Saturday, January 4, 2014

Rutin Mengemas Rumah

Sejak beberapa minggu ni memang aku & Encik Adiey mengemas rumah hari Jumaat malam.. rutin mengemas rumah ni memang dibuat bersama.. tinggal berdua, rutin mengemas rumah tu tak adalah sebanyak rumah yang ada anak kecik.. memang jarang berselerak tapi ada time memang selerak sebab masing-masing letih nak mengemas.. hehehe..


Seronok rutin mengemas rumah hari Jumaat ni.. sebab weekend langsung x payah pening kepala fikir nak kemas rumah.. kalau ada tetiba tetamu datang mengejut pun dah x risau sangat.. hihihi..

Kitaorg pun boleh keluar dari pagi sampai malam sebab rumah dah bersapu, lantai dah bermop, baju dah dibasuh & disidai, bilik mandi dah dicuci & dapur dah dikemas..

Lepas ni boleh la teruskan rutin ni.. weekend dapat relaks cikit.. cuma Jumaat tu memang tido lambat la sebab nak mengemas kan..

So klau ada yg selalu ada mslh nk mengemas rumah tanpa mengganggu aktiviti hujung minggu, try la tukar jadual mengemas ke hari Jumaat.. kalau yg cuti hari Jumaat, boleh mengemas hari Khamis.. hihi..

Selamat berhujung minggu semua..

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

16 comments:

  1. bagus jugak tips ni kan, nak practice jugak la :)

    ReplyDelete
  2. nory pon suka kemas rumah jumaat malam, siap2 basuh baju segala, sabtu ahad boleh relax dan boleh gi jalan2 dgn senang hati kerja rumah semua dah setel...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak masa utk weekend bila kita dh kemas siap2 jumaat malam tu kan nory.. :)

      Delete
  3. Bestnyer ada umh sndri..xsbr nyer nk beli umh.. Nk hias cmne pn xksh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, ni bukan rumah zana.. ni rumah kerajaan.. hehehe.. zana stay kuarters syg.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. biasa2 jer dear.. zana x pandai nak deko.. just apply konsep simple & kemas jer.. hehehe

      Delete
  5. btw. salam kenal dr nina :)
    danishninaaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. betul tu... ina pun wat camtu.. supaya ari minggu boleh lepak2 nga suami dan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan bila rumah dah kemas sebelum weekend.. rasa tenang nak bersama yg tersayang..

      Delete
  7. dh lama praktik tp tetaplah jua rumah tu bersepah bila anak2 dh start beraktiviti. huhu... tp keluar hjg minggu tetap keluar juga. terapi minda katanyer muahaha! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terapi mindaaa... suka ayat tu.. memang kalau x keluar time weekend tu rasa sesakkkkk nafasss.. hehehe

      Delete
  8. cantiknya rumah akak, heiiii malasnya nak kemas kak, kemalasan tu berganda-ganda :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 jer mila.. akk x pandai sgt nak hias2 ni sebenarnya.. janji nampak kemas jer kat mata ni.. hehehe

      Delete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..