Tuesday, May 20, 2014

Percutian Ke Langkawi - Island Hopping

Hari kedua di Langkawi awal pagi dah bangun.. lepas bersiap, terus ke cafe resort.. memang kitaorang ambik pakej termasuk sarapan sebab malas nak cari2 kedai makan waktu pagi.. dan kitaorang pulak memang banyak aktiviti mula daripada awal pagi, so better makan terus kat resort.. breakfast menghadap laut sangatlah ohsem!!!


Lepas sarapan tunggu van ambik untuk ke Island Hopping.. kitaorang ambik pakej sekali dengan kereta sewa.. tapi masa ni belum ambik kereta sewa lagi, kitaorang pergi Island Hopping dulu.. van ambik kitaorang pukul 9.00 pagi depan resort.. jangan risau, kat sana ada banyak travel agent yang sediakan pakej Island Hopping ni.. kebanyakannya buka awal pagi sampai lewat malam.. so, x perlu risau part ni..

Macam pakej yang zana ambik ni sekali dengan kereta sewa daripada kawan atas kawan.. so harga memang berpatutan.. kalau nak try boleh contact Aril ( 017-4647234/012-8037165).. rate kereta sewa Viva auto (kereta baru sebab mileage baru sangat) hanya RM180.. zana ambik kereta hari Ahad tengahari, zana pulang kereta Selasa malam.. kiranya 3 hari sewa kereta.. isi minyak sepanjang 3 hari tu pun RM50 jer.. untuk pakej Island Hopping tu dapat rate RM25 seorang..

Sampai dekat tempat berkumpul untuk ke Island Hopping, dapat pelekat untuk tentukan kita ambik pakej drpd travel agent mana.. kitaorang dapat sticker pink! hihih.. masa otw nak ke jeti tu, silalah senyum.. nanti ada orang ambik gambar kita, then bolehlah beli gambar tu yang dah diabadikan dekat piring sebagai kenang-kenangan.. hehehe..

First destinasi adalah Tasik Dayang Bunting.. Ya Allah sepanjang perjalanan ke sana memang tersangatlah mengujakan.. pemandangan cantik sangat2.. mulut ni tak sudah2 memuji keindahan alam ciptaan Allah.. 


Sampai satu pit stop, bot akan berhenti jap.. orang bot tu akan terangkan tentang Tasik Dayang Bunting tu.. bagi peluang kita ambik gambar gunung yang berbentuk seakan2 wanita sedang hamil.. dari situlah asalnya nama Tasik Dayang Bunting tu.. 

 
Once sampai kat tempat Tasik Dayang Bunting, bersiap sedia dengan monyet2 yang berkeliaran.. memang banyak monyet ok!!! mengikut orang jer monyet jer.. macam lapar sangat2! zana pegang Encik Adiey kuat2 time ni sebab giler takut monyet tu panjat badan zana ni ha.. hahaha.. 



Mendaki ke Tasik Dayang Bunting adalah memenatkan bagi orang yang jarang bersenam seperti zana ni yer.. hahahaha.. orang lain relaks jer, aku dah mengah2.. dasar budak gemuk! 


Sepatutnya kalau yang jenis fit tu, 5 minit mendaki dah boleh sampai.. tapi biasalah aku kan.. jenis yang malas buat aktiviti berat dan lasak, 10 minit baru sampai tempat orang bermandi manda tu.. hahahaha.. nasib baik ada bawak bekalan air masak, 100 plus dan milo.. so boleh la minum2 lepaskan penat tu..

Tapi kepenatan berbaloi bila sampai kat situ dalam tengok pemandangan yang cukup cantik.. rendam2 kaki, memadu kasih atas bot dan bergambar.. tu jer yang kitaorang buat.. tak mandi pun sebab tak rasa nak basahkan badan.. tapi basah2kan la jugak muka ni.. hehehe.. 




Dekat sini ramai gak yang mandi.. ada yang kata elok kami berdua mandi kat situ sebab ada plan nak zuriat kan.. tapi, kitaorang bukanlah x percaya cuma memang xde plan nak mandi pun kat situ.. just rendam2 kaki jer tapi bila basuh muka tu ucaplah doa yang baik..



Sewa bot bersolar lebih mudah yer.. tak payah susah2 nak mengayuh.. hehehe.. sambil menikmati keindahan alam, sambil tu boleh la gaduh2 manja dengan pasangan.. gaduh sebab sorang nak ke kanan sorang nak ke kiri.. hahahaha.. 


Masa diperuntukan dekat situ sejam jer.. mengelak daripada monyet dah 1 hal, nak mendaki dah berapa minit lak, nak mandi manda kat tasik tu dah makan masa then nak balik semula ke jeti dah makan masa.. patutnya bagi masa kat sini 2 jam tau.. barulah syokkkkk...

Masa nak balik tu, berhenti 5minit sebab zana rasa nak pitam! panasssss & penat sangat.. tengah syok berhenti minum milo, boleh pulak monyet tu nak sambar air milo yang kitaorang tengah minum.. heyyyyy, jahattttnya kamu!!! demand nak air milo lak tu.. babab kang!

Nasib baik bot tak tinggalkan kitaorang sebab ada 1 couple tu lagi lambat.. dari jauh nampek wife dia menjerit2 kena kacau dengan monyet.. hihihih.. sampai husband dia bengang nak tinggalkan wife dia sebab wife dia tak nak jalan langsung since banyak sangat monyet dah tunggu kat depan tu..




Lokasi seterusnya nak bagi helang makan.. bukan kita yang bagi yer, orang bot tu yang bagi.. tapi, masa ni Encik Adiey memang teruja lah.. dia bab yang ada haiwan2 ni memang lain macam terujanya.. hehehe.. orang bot tu lempar jer lemak ayam dekat tasik, punyalah banyak burung helang yang datang.. siap beratur tu nak makan.. hehehe.. pengalaman yang seronok!!!


Kat atas tu banyak sangat helang yer.. besar2 lak tu.. time berhenti kat situ, dapat tengok helang terbang ke sana ke sini.. ada macam2 spesis helang tu.. orang bot tu ada terangkan tapi aku dah lupa.. hehehe..


Sebenarnya ada video kat sini tapi video tu x boleh nak rotate.. teleng kepala lak nanti korang kena tengok.. zana try nak adjust dulu tengok kalau boleh rotate.. if boleh rotate nanti boleh share kat sini yer.. yang pasti, pengalaman ni adalah antara pengalaman yang jarang kita boleh tengok.. so, make sure pergi Island Hopping bila ke Langkawi yer.. 


Lokasi terakhir adalah Pulau Beras Basah.. kat sini pun best untuk bergambar.. sebab lokasinya cantik.. cuma kena tahan panas sikit la.. kedai minum pun ada 1 jer.. mahal jugak.. tapi sebab time tu panas, so bekalan air yang kitaorang bawak x cukup.. beli jugak lah.. beratur kemain lama sebab orang ramai kedainya 1 jer..



Kat sini memang ramai yang mandi, ada yang naik banana bot.. kitaorang kan malas nak basahkan badan, so memang duduk tepi pantai memadu asmara sambil bergambar.. hahahaha.. budak 2 orang ni memang gedix kan, dah pergi Island Hopping tapi tak nak mandi.. ngada kan? hehehe.. 



Kat sini syoklah baring2 dekat pantai.. sebab ada banyak pokok so sambil2 baring bawah pokok sambil2 tengok laut.. nikmat oiii.. pulak tu berdating bedua kan.. lagilah feeling2 ngada tu cepat datang.. 
 

Lepas sejam lepak kat situ, balik semula ke bot.. naik bot yang sama yer.. nak senang korang ingat muka driver bot atau muka orang yang naik sekali dengan korang.. masa balik ni aku dah flat giler sebab penat memanjat nak ke Tasik Dayang Bunting tu kan.. rasa nak baring jer time tu.. dasar budak tak biasa bersenam kan.. jalan sikit dah penat..



Settle Island Hopping dalam pukul 1.30 tengahari.. sebelum tu jangan lupa beli gambar kenangan yang ada dekat jeti tu.. alar, RM10 jer 1 gambar yang lekat kat pinggan tu.. sampai kat jeti tu jugak, cari balik van yang kita naik masa datang tu..  van tu akan hantar depan resort kita.. 
Secara keseluruhannya, aktiviti Island Hopping ni dah kira macam "kewajipan" untuk pengunjung yang datang ke Langkawi.. rugi gak rasanya kalau pergi tapi tak dapat buat Island Hopping ni.. kalau datang Langkawi jangan lupa tau buat Island Hopping ni.. :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. Singgah pagi...
    Amboi cuti2 malaysia...:)

    ReplyDelete
  2. waahh best nyer bercuti g langkawi..x sabar nk tggu bln 10 ni g langkawi dgn bff =)

    ReplyDelete
  3. Zana, aritu pg langkawi x jumpa pon t-shirt tu.. comel sgt... ;)

    ReplyDelete
  4. last gi langkawi 2011..lpeas baca entry zana, rasa nak gi lagi je..huhuhu

    ReplyDelete
  5. bestnya... i pun plan nk g c2 honeymoon nnt

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ