Thursday, August 21, 2014

Pokok Rambutan Di Kampung Halaman

Balik Hari Raya memang best sebab tengah musim buah rambutan.. melayut2 buah rambutan kat rumah mak abah tu.. yang paling best, kali ni rendah2 jer buahnya.. anak buah yang umur 2 tahun pun boleh petik buah rambutan tu sendiri.. hehehe.. pokok rambutan di kampung halaman yang membuatkan semua orang makan rambutan siang dan malam.. lepas tu mulalah ada yang batuk sebab asyik makan buah rambutan.. 


Abah paling teruja dengan pokok rambutan yang berbuah lebat tahun ni.. sebab selalu buah lebat tapi bukan time raya, so agal lambat nak habis.. tahun ni berbuah musim raya so siap datang jer abah paksa bawak balik rambutan.. hehehe.. dengan kitaorang sekali kena paksa makan sebab nanti kitoarang tak ada siapa yang nak tolong habiskan? hahaha



Encik Adiey kemain la suka.. dia kata macam dekat dusun dah ni.. kemain meriah buah rambutan abah.. rambutan warna merah ada, warna kuning pun ada.. tapi rambutan warna kuning (rambutan gading) tak berbuah banyak sangat.. lagipun dia berbuah time awal puasa hari tu.. 



Petang raya keempat tu, balik beraya masing-masing lepak kat luar rumah makan rambutan.. Alya kemain mengada suruh Pakcu dukung sebba nak petik rambutan sendiri.. tapi dia tak nak petik yang rendah, dia nak petik yang tinggi.. mengada tau anak dara kecik tu.. kemain suka dia dapat petik buah rambutan yang tinggi.. 


Abah kata kalau nak lagi berbuah banyak, banyaklah bagi buah rambutan tu dekat orang.. lagi banyak kita memberi, lagi banyak hasilnya.. sebab tu setiap kali orang datang, mesti abah akan bekalkan seplastik buah rambutan.. lagipun tak semua rumah ada pokok rambutan kan.. so kita yang ada ni, sedekah la dekat orang lain.. :)


Pokok rambutan ni memang berbuah sejak aku sekolah rendah lagi.. memang lama dah.. tapi dari dulu, memang buah rambutan ni dah merah atau kuning barulah kitaorang adik beradik berani makan.. abah marah kalau kitaorang makan rambutan yang belum cukup masak.. lagipun kitoarang nak makan kena tunggu abah panjat.. kitaorang adik beradik perempuan tak reti nak panjat pokok rambutan tu.. hahahaha.. so,nak makan silalah tunggu masak dan tunggu abah petik yer.. pasrahhhhhhh...

Ada lagi beberapa cerita raya yang akan diupdate.. pastikan cerita raya ni diupdate sebelum 30 Syawal berakhir.. hehehe.. :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. bestnye musim rambutan serentak dengan hari raya.. kenyang je rasa kan... tpi mmg saya pun hantu rambutan...

    ReplyDelete
  2. aduhai...rambutan...suke2...

    ReplyDelete
  3. time pregnant dulu mmg giler klu tengok rambutan macam ni huhu

    ReplyDelete
  4. melayut layut penuh buah rambutan tu..mmg puas makan..mmg musim raya kali ni, musim makan buah.,...durian pun sama :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya rambutan.. tapi takut nak mkn byk2 sebab nnti batuk..hihihi. sy suka kupas byk2 pastu masuk dlm peti ais.. bila nk mkn terasa sejuk je.. nikmat je..hahaha.

    rendah2 je buahnya.. geram sy tgk..hihihi

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ