Friday, February 21, 2014

Japanese Village Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang


Salah satu tarikan yang paling menarik bila datang ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang adalah Japanese Village ataupun Rumah Jepun.. apa yang best kat sini, boleh pakai baju kimono dan baju samurai.. sesekali feeling orang Jepun walaupun kulit tak cerah.. hehehe..

pernah tengok samurai pakai rayban & gadis kimono pakai tudung? hihihi.. 

Kalau kita nak ke Japanese Village, ada disediakan perkhidmatan shuttle bus daripada Colmar Tropicale.. free jer.. tunggu depan bangunan Colmar Tropicale tu.. shuttle bus untuk ke Japanese Village ni ada sejam sekali.. ada jadual yg disediakan dekat kawasan shuttle bus tu.. so korang boleh la budget masa.. 




Perjalanan dalam 10 minit jer dari bangunan Colmar Tropicale ke Japanese Village tu.. sepanjang perjalanan tu memang nampak suasana menghijau.. cantik sangat.. tambah pulak dengan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa tu, lagilah bertambah best! kalau rasa tak nak naik shuttle bus boleh la drive sendiri.. lagi senang kot sebab tak perlu tunggu lama untuk balik semula ke bangunan Colmar Tropicale tu since shuttle bus hanya ada sejam sekali..




Nak ke Japanese Village tu kena naik bukit, turun bukit cikit nak ke sana.. tapi x perlu risau sebab kiri kanan ada pokok.. x rasa panas sangat pun sebab cuaca kat sana kan berangin jer.. sebelum ke tempat tu, kita akan lalu Botanical Garden.. ada banyak bunga2 kat kawasan tu.. tapi aku x singgah lama pun sebab nak cepat sampai Japanese Village tu.. hehehe..




Jalan menuju ke Japanese Garden ni memang akan buat kita rasa tenang.. suasa menghijau tu buatkan rasa aman damai jer.. sampai kat Japanese Village tu memang best.. pokok menghijau kiri kanan.. ada sungai kecik yang mengalir kat kawasan tu.. ada ikan2 dalam sungai yg mengalir tu.. memang tenang!




Dah sampai situ, jangan lepaskan peluang untuk sewa baju kimono & samurai yer.. harga sewa adalah RM20 sehelai.. kita boleh pakai dalam 15 minit untuk bergambar kat kawasan sekitar Japanese Village tu.. ambik gambar sendiri tau, bukannya orang tu ambikkan..






Memandangkan kitaorang datang berdua jer, so gambar berdua x berapa banyak la.. masa ni x beli DSLR lagi.. hahaha.. tripod pun x de.. so gambar sorang2 la yg banyaknya.. tapi serius, pemandangan sekitar Japanese Village memang menenangkan & mendamaikan.. so, siapa yg rasa sesak2 kepala nak cari ketenangan tu, cuba datang sini.. :)






Bila dah sewa kimono tu, boleh bergambar kat kawasan sekitar tu dengan baju kimono tu dalam 15 minit.. so, kena gunakan masa dengan berhemah.. tangkap gambar banyak2 sebab takut nanti tak sempat bergambar dah kena panggil.. hehehe.. 



Kitaorang memang lepak lama kat sini.. dengar air sungai mengalir.. kicauan burung.. air tiup sepoi2 bahasa.. cuaca sejuk.. pemandangan menghijau.. memang serius menenangkan hati & perasaan.. 

Tahun ni kan Tahun Melawat Malaysia.. so siapa yg just nak short vacation untuk tenangkan fikiran lepas penat bekerja, boleh la datang sana untuk rehatkan minda.. tapi again, kawasan ni bukan kawasan utk berhibur yer.. sekadar nak lepaskan kebosanan, menikmati keindahan alam ciptaan Allah & berehat daripada kesibukan.. 

Nota cinta: sesekali dapat buat short vacation memang best.. ;)

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

10 comments:

  1. best kan anum baru balik dr sane masa new year

    ReplyDelete
  2. thanx zana share review. plan nak ke sne dlm masa terdekat.

    ReplyDelete
  3. wah..konichiwa la ni..heheh..
    bbrp kali plan nk g sini , asyik xjadi je..huhuh

    ReplyDelete
  4. banyakk kali ida ajak andi ke sini tapi haremmm die xmo. HAHHAHA. teringin jugak nak pakai kimono pakai tudung. wiwiiwiww

    ReplyDelete
  5. zana sewa baju ni mahai kan hukhukhuk..comel pulak korang berjepun jepunan hehehe

    ReplyDelete
  6. hamboi....classs kak zana nie yea....
    cute...

    ReplyDelete
  7. Singgah & follow. follow me back :)
    http://rookieleviosa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. tetiba terigat citer OSHIN plak..citer jepun yg dulu tu...hehehehe.... husnbadn zana ada kot muka jepun..heheheh

    ReplyDelete
  9. nampak air sungai mengalir tu pun dah nyamannn je rasa nya...

    ReplyDelete
  10. saya & wife pernah ke sini dulu..lama dah...:)
    ada lagi ke taman arnab kat situ?

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..