Wednesday, May 27, 2015

Pengalaman Bercuti di Krabi - Aktiviti Elephant Trekking

  Aktivit petang hari pertama dekat Krabi kitaorang pergi buat Elephant Trekking.. ambik pakej dengan hotel jer sebab masa sampai Krabi awal pagi tu malas nak ronda-ronda cari agen lain.. untuk aktiviti Elephant Trekking ni kitaotang dapat harga BTH500 seorang.. masa tu ada gak survey2 dekat blog lain untuk tau harga.. harga yang kitaorang dapat untuk aktiviti Elephant Trekking ni kira dah ok jugak lah..




Aktiviti start pukul 2 petang.. tepat pukul 2 petang ada van yang datang ambik dekat depan hotel.. kat sana memang diaorang ikut jadual.. kalau cakap pukul 2 petang, memang pukul 2 petang la diaorang datang.. perjalanan ke tempat gajah tu dalam sejam gak la.. sebab ada nak pickup beberapa orang pelancong lagi sebelum sampai kat tempat tu..


Krabi Thailand - Elephant Trekking


Sampai jer nampak berderet gajah.. yang besar ada, yang kecik ada.. masa dapat gajah tu, dah diberitahu awal2 yang gajah tu betina dan gajah tu akan bawak anak kecik sekali.. comel sangattttt anak dia.. memang comel tapi nakal.. kejap2 dia berhenti2.. nak makan daun la.. nak main tanah la.. gesel2 kepala kat badan mak dia la.. comel sangattttttt.. tapi jadi lambat la sampainya sebab anak dia sibuk main sana sini.. hahaha..


Krabi Thailand - Elephant Trekking

Kalau tanya aku, memang seronok la.. tapi ada gak rasa takut bila naik gajah tu.. takut bila nak naik bukit tinggi.. rasa macam nak jatuh dan tak stabil jer.. hehehe.. bila jalan rata ok jer.. bestttt.. badan gajah banyak bulu2 halus.. bila kaki kita tergesel kat bulu2 tu geli jugak la.. hehehe..


Krabi Thailand - Elephant Trekking

Krabi Thailand - Elephant Trekking


Lepas dah puas naik gajah, sesi bagi gajah makan pulak.. seronok sangatttt.. dah la gajah tu makan laju macam kelaparan sangat.. tapi gajah2 ni sporting tau.. bila tuan dia suruh posing, macam2 gaya la dia posing.. time tu cepat2 ambik gambar.. tapi walaupun seronok tetap takut oiii.. gajah tu giler punya tinggi.. aku duduk bawah gajah tu doa harap2 mood gajah tu ok, kang kalau mood tak ok macam2 pulak jadinya..




Lepas dah puas bagi mak gajah makan, sesi tengok persembahan anak gajah.. time ni lagilah super duper seronok.. serius rugi siapa yang tak tengok persembahan anak gajah ni.. bersenam, menari, berjoget dan macam2 lagi aksi tau anak gajah tu buat.. bila kita dekat nanti dia cium pipi kita.. alololo.. comel sangattttt.. geram…




Lepas dah tengok persembahan anak gajah tu, dapatlah makan nenas sebelum balik.. free jer nenas tu.. makan la banyak mana pun.. even aku tak suka nenas tapi kat sana makan gak la sebab nenas kat sana manis2.. sedap..




Sampai hotel pukul 5 petang.. balik bilik mandi n solat jap.. lepas tu keluar balik untuk jalan-jalan cari makan dan tengok sunset.. next entry kita share tentang pancake sedap dan sunset cantik sekitar pantai Ao Nang, Krabi yer..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~ 
Photobucket

3 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..