Baju Kurung Sedondon
Seronok sangat sebenarnya bila dapat pakai baju kurung sedondon ibu & anak ni.. macam tu lah agaknya perasaan kawan2 aku yang dah ada anak.. seronok dapat pakai baju sedondon dengan anak sendiri.. sekarang ni bukan musim raya jer sedondon ibu dan anak, hari2 biasa pun dah jadi trend pakai sedondon ni..
Aku ada 2 helai koleksi baju sedondon dengan anak sedara tersayang.. since beum ada anak, meh la kita pinjam anak sedara tersayang berlakon jadi anak sendiri..
Bergambar dengan Encik Adiey sekali.. nampak macam happy family sangat kan? hehehe.. seronok sangat bila Alya makin manja dengan kitaorang berdua.. pantang nampak aku atau Encik Adiey mesti dia panggil kitaorang.. kalau dengan Encik Adiey lagi dia mengada, asyik nak berdukunggggg jer..
Alya kalau kita pegang kamera, halakan kat muka dia memang senyummmmm jer lah dia.. tau yang kita nak ambik gambar dia.. dia pulak memang suka pakai baju sedondon ni.. kejap2 tunjuk baju dia dan baju aku.. sweet:)
Masa Alya kecik, ada jugak buat sedondon dengan dia.. kali ni buatkan Alya mini dress jer.. guna kain cotton, memang sedap la budak kecik tu pakai sebab macam yang kita tau, kain cotton ni sangatlah selesa sangat..
Siapa yang berminat nak tempah baju kurung sedondon macam ni, boleh contact :
Kawasan Putrajaya : Zana 013-6065246 (FB : Zana Adieyza)
Kawasan Negeri Sembilan : Sarimah 012-9777417 (FB: Iem Sarimah)
Boleh juga tengok dekat FanPage "Iem Creation" untuk maklumat lanjut dan testimoni pelanggan.. yang pasti harga sangat2lah berpatutan.. jahitan kemas dan siap dalam tempoh seperti yang dijanjikan..
*******************************************************************************************************
Link entry berkaitan tempahan baju, sila click link di bawah :
http://adieyza.blogspot.com/2015/05/tempahan-menjahit-baju-sekitar-negeri.html
http://adieyza.blogspot.com/2014/02/tempahan-menjahit-baju-manik-sekitar.html
http://adieyza.blogspot.com/2014/01/baju-kurung-sedondon-ibu-anak.html
http://adieyza.blogspot.com/2011/07/tempahan-menjahit-manik.html
Salam sayang semua :)
~ Zana Adieyza ~
comelnya
ReplyDelete