Saturday, September 27, 2014

Selfie Guna Monopod?

Aku tak berapa nak suka upload gambar selfie.. ambik gambar selfie banyak terutama bila dalam kereta.. tapi nak upload tu fikir banyak kali dulu..sebabnya selfie akan membuatkan muka aku nampak semakin boooooooolat!
Lagi 1 yang membuatkan aku tak berapa suka selfie ni sebab tangan aku ni x berapa panjang untuk ambik gambar selfie.. alasan! padahal sebenarnya aku tak tau skill ambik gambar selfie yang betul rasanya.. orang kata boleh cuba buat self timer untuk dapat gambar selfie yang ok.. maybe boleh cuba lepas ni..


Tapi sekarang ni dengan adanya monopod, nak ambik gambar selfie lebih mudah! boleh ambik gambar selfie tanpa nampak muka terlalu bolat! panjangkan batang monopd tu then ambik gambar! nampak jauh cikit daripada kamera so tak adalah muka nampak bolat sangat.. hehehe..

Trend monopod ni dah makin popular sekarang.. kat mana2 boleh nampak orang pakai monopod.. ambik gambar dengan pengantin pakai monopod, ambik gambar family ramai2 pakai monopod, bosan2 dekat office ambik gambar dengan officemate, holiday boleh ambik gambar pemandangan cantik dengan monopod.. senang cerita senang nak selfie dengan adanya monopod tu..

Walaupun selfie ni sebenarnya gambar seorang diri jer tapi sekarang ni ambik gambar berdua pun boleh jer dipanggil selfie asalkan ambik gambar guna tangan sendiri.. guna monopod pun tangan sendiri sebab tangan kita yang pegang batang monopod tu kan? :)

Kalau ada yang tak sure lagi cara penggunaan monopod boleh baca link entry zana tentang cara guna monopod yer.. senang jer.. lagipun kalau ada monopod ni mesti kita boleh ambik gambar lebih banyak tanpa menyusahkan orang lain tolong ambik gambar kita.. 

So, siapa suka selfie tu pastikan korang ada 1 monopod tau! senang dan sangat membantu kita ada koleksi gambar yang lebih banyak! selamat mengambil gambar :)

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ