Thursday, February 13, 2014

Tempahan Menjahit Baju & Manik Sekitar Putrajaya

Kepada mereka yang berhampiran kawasan Putrajaya, kalau berminat untuk buat tempahan menjahit baju boleh contact Zana yer.. tapi Zana bagitau awal-awal, bukan Zana yang jahit tau.. kakak di kampung yang jahit.. Zana tolong ambik tempahan sekitar Putrajaya yg bukan nak pakai cepat dan kenalah hantar baju contoh sebab Zana tak pandai nak ukur.. 

Tempahan Menjahit Baju & Manik Sekitar Putrajaya
 
Harga yang ditawarkan memang berpatutan & jahitan kemas.. harga berpatutuan sebab tailor ni kakak zana yang duduk kat kampung.. so memang harga ikut harga sana lagi.. kat bandar mana nak dapat harga macam tu kan?
 
Tempahan Menjahit Baju & Manik Sekitar Putrajaya
Ramai yang hantar nak buat baju macam baju kurung kanak-kanak yang Alya pakai masa raya tahun lepas.. peplum yang kakak zana pakai tu pun ramai yang tempah..
 
Kalau nak hantar tempah baju untuk dijahit, kena hantar sekali baju contoh.. sebab tailor nun jauh di Negeri Sembilan.. zana x reti nak ukur badan untuk buat baju.. hehehe.. setiap bulan memang zana balik kampung, so memang akan hantar baju kat kakak.. balik bulan depannya, dah boleh ambik baju yang dihantar tu.. 

Kalau ada yang nak cepat, boleh bagitau tarikh nak pakai bila, tapi yang ni akan dikenakan caj postage sebab baju tu akan dipos ke kakak zana untuk jahit & kakak zana akan pos balik kat zana once baju dah siap ikut tarikh yang korang nak tu..
 
Selain baju kurung biasa, pahang & kurung moden boleh jugak tempah untuk buat baju peplum, jubah, blouse atau dress.. tapi harga untuk tu kena PM dulu, sebab ikut design yang kita minta.. 

Tempahan Menjahit Baju & Manik Sekitar Putrajaya
Dress yang Alya pakai ni antara dress yang paling banyak orang tempah.. cantik sangat tau!
 
Kalau nak tempah baju kurung & dress kanak-kanak pun boleh.. cuma kena bagi baju contoh jer.. harga untuk baju kurung kanak-kanak adalah RM15-RM20 (ikut umur).. 
 
 
Tempahan Menjahit Baju & Manik Sekitar Putrajaya
 
Jahitan manik dan lace pun ada jugak.. nak jahit manik kat tudung pun ada jugak.. kalau ada yang berminat boleh tengok hasil tangan kakak zana kat entry yang zana pernah buat dulu.. setakat ni harga memang puas hati dan ikut budget pelanggan jugak..
 
 (entry jahitan manik Iem Creation
(entry jahitan manik tudung Iem Creation)
(koleksi jahitan manik tudung/shawl Iem Creation)
 
Tempahan Manik Sekitar Putrajaya
 
 Tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri dah dibuka.. tak pasti lagi last tempahan terima bila.. tapi kalau nak tau, boleh PM zana.. nanti kita deal balik yer.. 

Nak senang, call/sms/whatsapp zana (013-6065246).. nanti kita boleh bincang balik untuk tempahan tu yer..


Salam sayang untuk semua
 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ