Tuesday, May 26, 2015

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Kitaorang booking dekat The Garden Dream Hotel untuk penginapan selama 4 hari 3 malam di Krabi, Thailand.. last minute booking hotel ni sebab plan nak ke Krabi pun last minute.. aku just pilih yang dekat nak ke Pantai Ao Nang dan prefer tengah2 pekan so x payah banyak sangat naik tuktuk.. jalan kaki jer.. dan nak hotel yang murah sebab bukan stay kat hotel sangat sebab aktiviti padat sangat sepanjang kat sana.. 

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Masa kitaorang booking hotel ni, harga untuk 4 hari 3 malam termasuk tax adalah RM414.03.. setiap hari diaorang datang bersihkan bilik.. ni pun penting gak sebab ada hotel kat sana memang murah tapi tak datang bersihkan bilik setiap hari.. kena rajin review komen2 pelancong sebelum tu.. 

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Garden Dream ni memang betul2 depan McD kat Ao Nang tu.. so kalau sesiapa yang nak survey hotel dekat Agoda tu, check peta lokasi hotel tu.. kalau dekat dengan McD Ao Nang tu dah ok sangat la.. maknanya dekat nak ke pantai dan senang nak ke mana2 jalan kaki.. Hotel ni oklah, cuma tak ada almari.. tapi tempat sangkut baju ada, sama ruang macam almari cuma tak bertutup.. hehehe.. bilik mandi ok, bersih dan air laju.. tu yang penting.. aircond kipas tilam bantal semua ok.. 

 


Hotel ni jugak ada balkoni.. senang nak sidai baju basah sebab kat sana memang banyak aktiviti laut kan.. then malam2 boleh lepak kat balkoni sebab ada disediakan kerusi jugak.. masa kitaorang hari tu dapat bilik tingkat atas.. best gak la sebab tak dengar orang lalu lalang.. kalau tengok gambar kat bawah ni korang akan nampak yang hotel ni bukan ada banyak tingkat.. dia hanya 2 tingkat tapi ada banyak unit.. dari depan sampai ke belakang.. sepanjang jalan ada pokok buluh..

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

So secara keseluruhannya, kitaorang puas hati dengan service hotel ni.. lagipun hotel ni caj untuk driver yang ambik kita dari airport ke hotel dan hotel ke airport dengan harga yang murah iaitu BTH500 sahaja.. sebab masa survey tu, rate kebanyakannya untuk ambik dan hantar tu BTH600-BTH650.. 

Then boleh check in awal dan check out lewat tanpa caj tambahan.. setiap kali kita nak pergi buat aktivit laut, memang dia akan bagi tuala baru dekat kita.. so xpayah susah2 bawak tuala sendiri pulak yer.. dan kalau booking pakej2 dengan hotel ni lebih murah sebab aku ada gak survey2 beberapa travel agent sekitar Krabi tu untuk bandingkan harga.. 

Tips :

- baca review pelancong yang pernah stay hotel tu untuk dapat lebih banyak gambaran tentang hotel tu.

- better tak ambik pakej yang termasuk halal food melainkan kita dah tau hotel tu memang ada sijil halal untuk sediakan makanan.. lagipun banyak kedai halal sekitar Krabi tu..

- cari hotel yang dekat dengan pantai Ao Nang supaya tak perlu naik tuktuk banyak kali.

- cari hotel yang boleh tawarkan perkhidmatan ambik dan hantar ke airport dengan harga berpatutan..

- call hotel beberapa hari sebelum ke Krabi untuk confirmkan tentang driver yang akan ambik kita di airport.


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

Photobucket

8 comments:

  1. salam, nak tanya u booking hotel ni dekat mana yer?

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    Ad phone number atau email hotel ni x?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum sis..

    Macam mana ye nak contact dengan hotel ni?sebab kalau boleh saya nak deal nk check in awal dengan minta airport transfer..

    Since sy tengok tips dari sis ni sangat3 berguna..
    Kalau boleh,ada x emel hotel ni?

    Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  4. slm.sy nak tanya macam mana nak booking hotel ni

    ReplyDelete
  5. Gitu ya sis. Nampak gambar hotel pon bersih. Dekat dgn laut kira nk pegi mandi laut ja la hihi

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..