Monday, February 24, 2014

Mr. Kabab & Biryani, Presint 15 Putrajaya - Pilihan Sajian Makanan Arab

Mr. Kabab & Biryani yang terletak di Presint 15 Putrajaya adalah antara restaurant yang popular dalam menghidangkan menu sajian masakan Arab.. bangunan kedai ni sebaris dengan bangunan kedai mamak Sri Alamanda, Bank Rakyat dan Perodua yang berhadapan dengan Nexus School.. restaurant Mr. Kabab & Biryani, Presint 15 Putrajaya ni sentiasa penuh dengan pelanggan terutamanya bila waktu malam, hari gaji & bulan puasa.. tahun lepas kitaorang buka puasa kat Mr. Kabab & Biryani ni kena booking pukul 12 tengahari.. sebab ada sekali tu booking pukul 4 petang untuk reserved tempat berbuka puasa dah penuh! 


Restaurant ni mula2 hanya 2 shop lot.. tapi disebabkan makin popular, sekarang dah jadi 5 shop lot.. habis satu barisan kedai kat situ dia sewa.. hehehe.. pelanggan memang sentiasa penuh kat kedai ni.. datang pukul 8.30 malam hari biasa memang kena menunggu orang bangun.. tak kiralah hari gaji ke, hari tak gaji ke memang penuh sentiasa.. kalau weekend nak datang makan malam, silalah booking siang tu if tak nak menunggu lama..

Dekorasi dalam kedai memang cantik.. pilihan warna pun menarik.. membuatkan kita bertambah selera nak makan.. hehehe.. meja makan dekat dalam kedai ni memang cantik.. servis setakat yang aku pergi, memang cepat dan pantas.. 


Kalau pergi sini, rugi kalau tak cuba ayam tandori & roti nan butter Mr.Kabab & Biryani.. pergghhh, memang sedapppp sangat2.. *sambil taip ni pun terasa lagi kesedapannya.. hahahaha.. so, kalau siapa pergi makan malam atau nak buat tambahan side dish sesuai la order ni yer.. sedappppp betu;.. roti nan cheese dia sangatlah lembutttttt.. ayam memang sedap.. kuah, sambal & sos yang diaorang sediakan pun yummy2!

Pernah jugak cuba nasi arab kat sini.. sedap jugak cuma ada yang kata nasi arab dekat Saba Restaurant lagi sedap.. lain orang lain citarasanya kan.. tapi yang pasti, rasanya hampir sama.. 

Dari segi harga, rasanya sama jer dengan mana2 restaurant sajian arab.. cumanya bagi aku restaurant Mr. Kabab & Biryani ni selesa sangat.. ruang dalam kedai tersusun kemas & tak serabut.. ada jugak meja & kerusi kat luar kedai ni, tapi kalau nak bawak family better makan kat dalam.. ada aircond & tak terlalu bising compared to makan kat luar kedai..


Kalau sesiapa yang masih belum mencuba, boleh la pergi makan kat Mr. Kabab & Biryani ni.. kalau hari biasa, pukul 8 macam tu dah boleh pergi la.. masa tu maybe tak ramai orang lagi.. kalau weekend tu susah nak jangka sebab memang hari siang pun ramai jer orang.. kalau bulan puasa lagilah ramai.. tapi kalau nak bawak family, better call untuk booking dulu (03-88893209)..

* Lepas makan makanan Arab ni risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

6 comments:

  1. Nasi Arab kat sini memang sedap kan zana. nak try roti naan dia pulaklah.

    ReplyDelete
  2. Zana, sue tak jmpa lagi restoran arab yg btul2 besh..mungkin blh try kat sni nant :)

    ReplyDelete
  3. ida pernah buka pose sinii. sedap sangatttt !!

    ReplyDelete
  4. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMASANGAN SHOWER WATER HEATER (PEMANAS AIR MANDIAN), DRILL (TEBUK) LUBANG SKRU DINDING GANTUNG FRAME, CERMIN, PASANG RAILING LANGSIR, PEMASANGAN BRACKET TV, PASANG KIPAS SILING DAN DINDING, PASANG LAMPU CHANDELIER UNTUK KAWASAN PUTRAJAYA. LAYARI BLOKSPOT: http://shower-heater.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, semuanya nampak sangat temptinggg aaarrgghhh ni nak pergi torai ni nanti

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..