Thursday, February 20, 2014

Percutian Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang


Edisi short Vacation ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.. Kalau ada sesiapa area Kuala Lumpur yang nak bercuti berkonsepkan flora & fauna, melihat keindahan hutan hijau, jauh dari kesibukan bandar dan merasai suasana yang berangin serta sejuk tanpa perlu pergi jauh2, mungkin boleh la pergi bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi,Pahang.. 




Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni tak jauh daripada R & R Genting Sempah.. lokasi ni cukup stategik bagi sesiapa yang nak menenangkan fikiran.. kalau pergi honeymoon pun sesuai.. untuk tiket masuk ke Colmar Tropicale ni adalah RM12 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak.. 




Kawasan sekitar Colmar Tropicale ni memang cantik & sesuai untuk bergambar..design bangunan yang cantik & unik dengan suasana macam kat luar negara.. ada juga hotel untuk pengunjung yang berhasrat nak bermalam kat sana.. tapi aku pergi memang sekadar nak bergambar jer.. hehehe.. x ada cadangan pulak nak bermalam kat sana..





Kebanyakan yg datang kat sana memang sakan bergambar.. kiranya kalau ada yg berhajat nak buat photoshoot, maybe boleh pilih tempat ni.. lagipun kawasan ni tenang jer.. walaupun ramai orang, suasana tu tetap menenangkan.. 





Kalau dah sampai sana, boleh la terjah ke Japanese Village dan Animal Park.. masa aku gie hari tu sempat gie Japanese Village jer.. nak gie Animal Park dah tak larat.. hehehe.. tapi kalau sekadar nak berjalan2 jer pun boleh.. setengah hari pun dah boleh cover tempat ni..





Dekat Japanese Village, ada Botanical Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa.. kawasan kat Japanese Village ni memang best.. rasa nak duduk lama2 kat situ sebab pemandangan cantik sangat.. hijau jer kiri kanan kita.. next entry aku cerita tentang ni yer..




Animal Park sesuai pergi kalau bawak anak2 rasanya.. kalau tengok peta, ada rabbit park, kanak2 boleh ride donkey.. harga masuk Animal Park ni RM3 rasanya (maaf, peta info dah hilang plus dah pergi lama then baru terhegeh2 nak update.. hehehe).. haiwan2 kat sana aku x sure banyak ke x.. tapi dengar cerita ada merak, rusa, donkey & paling banyak arnab.. 




Kalau kita nak ke Japanese Village atau Animal Park ni, ada disediakan perkhidmatan shuttle.. free jer.. tunggu depan kawasan bangunan Colmar Tropicale tu jer.. ada jadual yg disediakan dekat kawasan shuttle tu.. so korang boleh la budget masa dari satu tempat ke satu tempat lain.. 




Colmar Tropicale ni bukan tempat untuk bersuka ria sangatlah.. tempat ni lebih kepada untuk mencari ketenangan.. tempat nak merehatkan fikiran.. tempat untuk feeling2 romantis.. hehehe.. 

Nota cinta : next entry tentang Japanese Village Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang.. :)

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

12 comments:

  1. Assalamualaikum zana, sheila tak pernah naik sini lagi. hahahaa ~~~

    ReplyDelete
  2. serius...mmng sgt sesuai la kalu nk honeymoon bagai...heheehe.,..suasana die best sgt...hijau mate memandang...n ala-ala omputih sikit...^__^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..dah pergi..tp still rase nak pergi lagi..mmg best kan..

    ReplyDelete
  4. cantik sungguh tempat ni,hari tu lalu,tak sempat nak singgah

    ReplyDelete
  5. best3... gmbar dalam bangunan takde ek..

    ReplyDelete
  6. zanaaaaaa.. za br ke sna last week.. xdan nk story lg kt blog.. laptop msuk bengkel..jerit2 za tengok entry ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. ok akk tunggu nextttt entry hehehe...husband ajak pergi..tapi duk fikir..sana tempat apa yg best nak pergi huhuhuh

    ReplyDelete
  8. as'salam zana..lama xsinggah sini..nmpk entry pasal bukit tinggi lajuuuu je bukak..hehehe..saila teringin nak ke sini, sbb nak tgk bangunan2 dia tu cantikkk2 :))

    ReplyDelete
  9. wahhh..!!! cantiknya tempat ni..!!! Boleh jadi pilihan destinassi untuk honeymoon ni...hihi

    ReplyDelete
  10. Zana, klu gi sehari dh ckup ye? sue dh bape kali ajak hubby pergi..dia kata mahal nak stay..bila baca ni rasa nk pergi dlm satu hari la..heheheh

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ