Thursday, May 22, 2014

Percutian Di Langkawi : Oriental Village & Langkawi Cable Car

Masuk hari kedua percutian di Langkawi.. as usual, awal pagi dah kena bangun sebab rugilah datang bercuti kawasan pelancongan kalau bangun lambat kan.. lepas breakfast kat cafe resort, terus menuju ke Oriental Village.. kat situlah terletaknya Langkawi Sky Cab (Cable Car)..


Again, masa nak ke sana sepenuhnya mengharapkan papan tanda dan peta pelancongan.. mudah kan? sebab dah baca banyak review kalau nak naik cable car tu, better pergi awal pagi untuk elakkan beratur panjang. so pukul 9 pagi kitaorang dah sampai sana.. hehehe.. padahal kaunter tiket bukak pukul 10 pagi..



Sementara nak tunggu kaunter bukak, marilah kita bergambar.. dekat kawasan Oriental Village ni ada banyak aktiviti boleh buat sebenarnya.. kalau yang suka aktiviti lasak ada adventure park kat situ.. ada jugak 6D Motion.. kalau rasa nak naik Duck Tours bagi yang nak merasa naik bot di darat dan di air & macam2 lagi.. 

Kedai cenderahati dekat sini memang banyak.. pilih jer yang mana berkenan.. harga masih berpatutan.. dan ada sesetengah kedai boleh dapat diskaun kalau pandai tawar menawar.. so, pandai2 memilih yer.. 


Rasanya yang ke sini mesti tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini kan? feeling2 berada di Korea.. hahaha.. tak sure pulak apa motif Winter Sonata ni terletak kat dalam Oriental Village ni.. 


Pemandangan sekitar memang cantik.. sebab banyak gunung ganang yang tersergam indah.. suasana kat situ mendamaikan.. jauh daripada kesibukan.. tenang....



Lepas dah puas bergambar, terus menuju ke kaunter tiket.. masa ni excited sangat nak naik cable car.. excited la kan.. sebab masa ni tak tau lagi macam mana rasa nak naik cable car kat Langkawi ni.. biasa naik yang kat Genting Highlands jer.. tiket untuk dewasa RM15 (sila tunjuk MyKad).. 


Dekat area nak naik tu, ada disediakan petak untuk kita beratur.. beratur dalam petak tu.. since masa nak naik tu agak ramai orang, so penuhlah 1 cable car kitaorang tu.. ada sepasang adik beradik lelaki dan perempuan, couple mat salleh dan kitaorang.. mula2 duduk berdepan dengan Encik Adiey sebab kitaorang last masuk.. then aku mintak adik beradik tu tukar tempat sebab aku nak duduk sebelah2 dengan Encik Adiey.. 

Baru jer cable car tu bergerak dalam 5 minit aku dah nak menangis.. hahaha.. serammmmmm weiiiii... seriussss aku tahan jer drpd menangis.. sekali tengah tahan nak menangis, boleh pulak cable car tu stop!

Mula2 boleh tersnyum ambik gambar lagi..  masih jauh lagi nak ke pit stop pertama dah terberhenti.. huhuhuhu


Bila cable car tu bergoyang2 sebab angin kuat time cable car tu stop, Ya Allah, time ni nangis jer la.. nasib baik pakai spec mata hitam.. jadi orang tak nampak la kita nangis.. tapi, dekat mulut dah bebel cakap takutttt.. yang adik beradik tu, adik lelakinya over relaks.. yang kakak dia pun dah cuak bisik2 kat adik dia cakap nape berhenti lak kan.. yang couple mat salleh tu buat tak tau.. aku jer bising dalam tu.. lantaklah!

5 minit gak la cable car tu berhenti.. risau sangat time tu.. dengan angin kuatnya.. bergoyang2 cable car tu tau! berdoa semoga selamat jer time tu.. time ni Encik Adiey dah suruh aku senyap jer.. so aku senyap sambil menahan air mata sampailah kat atas... hahaha.. over budak ni kan!



Sampai kat atas tu, bergambar jer lah.. habis, tak kan nak berlari melompat lak kat atas tu kan.. dah la jalan pun rasa seram jer.. nak bergambar pun berhati2 jer takut tercampak phone ke bawah time tu.. hahahha..




Pemandangan yang cantik! mata terpukau dengan kecantikan alam flora dan fauna daripada kawasan di atas puncak yang tinggi.. lupa sekejap apa yang berlaku masa nak naik ke atas.. lupa kejap pasal cable car tu..


Tapi bila Encik Adiey ajak turun bawah, rasa nak menangis balik.. membayangkan yang aku akan lalui perasaan takut tu sekali lagi.. puyalah lama nak ambik kekuatan untuk beratur naik cable car tu.. time turun tak ramai yang beratur.. dekat 5minit bertapa kat kawasan situ ambik kekuatan nak turun bawah.. hahaha.. memang over!



Naik jer cable car tu, budget boleh la nangis kuat kan sebab aku berdua jer dengan Encik Adiey.. sekali sebelum pintu ditutup, ada couple mat salleh naik sekali.. tapi couple ni yang dah berumur la.. masa naik tadi yang couple muda.. tapi masa nak turun tu perasaan takut x sekuat masa nak naik.. maybe sebab couple mat salleh tu rajin berborak.. siap dia tolong ambikkan gambar kitaorang.. so, tau2 jer dah nak sampai bawah.. 



So, pengajaran kalau nak naik cable car bagi yang penakut silalah berborakkkkkkk... borakkkkkk jer apa2 untuk hilangkan rasa takut tu.. kalau takut jugak, pejam jer la mata tu.. hahaha.. kalau suruh naik lagi rasanya macam tak nak lagi.. cukuplah sekali.. tapi tak taulah kalau ada rezeki ke sana betul2 tak nak naik atau tetiba berani macam perasaan aku naik parasailing sebelumnya tu.. hehehe..


Turun jer kat bawah, legaaaa sangat2.. sebelum balik, singgah beli cenderahati kat situ.. beli chocolate untuk bekalan dalam kereta sekali.. nikmatnya asik makan chocolate kat sana.. terus rasa nak duduk sana lama2 sebab chocolate banyak dan murah! hehehe..


Sebelum balik, singgah Telaga Harbour Langkawi.. lokasi tak jauh daripada Oriental Village.. kalau nak ke sana memang lalu tempat ni.. tak ada apa aktivit pun kat situ.. just nak lepak2 tengok kapal cantik2.. feeling2 ada kapal sendiri.. hehehe..


Next entry - Dataran Lang, Langkawi
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

5 comments:

  1. Singgah pagi..
    jalan2...berdua...sgt besttt..:)

    ReplyDelete
  2. Lama nyer x naik cable car kat langkawi tu
    Last naik masa my son umoq 2yo now dah 9yo
    Imagine la lama mana dh
    Ai feel uols sayam...Mmg gayat ooo naik CC kt situew
    Dah la pjng khen

    ReplyDelete
  3. masa ann pergi dulu xde kejadian stop tu..sebaik..tp mmg betul la kene berborak utk bg kite xpk yang bukan2 kan..hahaha..

    teringin nak lalu kt skybridge tu tp ntah ble lah nak bukak balik

    ReplyDelete
  4. uwa... msa pegi sna aritu cablecar tutp la plk..
    frust btul la.. :(

    ReplyDelete
  5. Hooo arreessa takut betul naik cable car nih

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ