Wednesday, February 12, 2014

Tips Bahagia Suami Isteri Dalam Perkahwinan

Terlalu banyak tips bahagia suami isteri dalam perkahwinan.. kalau nak ikutkan semua tips tu mungkin menuntut persefahaman kedua belah pihak suami dan isteri.. dua-dua perlu mainkan peranan dalam hal kebahagiaan perkahwinan.. kalau isteri sahaja yang amalkan semua tips daripada pakar motivasi perkahwinan pun tapi suami tak amalkan, susah nak menjadi.. begitu jugak sebaliknya.. perkahwinan tu sendiri adalah antara 2 pihak, jadi kebahagiaan dalam perkahwinan pun menuntut kerjasama kedua belah pihak..

Tips Bahagia Suami Isteri Dalam Perkahwinan


Dalam perkahwinan akan lebih indah jika saling memberi & menerima.. suami membimbing isteri menjadi lebih baik setiap hari.. isteri menuruti bimbingan suami dengan seikhlas hati..

Dalam perkahwinan akan lebih bahagia jika saling kasih-mengasihani.. suami memberi kasih sayang sepenuh rasa tanpa berbelah bahagi.. isteri menerima cinta sepenuh hati tanpa rasa sangsi..

Dalam perkahwinan akan lebih ceria jika saling mengingati.. suami berpesan penuh hemah untuk menuju bahagia hingga ke syurga.. isteri mengingatkan suami untuk menjadi imam yang baik dalam mencari redha daripada Yang Maha Esa..

Perkahwinan adalah untuk saling melengkapi.. perkahwinan adalah untuk saling bertoleransi.. perkahwinan memerlukan komunikasi dan bukannya perasaan sangsi dan cemburu membuta tuli..

Semoga Allah memberkati dan melindungi perkahwinan yang dibina hingga ke syurga.. jodoh itu adalah rahsia Allah.. jadi, jagalah rahsia itu sebaik-baiknya kerana ianya terlalu berharga..

Salam sayang untuk semua


 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

2 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..