Friday, September 28, 2012

Permata Yang Dinanti - InsyaAllah


Ya Allah, aku bermohon agar diberi kesempatan waktu untuk aku merasai nikmatnya perasaan bergelar seorang ibu.. permudahkanlah urusanku dalam usaha untuk mendapatkan zuriatku sendiri Ya Allah.. berkatilah segala usahaku untuk memiliki zuriatku sendiri.. semoga ada rezeki buat aku dan suami mengecap kebahagiaan bersama permata hati kami  suatu hari nanti.. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...


Photobucket

Thursday, September 27, 2012

Candid Tudung Mantap?


Keyword pelik lorrrrr...yang pasti aku bukan jenis yang pandai menggayakan tudung.. serius failed! pakai shawl pun x pandai belit2.. pakai pashima pun hentam jer.. pakai tudung bawal lagilah main pin jer.. tudung layer2 pun baru jer nak jinak2 pakai..

So blog ni x sesuai dijadikan rujukan untuk melihat style penggayaan tudung.. tapi kan, yang aku kelakar tu, apasal ada perkataan "mantap" tu? apa kaitan mantap dengan tudung? macam x sesuai jer perkataan mantap tu.. hohohoho...

Nota cinta : takut pulak bila entry ni selalu orang baca.. keyword "mantap" tu yang membuatkan aku jadi takut.. eh, apa yg dicari lah dalam blog ni yer.. 


Photobucket

Nasi Ayam Penyet Wong Solo, Bandar Baru Bangi

Semalam big boss belanja Nasi Ayam Penyet Wong Solo, Bandar Baru Bangi.. tak ingat kali ke berapa dah makan Nasi Ayam Penyet ni.. kiranya banyak kali gak la.. cumanya, sekali pun aku x pernah beli guna duit sendiri dan x pernah pergi makan lagi kat situ.. kedai tu kat mana pun aku x tau.. hahahaha.. yang pasti kedai tu dekat Sekyen 9, Bandar Baru Bangi.. dengar cerita ada lagi 3 cawangan kedai ni dekat Shah Alam, Ampang dan KL..


Setiap kali aku makan Nasi Ayam Penyet ni, mesti ada orang belanja.. kawan belanja, ex boss belanja & semalam big boss belanja.. untungnya!!! dan kitaorang suka order yang jenis ayam bakar.. lagi sedap!

Siapa yang x kuat makan pedas, pasti meleleh air mata korang masa makan Nasi Ayam Penyet ni.. sebab sambal dia superrr hot! tapi aku suka jer sebab aku suka makan sambal.. hehehe.. kata orang Noghori Sembilan kan?? siapa yang pernah makan sambal dia tu taulah tahap pedasnya macam mana kan.. tapi pedas2 pun sedappppp..

Nasi dia lembut.. ada sambal terung sekali.. sambal terung dia memang terbaik.. sedap betul! makan pulak sekali dengan tempe dan tauhu goreng, lagilah mantap rasanya.. pulak tu kan, makan berulamkan timun dan salad, terasa lengkap sungguh menu hidangan tu..


Harga untuk 1 set Nasi Ayam Penyet tu adalah RM10.90.. ramai yang kata mahal kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.. tapi bagi aku, kalau mahal tapi sedap memang berbaloi la kan?? so, siapa yang belum cuba tu, boleh la cuba yer.. pasti berbaloi!

* Lepas makan nasi selalu amcam ni risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

BE Ke 10 - TQ Semua!

Syukur Alhamdulillah... dapat lagi 1 BE yang menari2 riang dekat blog aku ni.. teruslah menari wahai BE "Libresse Barometer".. menarilah dengan rancaknya yer.. hehehe... 

TQ Nuffnang! TQ Libresse!

Ini merupakan BE ke 10 bagi tahun 2012.. sekarang ni ada 2 BE yang seronok menari2 kat blog aku.. menari style apa tak dapat dipastikan.. yang pasti, aku happy bila iklan2 tu sudi singgah kat blog aku.. 

Follower x ramai xpe.. jumlah views x ramai pun xpe.. yang penting aku happy blogging.. dari hari ke hari, makin sayang dengan blog ni.. banyak kenangan yang aku dah tulis dalam blog ni.. selalu membayangkan anak cucu aku akan baca blog ni nanti.. *padahal anak pun belum ada, dah berangan sampai ada cucu.. hehehe..

Nota Cinta : TQ pada semua yang sudi singgah blog yang x seberapa ni.. luv u guys!!

Wednesday, September 26, 2012

Penantian Rakan TTC Berakhir - Baby Adam

Syukur Alhamdulillah kerana salah seorang rakan baik yang dulunya sama-sama ber"TTC" dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat2 comel semalam.. Tahniah Nana ( http://ainasuraya.blogspot.com/ ).. 


 Tengahari tadi sempat pergi melawat Nana dan baby Adam di Hospital Putrajaya.. pergi sekali dengan rakan TTC, Yana ( http://leeyanaradhi.blogspot.com/).. 

Masa dapat tau berita ni semalam, rasa teruja sangat2.. Nana sempat update status kat FB lepas keluar labour room.. terus aku call dia! over excited kan? tapi call just untuk ucap tahniah jer la.. x adalah nak borak2 panjang segala kan.. melampau namanya tu.. dah la nana baru jer lepas bersalin, masih lemah lagi kan.. tapi dengar suara Nana pun dah cukup menggembirakan hati aku.. belum jumpa baby dia lagi dah  gembira, ni tadi dapat jumpa & cium baby dia lagilah gembira kan??


Masa Nana pregnant, aku ada buatkan Nana donut.. masa tu aku ada update cerita pasal aku tolong mak mertua buat donut, then dia kata sedapnya kalau dapat makan donut gebu zana.. tu yang aku buatkan tu.. masa tu Nana baru jer pregnant..


Masa dah mula sarat sikit, jumpa Nana masa gathering TTC Corner dekat Putrajaya.. masa tu perut Nana dah makin "comel".. hehehe.. so cute!!


Makin Nana sarat, aku ada teman Nana survey barang2 baby dekat Mid Valley.. kitaorang naik komuter masa tu.. serius seronok sangat2 masa tu.. masa tu, sorang lagi rakan TTC, Yanie ( http://idreamoflittlebunnies.blogspot.com/ ) pun ada join kitaorang.. borak2 sambil makan sampai meja sebelah takut dengar suara aku bercakap.. kecoh!! hahaha..


Semua tu kenangan terindah antara aku dan Nana.. now, Nana dah melangkah setapak ke depan dengan bergelar seorang ibu.. gelaran yang amat2 aku nantikan.. untuk Nana, tahniah my dear.. penantian hamipir 3 tahun setengah kini menjadi detik terindah buat Nana, suami dan keluarga.. impian yang selama ini Nana harapkan dah menjadi kenyataan.. semoga menjadi ibu yang terbaik untuk baby Adam.. 


Untuk Adam, selamat lahir ke dunia sayang.. semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan sihat hendaknya.. aunty Zana & aunty2 TTC Corner yang lain terlalu gembira dengan kelahiran kamu sayang... 

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua yang menanti zuriat ini untuk merasai nikmat kebahagiaan bergelar ibu.. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Photobucket

Baju Pink Untuk Baby Alya


Dapat MMS daripada kakak aku.. dia send gambar comel anak buah aku tu.. pinky girl!!!

Akak aku cakap, dia x suka pakai cap.. suka pakai headband jer... tapi hari tu aku beli jer baju & cap yang dalam gambar tu.. yang bestnya, dia x cabut pun cap tu ok!! agaknya dia tau mak cu dia belikan.. hihihi.. 

X sabar nak balik kampung Jumaat ni.. aku ada belikan dress untuk budak comel tu.. kali ni kita tukar warna pulak.. asyik semua baju aku bagi dia pink jer kan.. kali ni beli purple pulak.. untunglah kamu Alya sebab mak cu kamu belum ada anak, jadi kamulah yang selalu dapat baju comel2 dari mak cu.. hehehe..

Gerenti dah besar nanti Alya akan suka warna pink! sebab mak cu dia selalu pengaruh mama dia suruh beli segalanya pink!! barulah boleh geng dengan mak cu kan Alya?? hihihi..


Photobucket

Jumlah Pengunjung Blog - Sikit Atau Banyak?


Jumlah pengunjung blog ni memang sentiasa berubah2 setiap hari.. tapi lebih kurang sama setiap minggu.. dalam seminggu tu memang total viewers lingkungan 3000 - 3500.. sikit sangat sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blogger2 lain.. maklumlah, blog aku ni update ikut mood.. lagipun blog ni semata-mata cerita pasal aktiviti seharian aku.. siapalah yang nak baca sangat kan.. 

Selalunya entry hari bekerja antara 350-700 views.. paling banyak selalunya hari Isnin.. aku andaikan jumlah tu banyak sebab pengunjung mengalami Monday bluessssss, jadinya mood nak bekerja kurang so diaorang lebih rajin online.. hehehe.. paling sikit selalunya hari Jumaat.. aku andaikan jumlah tu kurang sebab pengunjung dari belah Utara bercuti pada hari Jumaat.. boleh buat andaian macam tu?? Hehehe.. 

Kalau weekend memang selalunya views sikit sangat2.. biasalah, kurang orang online masa weekend kan.. agaknya yang masuk blog ni pun secara x sengaja masa cari2 info ke kan.. lagipun aku ni setahun 2-3 kali jer buat entry masa weekend.. 2-3 kali tu maknanya memang masa tu aku bosan sampai x tau nak buat apa lah tu.. selalu berangan nak buat auto publish, tapi manjang x sempat jer lah.. macamlah bizi sangat kan?? 

Views ni memang aku rajin tengok.. sebab nak tau sama ada blog ni masih ada pengunjung ke x.. kalau agak2 pengunjung dah x ada sangat tu, boleh la plan untk private jer blog ni.. hohoho.. 

Jumlah views korang pulak macam mana? ceciter cikit.. kalau yang ramai pengunjung tu, tahniah sangat2.. maknanya blog korang memang glamour! keep blogging ok! kalau yang x ramai pengunjung tu, janganlah risau.. fikir balik matlamat blogging korang.. kalau niat blogging korang sekadar suka2, apalah sangat jumlah view tu kan? yang penting kita happy dengan blogging, itu lebih bermakna!!

Nota Cinta: TQ pada semua yang sudi singgah blog ni..luv u guys!

Tuesday, September 25, 2012

Kuih Comel Dan Unik


Sape tau apa benda kat atas tu?? hehehe..

X payah susah2 korang nak tekalah yer.. sebab nanti aku suruh korang teka, tapi entry nak bagitau jawapan sebenar x buat2 jugak! hahaha.. bak kata Eida @ G.E.D.I.K, aku  ni kan "si penangguh entry"... hahahhaha...

Tu sebenarnya kuih raya yang aku sendiri x tau apa namanya.. rasanya sedappp tapi aku dah lupa rasanya macam mana sebab makan masa raya hari tu.. dah lama sangat kan, sampai rasanya pun aku dah lupa.. yang pasti sedap.. hehehe..

Walaupun dah lupa rasanya macam mana tapi aku tetap nak jugak update entry ni sebab kuih tu tersangatlah comel bagi aku.. siap ada mata, ada hidung & telinga ok!! tapi dalam gambar tu tinggal mata jer sebab hidung dia aku dah makan.. telinga dia pulak dah tertanggal sebelah.. hohoho...

Nota cinta: korang rasa perlu x aku update 4 entry berkaitan cuti-cuti yang kejadiaannya dah berlalu 3 dan 2 bulan lepas?? hehehe... 

sekian, 

~si penangguh entry~ 


Photobucket

Keropok Lekor Terengganu : Leko-Leko Putrajaya


Keropok Lekor Terengganu : Leko-Leko Putrajaya
Tera Sekali Nok Lagi!
 
Lokasi kedai : Presint 15, Putrajaya (barisan Mydin)
Menu popular : Leko Chezzy Mayo & Black Pepper Leko
Website : http://www.leko-leko.com/products.html
Facebook : http://www.facebook.com/#!/LekoLekoPutrajaya
 


Review : idea yang unik (ada yang kata pelik).. keropok lekor Terengganu yang lembut dimakan bersama sos dan mayonis (ada yang kata simple boleh buat sendiri kat rumah).. sesuai untuk hidangan di waktu petang sambil bersantai selepas balik dari kerja.. agak2 malas nak menggoreng keropok lekor kat rumah sendiri, so korang boleh la singgah kedai ni.. hehehe..
 
Nota cinta: makin banyak kedai makan menarik, sedap & unik dekat Presint Diplomatik.. tu yang seronok duduk situ.. hehehe..
 
  
Photobucket

Setiap Orang Adalah Berbeza

Bila kita cuba bersikap lebih tenang, ada pulak yang kata kita ni terlalu berserah.. seolah2 x ada usaha untuk dapatkan apa yang kita nak..

Bila kita cuba bersikap positif, ada pulak yang kata kita ni menipu diri sendiri dengan mengatakan kita ok sedangkan hakikatnya kita x ok..

Setiap orang ada pandangan yang berbeza.. setiap orang ada cara yang berbeza.. setiap orang juga ada masalah dan ujian yang berbeza.. setiap orang adalah berbeza!! itulah uniknya diri kita sendiri.. tiada siapa yang di dalam dunia ini adalah serupa segalanya dengan kita.. 

Jadi hormatilah cara orang lain.. hormatilah pemikiran orang lain.. hormatilah kehidupan orang lain.. 

Siapalah kita nak mengatur rentak kehidupan orang lain? lebih baik kita mengatur kehidupan kita sendiri.. kerana banyak lagi kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri..  jadi, daripada menunding jari ke arah orang lain, lihatlah diri kita sendiri.. 

*Peringatan untuk diri sendiri juga..

Nota cinta : semakin aku positif, semakin aku dapat rasakan setiap saat itu adalah kebahagiaan dan ketenangan...

Monday, September 24, 2012

Bila Member Datang Rumah & Photoshoot Di Putrajaya

Last week kawan masa zaman Diploma kat Melaka datang kat rumah.. mula2 nak datang beraya, tapi sebab masing2 sibuk, so lepas raya baru dapat jumpa.. 


 Diaorang sampai pukul 9 malam.. masing2 balik kerja dah lewat, so sampai pun lewat la jugak.. sampai2 terus makan.. sambil makan sambil borak mengimbau kenangan lama.. kenangan 7 tahun lepas.. hohoho..



Masa diaorang datang ni, Encik Adiey hanya mampu memandang jer la.. sebab masa tu dia tengah pantang makan untuk ujian rawatan kat Hospital Putrajaya.. kesian gak dia.. tapi aku dah janji dengan dia. lepas dia sembuh aku akan belanja dan masak apa jer yang dia nak makan selama seminggu.. hehehe..



Habis borak dan makan dah pukul 11 malam.. member2 ajak lepak kat luar pulak.. aku ok jer.. kitaorang lepak dekat dataran depan Masjid Putra.. masa tu ramai giler orang.. seronok betul dapat lepak sambil bergambar dengan member2.. tapi cian dekat wife member aku sebab dia dah letih plus tengah pregnant.. tapi dia ok, dia lepak dalam kereta jer masa kitaorang lepak2 kat luar..



*dah macam cover album kan?? 

Encik Adiey tolong jadi jurugambar kitaorang malam tu.. dalam setengah jam kitaorang bergambar.. tak berani lama2 sebab kesian dekat wife member yang dah keletihan tido dalam kereta tu.. setengah jam tu pun dah kecoh & gelak2, agaknya kalau lagi lama ntah macam mana lah..


Seronok sebenarnya bila member2 datang ke rumah ni.. orang kata setiap  orang yang datang ke rumah kita sebagai tetamu kan pembawa rezeki.. bagi aku, kalau tetamu nak datang rumah ni, skill mengemas aku makin pantas.. skill nak menghidang makanan pun nampaknya makin maju..hehehe.. 


Sebabnya, bila tetamu nak datang baru rasa nak mengemas rumah laju2, kalau x asyik bertangguh jer.. masa nak hidangkan makanan kat tetamu pun, tau pinggan atau piring mana yang sesuai nak guna.. masa tu jugak baru perasan yang dah lama sebenarnya aku x beli set pinggan mangkuk baru.. hahahha... serius, aku pernah beli set pinggan mangkuk yang lengkap 2 tahun lepas, tu pun masa baru kahwin.. sampai sekarang x ada beli2 apa2 set pinggan mangkuk yang baru.. hehehe.. *leh buat alasan untuk beli baru x agaknya?? hohohoho..

Nota cinta: yang baru terhegeh2 nak belajar hias rumah sebab tengok rumah orang cantik jer bila kita gie beraya.. hahaha..
Photobucket

Hospital Putrajaya - Ujian Kolonoskopi Untuk Encik Adiey

Lama x update blog.. lama x singgah blog kawan2.. lama x dapat nak komen kat entry kawan2.. maaf sangat2..
 
Sampai hujung minggu ni memang keadaan x berapa nak mengizinkan untuk aku berehat panjang.. sejak minggu lepas lagi aku kurangkan aktiviti online.. keadaan dan masa memerlukan aku untuk bagi perhatian lebih pada suami tersayang..
  
Jumaat hari tu, Encik Adiey ada ujian rawatan kolonoskopi dekat Hospital Putrajaya.. ni kali ke 4 jumpa doktor pakar.. puncanya, Encik Adiey kerap sakit kat bahagian perut dan kadang2 bleeding masa perkumuhan.. lepas beberapa kali jumpa doktor pakar, Jumaat hari tu adalah hari untuk ujian kolonoskopi..

Ujian ni sebenarnya nak tengok keadaan usus dan bahagian dalam perut untuk tau apa sebenarnya punca sakit tu.. doktor akan masukkan kamera ke dalam usus untuk tengok ada masalah atau x..  masukkan kamera melalui punggung.. siap Encik Adiey cakap, "mintak2 dapat doktor lelaki sebab segan!".. sekali masa ujian dapat 2 doktor lelaki dan seorang perempuan.. hehehe... 


Sebelum ujian ni, 3 hari Encik Adiey kena pantang makan.. hanya boleh makan bubur.. x boleh makan roti, buah, sayur, ikan dan semua makanan berserat.. air pun sekadar air putih, teh o' atau 100 plus.. kena pantang supaya usus clear masa ujian nak dibuat.. 

Sehari sebelum ujian kena minum ubat yang doktor bagi.. lepas makan ubat tu, Encik Adiey keluar masuk toilet lebih daripada 15 kali.. start pukul 12 malam sebelum ujian sampai pagi tu kena puasa makan dan minum.. pukul 6 pagi kena makan lagi sekali ubat then sekali lagi Encik Adiey pergi toilet 6 kali sebelum ujian dibuat..

 
Sampai Hospital Putrajaya pukul 7.30 pagi.. persediaan sebelum ujian makan masa yang lama jugak.. ujian start pukul 10 pagi hingga 11 pagi.. keluar dari bilik rawatan ujian kolonoskopi, Encik Adiey x berapa sedar.. ubat bius dan ubat tido still ada lagi..



Malam hari Jumaat tu Encik Adiey x boleh tido sebab ubat bius dah habis.. susah betul hati aku masa tu.. bila dia x boleh tido, x kan la aku boleh tido lena kan? so sepanjang malam tu berjaga..

 
Sabtu dan Ahad pun dia still rasa sakit.. x sure sama ada kesan daripada ujian tu atau kesan ubat tu nak melawan penyakit.. pagi tadi pun still rasa sakit but dia nak gie keje jugak.. if x ok, petang ni nak pergi Hospital balik.. risau pulak aku dengan tahap kesihatan dia sekarang..
 
Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan yang baik untuk Encik Adiey.. banyak msg kat phone dan fb yang aku dapat.. banyak jugak komen dekat fb yang mendoakan Encik Adiey cepat sembuh.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik semua.. terima kasih sangat... sedih bila tengok dia banyak diam, sebab selalunya dia sangat2 ceria kat rumah.. hope sangat dia cepat sembuh..
 
Nota: next appoitment bersama doktor pakar pada 5 November 2012 di Hospital Putrajaya ..
 

Photobucket
 

Thursday, September 20, 2012

Muka Suami Isteri Sama - Jodoh Berpanjangan?

 
Ada yang kata muka kitaorang hampir sama.. walaupun kitaorang sendiri x tau part yang mana sama tu.. hehehe.. 

Dari segi warna jauhhhhh beza sekali.. kulit Encik Adiey cerah, aku gelap & malap.. *suami lagi cerah dari isteri sangat sedih ok.. hihihi.. 

Dari segi mata, mata aku biasa2 jer, Encik Adiey sepet banyak & kalau senyum lagilah nampak sepetnya.. *selalu suruh Encik Adiey buntangkan mata masa bergambar.. hihihi

Dari segi hidung, hidung aku x mancung! Encik Adiey biasa2 jer.. *walaupun selalu dia kata hidung dia mancung.. eleh, banding dengan hidung Jawa aku memang la.. hahahaha..

Aku rasa yang sama hanyalah dari segi bentuk muka kot.. hahahha.. 2-2 booolat.. *Encik Adiey kata muka dia lonjong! x nak mengaku boolat konon!

Selalu dengar orang cakap, "kalau muka suami isteri ni lebih kurang sama, InsyaAllah jodoh berpanjangan".. apapun, semuanya ketentuan Allah.. kalau dah jodoh tu kuat, muka x sama pun boleh kekal berpanjangan.. 

Nota Cinta: Kalau bergambar jer, automatik aku senyum nampak gigi.. style aku! hehehe.. kalau Encik Adiey pulak, automatik senyum tanpa nampak gigi.. hohohoho..

Spontaneous Thursday - Be Yourself!



Be yourself no matter what.. Some will adore you & some will hate everything about you.. But who cares?? It's your life.. Make the most out of it!


Wednesday, September 19, 2012

WordLess Wednesday -Simple Photoshoot At Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya


Dating sambil photoshoot!

Tarikh : 17 September 2012
Masa : 5.30 -6.00 petang
Lokasi : Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya









Nota Cinta : semakin hari mengenalinya, semakin kuat perasaan cinta ini.. semakin hari bersamanya, semakin mendalam rasa kasih sayang ini.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..

Tuesday, September 18, 2012

Kisah Raya Dah Habis


Raya dah habis tapi...

1) cerita jamuan raya ada lagi yang x sempat diupdate kat blog.. apa kes??? 

2) biskut raya ada lagi kat rumah.. bukan sebab x ramai tetamu yang datang tapi mengada2 beli biskut raya, kek dan kerepek lagi minggu lepas walaupun biskut raya kat rumah ada lagi.. dengan alasan, nak makan sambil tengok tv.. hehehe..

3) ada kain pasang yang kononnya nak dihantar ke tailor lepas raya untuk pakai masa jamuan raya office x sempat nak hantar tailor.. jawabnya, hantar ke tailor dan pakai masa raya haji bulan depan..

4) duit raya ada balance lagi.. tahun ni ada rezeki lebih tambah peruntukan duit raya lebih RM100 daripada tahun lepas.. sekali semalam check ada balance RM120 lagi, maknanya total duit raya yang berjaya diagihkan pada raya tahun ni sejumlah RM430.. balance duit raya tu aku guna jer la jawabnya.. hahaha..

5) baru plan nak cantik2kan rumah sebab pergi beraya rumah orang tengok semua rumah orang cantik2.. so, dah lepas raya baru fikir nak deko2 rumah.. tertinggal keretapi kitaorang ni.. hahaha..

Nota cinta: korang ada cerita pasal dah habis raya x? 


Photobucket