Sebelum datang bercuti kat Krabi dah plan nak makan Banan Pancake Yaminlah dekat pantai Ao Nang, Krabi.. ramai yang cakap kalau datang bercuti kat Krabi tapi tak cuba makan pancake Yaminlah ni tak lengkaplah percutian tu.. :)
Petang hari pertama lepas balik daripada Elephant Trekking tu, kitaorang terus mandi dan solat.. lepas tu terus tahan tuktuk depan hotel untuk ke kedai banana pancake Yaminlah ni.. boleh jer jalan kaki, tapi kita orang tengah penat masa tu, so decide naik tuktuk jer.. bayar BTH50 untuk naik tuktuk dari depan hotel ke kedai pancake Yaminlah..
Korang cakap jer kat tuktuk tu nak pergi kedai pancake Yaminlah ni.. famousssssss kot kedai ni.. semua orang Krabi tau.. hehehe.. masa kitaorang sampai tu, tengah tak ada orang sangat.. excited nak makan banana pancake Yaminlah tu..
Kitaorang order 1 banana pancake nutella yang superrrrrr sedappppp! then 1 lagi order banana pancake chocolate yang sangat ohsem! dua2 sedap tapi paling win dah tentu banana pancake nutella.. sambil makan, borak dengan pelancong daripada Malaysia jugak.. orang Selangor.. borak sakan macamlah dah lama kenal.. hehehe..
Sorry tak dapat bagitau harga sebenar banana pancake ni sebab pelancong yang borak2 dengan kitaorang yang bayarkan.. diaorang nak balik dulu, sekali diaorang terus bayarkan.. Alhamdulillah, rezeki.. semoga orang tu pun terus dimurahkan rezeki.. tapi anggaran harga masa tu BTH40-80 bergantung kepada jenis banana pancake yang kita order..
Kalau nak kedai ni daripada pekan Ao Nang area McD tu, korang terus jer sampai jumpa pantai.. terus lagi sampai korang jumpa ada banyak deretan kedai makan tepi jalan belah kiri.. diaorang semua jual makanan halal kat situ guna lori/van..
Makcik Yaminlah ni pandai cakap bahasa Melayu.. dia memang agak peramah.. kalau kita datang kedai tu, macam2 dia tanya.. dari mana, datang berapa hari, duduk hotel mana, dah buat aktiviti apa hari tu dan macam2 lagilah.. mesra sangat! tak sempat pulak snap gambar dia.. hehehe.. tapi yang pasti banana pancake Yaminlah ni sedap.. lembut dan cukup rasa..
Makcik Yaminlah ni pandai cakap bahasa Melayu.. dia memang agak peramah.. kalau kita datang kedai tu, macam2 dia tanya.. dari mana, datang berapa hari, duduk hotel mana, dah buat aktiviti apa hari tu dan macam2 lagilah.. mesra sangat! tak sempat pulak snap gambar dia.. hehehe.. tapi yang pasti banana pancake Yaminlah ni sedap.. lembut dan cukup rasa..
Balik daripada makan pancake tu kitaorang jalan kaki jer ke tepi pantai nak tengok sunset.. tak jauh pun, dalam 5minit.. dan tak rasa jauh sebab kiri kanan ada kedai2 jual cenrehati.. cantik2!
Next entry kita cerita tentang sunset di pantai Krabi yer :)
sedap kan anum masa pg duk ulang mkn nie
ReplyDeletepancake pisang tuh mmg ramai org kate wajib cube kalau ke sana..haihhh, bile nak nk smp..
ReplyDelete