Wednesday, May 21, 2014

Percutian Di Langkawi - Parasailing, Pantai Chenang

Plan asalnya petang tu nak tengok sunset dan dating kat Pantai Chenang.. tapi, masa balik dariapda Island Hopping pagi tu, kitaorang ada nampak beberapa orang yang buat parasailing.. tu yang aku macam beria nak buat..

Sampai Pantai Chenang, kitaorang pun jalan2 nak carik orang yang ada buat parasailing tu.. berlambak gak la orang yang buat perkhidmatan tu, pilih jer mana yang berkenan.. tapi secara keseluruhannya, harga lebih kurang sama.. beza paling mahal pun dalam RM5 jer.. 

Kitaorang ambik yang sekali naik RM60.. terus bayar RM120 time tu.. then time tu dia akan suruh kita naik van yang disediakan untuk dia bawak ke tempat parasailing tu.. tak jauh sangatlah, naik van x sampai 5 minit dah sampai..

Kalau adik beradik atau kawan rapat, memang macam susah gak nak percaya aku buat parasailing ni.. sebab seriously, aku ni memang agak penakut orangnya.. kadang Encik Adiey pun tension kot sebab kalau nak menyeberang yang ada longkang besar cikit jer aku dah nak menangis.. panjat atau menurun tempat yang curam pun asyik nak merengek.. hahaha.. sebab tu masa aku nak buat ni, beria2 Encik Adiey tanya betul ke aku nak buat.. aku pun tak tau hantu pantai mana yang rasuk aku nak buat parasailing tu.. hahaha..

Masa sampai tempat nak buat parasailing tu, Encik Adiey suruh aku buat dulu.. hey, ngada tau suruh isteri buat dulu.. alasannya, "kalau baby pengsan nanti senang abang nak tolong".. alasan tau!!! 


Masa nak buat tu diaorang masih bagi pilihan nak buat dengan instructor atau naik sekali dengan Encik Adiey.. tapi awal2 aku kata, "nak dengan instructor!".. hahhaha.. bukan apa, aku risau jer Encik Adiey kan xde pengalaman nak naik parasailing ni, so risau la jugak kan.. so nak selamat biarlah ada instructor sekali dengan kita..


Lepas dah pakai segala alat kelengkapan tu, instructor tu ajar la.. dia kata kalau nampak tali yang menghala ke bot tu menegang, sila lari laju2.. bila aku nampak jer tali tu menegang gila laju aku berlari then tau2 dah terbangggggggggggggg...


Mula2 terbang sangat2 takut & gayat.. tapi dalam 10 saat jer takutnya.. lepas tu adalah perasaan yang sangat best!!!!!!! angin bertiup kencang sangat.. memang terhuyung-hayang kat atas tu.. nak bagi elak rasa takut tu, borak la dengan budak tu.. katanya dia pun mula2 takut nak buat kerja tu, tapi sebab nak cari rezeki kenalah kuatlah semangat.. 





Dari atas tu boleh tengok pemandangan Pantai Chenang.. nampak kecikkkkkk halussss jer orang2 kat Pantai Chenang tu.. hehehehe.. seronok!


Masa nak turun adalah masa yang menyeronokkan.. serius best masa nak turun tu.. instructor tu just kata bila dah nak landing tu sila berlari2.. aku belum nak landing dah goyang2 kaki macam nak berlari.. hahaha.. nasib baik masa landing dapat landing tanpa terjatuh! syabas zana! hehehe..


Masa dah turun tu aku tanya Encik Adiey nak buat x? sebab kalau dia x nak, aku nak buat lagi sekali.. hahaha.. over tau! Encik Adiey mestilah tunjuk macho kan.. mestilah dia nak buat.. tapi sebelum buat kemain banyak soalan dia tanya aku.. macam mana nak duduk la, macam mana nak terbang la.. hehehe.. 


Encik Adiey tak puas hati sebab gambar dia nak terbang tak banyak.. silap aku gak sebab tak alert.. sebab tau2 jer brader tu dah lajuuuuuuu suruh Encik Adiey lari.. eh, kita tak sempat nak ambik gambar tau! ambik gambar dia dah nak naik jer lah.. sorry sayang.. 






Masa tunggu Encik Adiey nak landing again aku tersilap percaturan.. aku tunggu kat tempat dia naik tadi padahal dia landing kat atas.. berlari lah aku nak kejar bila dia nak landing tapi tau2 dia dah landing.. hahaha.. again, sorry sayang.. dia merajuk ok gambar dia tak banyak.. katanya nanti orang tak percaya dia buat parasailing ni.. hahahha.. sayang, jangan risau k.. biarlah orang tak percaya, yang penting silalah percaya yang isteri awak ni dah buat parasailing.. hahahahah.. kejam x statement?

Secara jujurnya, pengalaman parasailing ni maybe biasa bagi orang lain.. tapi being zana yang agak penakaut (bukan agak penakut tapi memang penakut!), adalah satu pengalaman yang mengujakan & menyeronokkan.. kalau murah dah naik banyak kali gak la.. RM60 untuk 10minit gitulah.. kalau RM60 untuk 60minit kan best.. hehehehe..

Lepas selesai buat parasailing, tak nak terus balik resort.. nak jalan2 main pasir dulu.. seronok sangat sebab pasir kat situ lembutttttt sangattttt.. serius rasa macam nak duduk lepak kat situ lama2.. 


Encik Adiey lagi over yer.. siap duduk main pasir! nasib dia tak suruh aku buat istana pasir kat situ..

Siapa yang plan nak ke Langkawi, jangan lupa yer cuba aktiviti parasailing ni.. pengalaman yang menyeronokkan dan pasti akan meninggalkan memori indah dalam kenangan percutian kita.. 

Next Entry - Langkawi Cable Car, Langkawi Wildlife Park & Dataran Lang..


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

15 comments:

  1. tgk mcm menarik..tp cuak jugak..ann pn ketegori tkt2 jugak ni..lepastu suke pk bukan2..hahahha..

    tp klu x cuba, mcm rugi plak kan..

    ReplyDelete
  2. Akak tak buat pun. Alasan? Mahal. Huhuhu -_-"

    ReplyDelete
  3. teringin nak buat parasailing ni dari dulu lagi.cuma tak berpeluang je lagi.huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ok, kita kagum sebab awak berani. :)

    ReplyDelete
  5. syoknya dapat buat aktiviti camni..
    zee tengok pon dah gayat..

    ReplyDelete
  6. waahh best nye!! harus cube time g bln 10 ni nnt =)

    ReplyDelete
  7. Aritu g Langkawi macam nak naik benda alah ni. Tapi macam mahal sangat! HAHA. Ni bila baca entry ni, rasa alahaiii. rugi la plak tak naik haritu

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya tgk zana n hubby buat parasailing ni.. dan2 rase nak gi langkawi nak buat jugak..hahaha..

    ReplyDelete
  9. adiey adiey jgn risauuu ida percayaaa hekhekhekhekhkkk. ida tak pernah lagi buat.. sbb belum pernah lagi ke langkawi dgn andi. boleh alasan gitu? hahahahha

    ReplyDelete
  10. mmg salute la zana berani buat parasailing tu...kalau sue berpeluang g langkawi lagi, leh la try kan..huhu

    ReplyDelete
  11. kita igtkan mhl tau sorg rm120 klu tau rm60 aitu pergi kita buat ermmmm mcm best jerk !

    ReplyDelete
  12. Memang best...xrugi mencuba...kt kl xleh nak terbang2 dah..hehhe

    ReplyDelete
  13. bole bawak gopro ta masa parasailing tu?? hehhe ke dia tak bg pegang apa2?

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ