kalau bawak kanak-kanak rasanya sangatlah sesuai.. sebab diaorang bukan jer boleh belajar tentang haiwan tapi boleh merasai pengalaman bagi haiwan2 tu makan.. memang boleh buat diaorang teruja la kan.. so, jangan lupa singgah yer ;)

Next entry - Underwater World Langkawi, Kilang Gamat dan Mardi Langkawi

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ