No
|
AMALAN
|
GANJARAN
|
1. |
Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.
|
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda:“Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
|
2. |
Membaca “Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.
|
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.
|
3. |
Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
|
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
|
4. | Membaca surah Ali Imran | Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam. |
5. | Membaca surah al-Kahfi. |
Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
|
6. | Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat. |
Bacaan selawat disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.
|
7. |
Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
| Akan mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT. |
Friday, January 10, 2014
Salam Jumaat : Amalan Sunat dan Hikmahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum zana. lama sheila tak jalan sini. thanks sharing amalan sunat ni :)
ReplyDelete