Monday, February 17, 2014

Tips Bahagia Suami Isteri

Di sebalik kebahagiaan, menuntut persefahaman.. persefahaman tak boleh dibina dalam jangka masa yang singkat.. persefahaman bukan boleh terhasil sehari dua.. persefahaman adalah antara tips terpenting untuk suami isteri lebih bahagia.. 


Kalau awal2 berkenalan, tak semua perangai pasangan kita kenal.. mestilah semua nak tunjuk yang baik jer.. kalau nak sendawa pun malu2.. hehehe.. tak nampak lagi semua perangai sebenar.. awal2 ni menuntut kita untuk lebih belajar hati budi masing2..

Lama kelamaan mula kenal daripada riak wajah.. tengok riak wajah pun dah boleh tau dia marah, happy or sedih.. walaupun mulut kata ok, tapi kita dah mula boleh baca apa yang tersirat dalam hati melalui air muka dia.. time ni pun adakalanya kita dah boleh tau pasangan menipu ke x daripada perubahan muka dia.. masa ni kira dah teror sikit la kan.. hehehe..

Bila dah berkahwin, semua perangai sebenar pasangan akan dapat kita lihat.. dari situlah baru kita tau, segala-galanya.. baik buruk pasangan.. tapi yang buruk tu tak semuanya buruk.. maybe di mata kita jer nampak buruk, di mata dia nampak baik.. dari situlah menuntut kita untuk saling memahami..

Kalau yang kita x suka, better jangan pendam atau simpan dalam hati.. luahkan.. sebab pasangan tak kan tau apa yang kita tak suka kalau kita x cakap.. lagi2 awal perkahwinan.. komunikasi sangat2lah penting masa awal perkhawinan ni.. kalau kita senyap jer, simpan dalam hati jawabnya lagi banyak kita terasa hati..

Contohnya, manalah suami tu tau yang kita ni kalau basuh baju ikut jenis warna dan jenis kain.. suami main campak semua dalam mesin & basuh semua sekali! sampai ada baju putih bertukar warna merah.. hahaha.. nak marah?? x sesuai marah, nasihat jer dulu sebab suami tak tau cara kita.. kalau kita marah, silap2 sampai bila2 pun dia tak nak tolong kita basuh baju.. tak ke naya tu cik adik syg..

Kalau kita nak ubah pun, jangan ubah terlalu drastik.. perlahan2.. sebab dia dah terbiasa dengan cara dia tu berpuluh tahun sebelum dia kahwin dengan kita.. contoh kalau dulu suami bangun tidur terus biar katil tak berkemas sedangkan dia bangun lambat daripada isteri.. janganlah hari tu jugak kita paksa dia kemas katil tu.. mau terbalik tilam tu sebab dia tak pandai nak kemas cadar comforter semua tu kan.. 

So cara nak ubah perlahan2 tu, maybe hari bi boleh suruh dia tolong kita susun bantal, esok lusa tolong kita kemas cadar, kemudian kemas comforter ikut keselesaan kita.. semua tu kita buat sama2, nak ubah orang kita pun kena terlibat sama.. lepas dah buat sama2 beberapa hari, masuk seminggu dua confirm dia boleh semua sendiri! 

Persefahaman tak kan dapat kita belajar sehari dua.. setiap hari kita belajar sesuatu yang baru tentang pasangan kita.. perselisihan faham tu pasti akan wujud walau kita cuba menghalangnya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. hehehe..

Tapi, janganlah bermasam muka lama2 sangat.. kalau setakat benda2 remeh tu merajuk sejam dua jer cukuplah.. sebab nak merajuk lama2, muka tu jugaklah yang kita nak salam,peluk & cium masa bangun tido, sebelum pergi kerja, balik kerja, lepas solat & sebelum tido.. lagipun, setakat benda remeh, banyak lagi pengorbanan & kebaikan pasangan yang diaorang dah buat utk kita.. ingat balik kenangan awal2 bercinta, insyaAllah hati akan gembira..

Again, persefahaman bukan boleh dibina sehari dua.. tapi, ianya memerlukan masa.. cepat atau lambat, terpulang macam mana usaha kita untuk kenal pasangan.. pegang kunci persefahaman ni, insyaAllah hubungan akan lebih aman damai.. 

Nota cinta: aku bukanlah pandai sempurna untuk bagi tips tentang perkahwinan.. lagipun baru jer kahwin.. tapi, apa yang boleh dikongsi, x salah rasanya untuk berkongsi.. dan maybe untuk yang nak berkahwin boleh la cuba ambil sebagai persediaan sebelum bergelar isteri/suami.. 


Salam sayang untuk semua
 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. Setuju sgt2...bercinta lain...bila dh kawin lain...mmg perlu ada tolak ansur dan saling memahami..insyaallah selalu bahagia^^

    ReplyDelete
  2. hhuhuhu tq kakak gebu utk sharinggg ni..seswaiiiii sgt tuk fadh yg bakal berkahwin ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. kunci paling utama adalah sabarrr.. hehehhe..

    ReplyDelete
  4. aum aum aum.. makin romantikkk korang ni tau! lame tak jumpeeeeeee

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ