Jamuan Hari Raya Di Pejabat
Jamuan Hari Raya dekat pejabat dibuat secara sederhana.. masa pilih tarikh tu ramai yang masih "kosong" dengan tarikh tu.. kiranya masing-masing belum ada meeting atau perbincangan tarkh tu.. sekali nak dekat tarikh makin ramai yang ada hal dan mesyuarat.. tapi nasib baik mesyuarat dekat dalam MOF jugak.. so boleh la lari2 kejap kan..
Menu utama jamuan raya adalah Mee Betawi.. ada sorang masterchef dekat office yang sudi sponsor.. Mee Betawi ni macam Mee Hailam tapi rasanya jauh beza gak la.. warna kuah tu jer macam Mee Hailam.. hehehe.. then ada menu satay, nasi goreng cina, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lemang, lasagna, puding karamel, kuih muih, kuih raya, cupcake dan kek untuk birthday bulan Julai dan Ogos..
Kak Sarimah dah masak kuah Mee Betawi tu kat rumah.. tapi dia bawak periuk untuk panaskan kuah tu dekat pejabat.. so time nak makan tu, dia panaskan kuah.. makan panas2.. memang sedapppp.. sampai mengalir air mata masing-masing sebab pedassss dan panassss.. tapi yang penting sedappppp..
Masing-masing memang tak sabar nak makan time ni.. lagipun Kak Sarimah masak Mee Betawi ni setahun yang lalu tme jamuan raya jugak.. kiranya Mee Betawi ni ada time jamuan raya kat pejabat ni jer.. hahaha.. so masing-masing memang jadi tak sabar la kan.. tambah lak semua tengah lapar..
Aku tak ingat berapa kali makan.. kejap makan tu, kejap makan ni.. kejap ulang makan tu, kejap ulang makan ni.. lupa semua istilah diet.. hahaha.. yang pasti sampai petang asyik la makan dan bergambar.. kali relaks cikit tak payah pegang DSLR sebab ada anak staff datang beraya sekali.. dialah yang mengusung DSLR aku ke sana ke sini.. asal nak bergambar jer panggil dia, tau2 gambar jadi jer.. pandai ok ambik gambar padahal baru darjah 4.. huhuhu..
Petang lepas sembahyang Jumaat, potong kek birthday untuk mereka yang lahir bulan Julai dan Ogos.. patutnya ada 7 orang tapi 2 lagi hilang tanpa dapat dikesan, jadi berlima jer la potong kek.. kek super duperrrr sedappppp.. sampai sekarang masih teringat lagi.. tapi sebab dah kenyang, makan cikit jer.. kalau belum kenyang, ada yang aku makan banyak kali kek tu.. hahaha..
Sebelum balik bergambar dengan siapa yang ada.. separuh lagi hilang tanpa jejak.. so, siapa yang ada jer la kita bergambar.. dekat Bahagian ni memang payah nak berkumpul semua lagi2 pegawai.. sebab kitaorang pegawa kader daripada Jabatan Peguam Negara, so kalau ada apa2 meeting dekat sana pegawai kenalah pergi.. tu tak campur dengan meeting dekat Kem. Kewangan ni lagi.. jadi, dekat pejabat ni nak berkumpul semua agak susah.. tapi, tak ada hal semua tu.. sebab yang ada pun dah cukup meriah! dan yang ada pun dah boleh habiskan makanan... hehehe.. :)
InsyaAllah kalau ada lagi gambar raya dalam DSLR tu aku update la cerita raya lagi kat sini.. kalau tak ada lagi, malas la pulak nak update.. lagi2 aku kalau beraya rumah orang memang malas sikit nak keluar kamera.. so, kalau gi open house tu memang jarang sangatlah bergambar.. lagi banyak dihabiskan dengan berborak dan makan2.. hehehe.. kalau tak ada gambar lagi yang sesuai dalam DSLR tu, maka inilah penamat entry raya aku tahun ni.. hahaha.. lagipun raya dah nak habis kot.. baik kita update cerita kehidupan biasa selepas hari raya.. huhuhu.. apapun, kita tunggu la nanti yer..
Assalamualaikum zana. mak oiii terliur sheila tengok mee betawi tu.. ohhhh takda resepi ke? share ler. hihiiii
ReplyDelete