Hari Berkabung Malaysia, 22 Ogos 2014
Hari Berkabung Malaysia, 22 Ogos 2014.. hari yang membuat hati rakyat Malaysia tersentuh dan sebak.. hari Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk, Timur Ukhraine.. Pada hari ini jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam..
Inilah masanya rakyat Malaysia, tanpa mengira siapa, agama dan kepercayaan menunjukkan kesatuan empati kepada waris serta rakan taulan mangsa tragedi.. hati akan tersentuh, jiwa akan tersentuh & air mata pasti berlinangan hiba.. kembalinya jenazah mangsa ke tanah air tercinta.. Allah-Hu-Akbar..
Sama-sama kita doakan agar urusan sepanjang menguruskan jenazah yang akan tiba nanti dipermudahkan Allah hendaknya.. kita berdoa agar Allah kuatkan hati keluarga mangsa nahas M17 dalam menyambut ketibaan jenazah ahli keluarga mereka.. semoga Allah kuatkan juga semangat keluarga mangsa dan semangat seluruh rakyat Malaysia untuk melalui hari2 mendatang selepas ini..
Takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa M17..
Al-Fatihah
semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah....
ReplyDelete