Monday, May 19, 2014

Percutian Ke Langkawi - Hari Pertama di Pantai Chenang

Percutian awal bulan March yang lalu.. tapi hari ni baru ada kesempatan nak update.. biasalah tuan blog ni kan.. asyik tertangguh jer cerita dia.. hehehe..

Plan ke Langkawi ni start hujung tahun 2013.. lepas selesai beli tiket semua, misi mencari resort dan kereta sewa.. rasa tak susah pun nak bercuti ke Langkawi ni sebab hotel atau resort memang berlambak.. kawasan pelancongan la katakan.. kereta sewa pun tak payah nak risau.. kalau rasa tak nak booking awal, keluar daripada airport melambak orang sewa kereta tu.. pilih jer ikut kemahuan dan kemampuan..


Flight ke Langkawi petang dalam pukul 5.. walaupun kalau boleh nak flight pagi tapi dah tu jer yang ada tiket promo, ambik jer lah.. hahaha.. tak pe, kalau pergi dah petang, nanti dah balik kita cari flight balik waktu malam.. hehehe..


Sampai airport Langkawi pukul 6 petang.. since dah lewat petang memang kitaorang tak sewa kereta pun.. sebab rugilah kan bayar kereta sedangkan sampai dah lewat petang.. so, naik teksi jer ke resort.. again, jangan risau part teksi sebab teksi kat sana dah tulis siap2 berapa charge kena bayar.. harga x kan lebih dan x kan kurang.. 
Keluar airport ada kaunter teksi , so korang boleh bagitau nak ke mana & buat bayaran terus kat situ.. dapat resit terus ke luar airport, teksi dah tunggu.. nombor teksi ada kat resit bayaran tadi.. senang kan? macam aku hari tu dari airport ke Pantai Chenang kena charge RM18 jer.. 

Untuk tempat penginapan, zana stay dekat Sandy Beach Resort, Pantai Chenang.. resort so far ok, sebab dekat dengan pantai.. hehehe.. sampai2 tengok sunset! seronoknyaaaaa la hai! kebetulan masa hari zana check in tu ada wedding artis kat resort tu.. wedding syani.. so kawasan resort tersangatlah ramai dan sesak.. 

Lepas selesai check in semua, lepak bilik sampai pukul 9.00 malam.. then keluar mencari makanan.. since kereta sewa tak ada, kita jalan kaki jer lah! hahaha.. tak pe, pantai chenang tu sangatlah meriah di waktu malam yer.. meriah sebab kiri kanan kedai.. kedai jual baju ada, cenderahati ada, kedai makan berlambak & spa pun banyak.. senang cerita, kalau nak meriah silalah stay di pantai chenang.. gerenti tak menyesal!

Untuk makan malam kitaorang pilih Restaurant Haji Ramli, Pantai Chenang.. dari resort jalan kaki dalam 15 minit, tapi tak rasa jauh pun sebab kiri kanan kedai so leka tengok barang2 tau2 dah sampai.. kedai sangatlah ramai orang.. tapi servis sangatlah cepat..


Bagi zana, taste kat kedai ni boleh tahan.. tak adalah sedap sangat tapi tak adalah teruk sangat.. sedang2 jer.. cuma seafood dia segar! oh, nikmatnyaaaa.. harga pun tersangatlah berpatutan.. kitaorang ambik air buah, nasi, tomyam campur, sotong celup tepung, kailan ikan masin, telur dadar, daging masak kicap, ayam masak merah, ikan bakar harga dalam RM30 jer.. 

Lepas makan, kitaorang sempat beli baju nak pakai esoknya.. hihihi.. cari selipar sekali sebab memang dah plan x payah susah2 nak bawak selipar dari rumah, beli jer kat Langkawi.. sampai resort tak terus tido.. borak2 sampai pukul berapa ntah.. tau2 masing2 dah tertido sendiri... hahaha.. 

Bersambung.... Next Percutian Ke Langkawi : Island Hopping!

*sorry gambar banyak tak ada sebab dalam DSLR.. gambar yang ada daripada kamera handphone jer.. hehehe.. nanti free2, boleh la transfer dan update semula.. :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

  1. tiap2 tahun pegi langkawi pun takpe... kite suker...

    ReplyDelete
  2. nanti citer citer detail ye sebab ingat nak pergi langkawi. tapi tak decide lagi nak dok mana. pantai cenang nampak macam menarik sebab banyak kedai makan (seingat saya).

    ReplyDelete
  3. pantai cenang best. happening! hati manyak cenang. hehe

    ReplyDelete
  4. P langkawi ni tk pernah rasa bosan.. balik smpai umah ja dh plan utk pegi lg thn dpn..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ