Thursday, January 23, 2014

Tips Keluarga Ceria dan Bahagia


Keluarga yang ceria bermula dengan ibu & ayah yang ceria.. setuju? rumah dan keluarga akan bertambah bahagia bila "ketua"nya sentiasa ceria! ada beberapa tips keluarga ceria dan bahagia yang boleh kita cuba amalkan seisi keluarga.. 


Tips yang aku pegang untuk sentiasa bahagia adalah dengan cuba melahirkan rasa ceria tu pada setiap orang.. kalau kita ceria, percayalah orang yang tengok kita pun akan rasa ceria.. bila semua ceria, insyaAllah hidup kita serta keluarga kita akan lebih bahagia..

Abah selalu pesan, hidup kita ni sementara jer.. selagi hidup ni, bahagiakanlah orang sekeliling kita.. jangan suka berdendam dan bermasam muka, susah rezeki nak masuk dalam keluarga.. kalau ada yang ak puas hati, cepat2 bagitau.. jangan pendam2 lama.. kadang kita jer terasa hati sendiri padahal orang tu tak salah apa pun.. 

Mak pulak selalu pesan, susah senang dalam keluarga kongsi sama2.. jangan susah jer baru cari keluarga, tapi waktu senang lupa keluarga.. dengan adik beradik kena selalu berhubung.. ada masalah selesai sama2.. ada rezeki kongsi sama2.. itu lebih berkat.. 

Mak & abah aku memang jenis yang sangatlah ceria.. ceria & sentiasa tersenyum.. kalau ada yang pernah jumpa diaorang akan tau betapa mudahnya diaorang ni mesra dengan setiap orang.. kadang tu sampai kita pulak yang jadi segan sebab semua orang dia nak tegur.. hahahaha..


Kalau bergambar, suruh diaorang buat aksi bebas.. abah selalunya akan nampak happy tapi tak terlalu nak tunjuk.. padahal hakikatnya dia lah "raja lawak" di hati kami sekeluarga.. tapi kalau kita suruh mak posing dengan gaya bebas, mesti mulut dia nak menganga.. comel babe bila mak buat muka macam tu.. dengan muka bolat dia.. hahaha..


Mak & abah ni senang nak diajak bergurau.. ramai yang mudah rapat dengan diaorang.. percaya tak yang mak & abah ada 2 orang anak angkat lelaki yang dah dianggap macam kelurga sendiri.. abang2 aku tu jadi anak angkat mak & abah sejak diaorang bujang.. sampailah sekarang anak abang2 aku tu dah besar & ada yg dah sekolah menengah! isteri2 diaorang pun rapat dengan kitaorang.. diaorang selalu balik rumah mak & abah.. semuanya sebab sikap ramah mak & abah.. orang luar pun dah anggap macam keluarga sendiri..

ni la keluarga abang angkat yang aku cerita tu.. anak2 diaorang manja dengan abah tau!

Tapi seceria mak pun, tak boleh lawan ceria abah.. abah time mak & anak2 sedih bersalam waktu pagi raya, dia masih boleh gelak2 senyum lagi.. siap tayang duit raya yang dia dapat lagi.. hehehe..


Syukur kerana diberi rezeki untuk membesar di bawah jagaan mak & abah yang sentiasa ceria & penyayang.. ramai yang dah jumpa mak & abah akan cakap yang diaorang dah tau dari mana datangnya sikap peramah & mudah mesra aku tu.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? ;)

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

4 comments:

  1. dah lama x amik gambar satu family macam ni.....

    ReplyDelete
  2. Best2. family camni insyaallah dirahmati Allah. jika berkesempatan singgahlah ke blog saya doknganga.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat keluarga yang ceria dan sungguh supportive

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga bahagia dan ceria terus bpanjangan.. yela.. semua gmbr ibu nye mesti nganga.. comei...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..