Wednesday, June 17, 2015

Barangan Keperluan Penting Di Dapur Semasa Ramadhan

Alhamdulillah.. bulan Ramadhan yang mulia dan yang dinantikan oleh semua umat Islam telah pun tiba.. bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.. dalam kita nak menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ni, apa kata kita kongsikan tentang beberapa barangan keperluan penting yang perlu ada di dapur sepanjang bulan Ramadhan ni nanti.. 
 

Barangan memasak
- bahan barang memasak ni termasuklah barang basah contohnya ikan, ayam, udang, sotong, ketam semua tu dan barangan kering contohnya minyak masak, beras, bawang, ikan bilis, cili boh, kunyit dan lain2.. ni termasuklah segala jenis rempah ratus, garam, gula, tepung dan semua bahan2 yang diperlukan untuk memasak... yang ni hari biasa pun kena ada, tapi bulan Ramadhan ni lagi banyak keperluan memasak untuk bersahur dan berbuka nanti..

Makanan segera
- kadang ada kes yang lewat bangun bersahur kan.. so tak sempat nak masak untuk bersahur.. so, alternatif boleh masak makanan segera.. maggie (jangan makan selalu yer), nudget, kuih frozen, roti, biskut, cereal (koko-krunch, honey star dll) ataupun boleh beli energy bar chocolate.. 

Minuman
- kena fikir jugak menu minuman untuk bersahur dan berbuka puasa.. kalau boleh jangan terlalu banyak minum air manis yer.. lebihkan jugak air masak bila bersahur dan lepas berbuka nanti.. cari minuman yang berkhasiat dan membekalkan tenaga lebih semasa berpuasa ..

Kurma
- rasanya kurma ni macam dah jadi makanan yang wajib ada ketika berpuasa.. makan 3 biji kurma masa berbuka then minum air masak sebelum makan makanan yang lain.. so, jangan lupa beli stok kurma di rumah yer..

Keperluan mencuci 
- jangan lupa jugak beli sabun basuh pinggan.. maklumlah kerja-kerja di dapur akan bertambah masa bulan puasa ni.. jadi, banyak periuk kuali, cawan, pinggan dan sudu yang nak dibasuh.. nampak remeh tapi penting tau.. beli la sekali span pencuci dan pencuci tangan sekali.. 

Plastik sampah
- nampak remeh tapi sangatlah penting.. sebab ada antara kita yang akan ke bazar Ramadhan atau ke kedai2 untuk beli juadah utama atau juadah sampingan.. semuanya plastik bekas makanan tu akan dibuang.. jadi kalau boleh, beli plastik sampah yang agak tebal.. kalau ada palstik2 yang beli barang dekat pasaraya tu pun boleh jer gunakan.. ikat elok2 plastik sampah sebelum dibuang.. sebab kebanyakan dalam plastik sampah tu sisa makanan, kalau tak diikat dan dibuang betul, takut ada haiwan yang selongkar plastik sampah tu pulak..

Gas memasak
- kalau ada ruang untuk sediakan tong gas extra memang bagus la.. kat kampung selalunya mak aku akan buat macam ni.. tapi kalau tak ada, kena pandai2 agak bila gas tu akan habis.. selalu jugak kita dengar kes gas habis bila tengah syok memasak juadah berbuka.. hehehe.. ingat bila tarikh last tong gas tu ditukar.. standby siap2 nombor telefon orang penghantaran gas ke rumah..

Setakat ni rasanya 6 barangan dan keperluan ni jer yang aku rasa penting kena ada kat dapur bila dah nak berpuasa ni.. kalau ada yang aku lupa boleh share yer dekat ruangan komen ni..


*************************************************************************

Dikesempatan ni Zana nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca blog adieyza.blogspot ni.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun2 sebelumnya dan semoga Allah menerima segala amalan kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan kali ini.. InsyaAllah

Photobucket

5 comments:

  1. singgah pagi
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. hehehe... amik half day hari ni...baru nak pi sopping barang dapor...

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadan Selamat Berpuasa Zana n suami..Zana, Gas kt kuarters kan ade guna salur gas tu, tak buat ek... ? rugi tau, cuma byr pemasangan je mahal skit..pas tu bil bulan2 tk sampai 10 ringgit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @emme, zana pakai gas lagi jimat, pulak rasanya... hihihhi.. gas kat rumah tu lama baru habis, maklumlah orang x lekat kat rumah, masak tu pun tak hari2 la jawabnya..

      Delete
  4. barang barang tu memang penting. tak ada nanti susah pula nak masak juadah sahur dan berbuka puasa. kekeke

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/thiara-songket-raya-edition-dress.html

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..