~Zana Adieyza~
Hidup ini lebih indah jika kita menghargai setiap saat yang berlalu dengan hati yang bahagia...
Monday, May 25, 2015
Jalan-Jalan Cari Makan Sarapan Pagi di Warung Bunian
Jalan-jalan cari makan di Warung Bunian ataupun nama sebenarnya Warung Tapak Sulaiman.. Hari tu dah pergi untuk lunch, kali ni edisi sarapan pagi di Warung Bunian.. Warung Bunian ni dibuka sejak pukul 7 pagi sampai 10 pagi untuk sarapan pagi.. Sebaiknya silalah datang awal, sebab Warung Bunian ni sentiasa ramai orang.. Yang datang pulak semuanya berkeluarga dan sekali datang bawak 5,6 orang..
Nasi Lemak Telur Dadar dan Roti Canai Warung Bunian
Kitaorang sampai pukul 8 pagi.. Dah ramai orang tapi ada la 2 meja kosong so terus duduk.. Baru jer duduk pelayan dah ambik order.. 5minit jer tunggu, dah sampai semua yang kitaorang order.. walaupun ramai, servis memang mantap dan terbaik.. Pantas sangat! Masa lunch hari tu pun sekejap jer tunggu, tu yang seronok kan..
Nasi Lemak Telur Bungkus
Pagi semalam, aku try Nasi Lemak Telur Dadar dekat Warung Bunian tu.. Encik Adiey hasut ambik sekali Roti Canai sebab katanya portion Nasi Lemak tu agak kecik.. Encik Adiey pulak ambik Nasi Lemak Telur Bungkus.. Nasi Lemak tu sedap! Siap ada ikan masin tau.. hehehe.. Sambal agak pedas tapi sedap..
Roti Canai Warung Bunian yang memang sedap!
Menu Roti Canai untuk sarapan pagi dekat Warung Bunian ni sangatlah sedap! Serius sedap! Nampak biasa, sekali dah masuk mulut lembuttttttt dan sedap sangat! Terus rasa macam nak makan selalu kat situ.. hehehe.. Patutlah kiri kanan nampak orang bungkus roti canai! sedap rupanya..
Siapa sekitar Putrajaya, rasanya Warung Bunian ni sangatlah famous.. Memang ramai yang suka makan dekat situ.. rasanya sebab faktor menu yang memenuhi citarasa ramai orang.. servis sangtalah cepat dan harga berpatutan.. Tak mustahil la rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah review tentang Warung Bunian ni..
Macam hari tu, kitaorang order 2 milo ais, 2 roti canai biasa, 1 nasi lemak telur bungkus dan 1 nasi lemak telur mata hanya RM11 sahaja.. berbaloi dengan rasa dan servis yang pantas tu.. :)
Siapa nak tau tentang menu makan tengahari dekat Warung Bunian ni boleh click link kat bawah ni.. Since kitaorang pernah makan tengahari kat sini, so boleh la baca review kat bawah ni:
So, secara keseluruhannya, memang kitaorang berpuas hati makan untuk Jalan-Jalan Cari Makan dekat Warung Bunian ni.. Boleh repeat banyak kali terutama sarapan pagi sebab Roti Canai yang super sedap tu! Kita bagi 10 bintang!!!
sedapnya tgk menu
ReplyDeleteSinggah pagi...sedap..
ReplyDeletemenu makan tengah harinya pun sedap2
ReplyDeleteya ampunnnn terliur la pulakkk....grr...
ReplyDeletehuh.. [pergi putrajaya tak tau nak makan mana.. maybe boleh singgah sini lepas ni.. =)
ReplyDelete