Wednesday, February 29, 2012
WordLess WednesdaY - Pengantin Lama vs Pengantin Baru
Tuesday, February 28, 2012
Menunggu Detik Kelahiran
Gambar terbaru kakak aku yang no.2 yang tengah sarat mengandung & hanya menunggu masa untuk bersalin.. aku pulak yang risau nak menunggu detik kelahiran anak buah baru ni.. seronok jer pegang2 perut kak ngah.. x sabar nak tunggu anak buah yang ke 14 ni keluar.. harap2 perempuan sebab dah 11 orang anak buah lelaki.. asyik geng dengan pak su jer nanti.. hihihi
Walaupun tengah tunggu hari nak bersalin, kak ngah tetap nak datang Putrajaya tengok konsert Wow Putrajaya hari Sabtu lepas.. risau ok kitaorang tengok dia, dengan perut yang membulat tu dia boleh slumber layan konsert..
Motif kak ngah yang mengandung tapi pipi aku yang lagi bulat??? memang kena pasrah sangat2 sebab pipi bolat tu memang tak nak kecut pun.. hehehe..
Monday, February 27, 2012
Entry Tanpa Gambar
Friday, February 24, 2012
Bila Ex-TTC Mengidam Donut Gebu Zana Adieyza
2 hari lepas, ada member TTC, Eka yang jugak blogger cute post gambar donut kat FB.. tanpa disangka2, ada sorang member yang dulunya TTC, Nana komen kat gambar donut tu.. but now Nana dah bersara dari misi TTC sebab dia dah berjaya pregnant.. congrats Nana!
Gambar donut comel dari FB Eka |
Nana komen kat gambar tu.. katanya dia tunggu donut gebu yang aku buat.. terus aku komen balik tanya dia mengidam ke? dia x reply pulak.. terus msg dia bagitau nanti aku buatkan donut untuk dia.. orang tengah pregnant kan.. sedaya upaya kita nak tolong penuhi hajat dia.. lagi2 hajat kawan baik kita kan..
So masa msg2 dengan Nana, beria2 Nana kata dia gurau jer.. tapi aku tetap x kan senang duduk selagi x buatkan donut tu.. so insyaAllah akan cuba buatkan donut untuk Nana dalam masa terdekat ni..harap2nya kesampaian la niat aku nak buatkan donut tu untuk mama Nana.. insyaAllah..
Nota Cinta: x sangka entry donut gebu membuatkan orang lain mengidam.. hihihi..
Tips Bibir Menawan!
1. Sapukan krim khas untuk merawat bibir seperti lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.
2. Untuk kaedah tradisional pula, anda boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.
3. Selain madu anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.. tapi hanya lapisan yang nipis sahaja ye !
4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih satu setengah tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari, kerana boleh menyebabkan ia nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering tidak lagi kelihatan.
6. Setelah masalah anda pulih jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar & mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel2 kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan!
Thursday, February 23, 2012
Rezeki Keluarga Lagi
Kursus Di Bukit Tinggi - Berjauhan Sebentar
Gambar sekadar hiasan |
Spontaneous Thursday - Friends
Wednesday, February 22, 2012
Pemenang Adiey Adieyza Birthday GiveAway
Maaf lambat untuk umumkan pemenang untuk Adiey Adieyza Birthday GiveAway.. bukan sajer2 nak lewatkan tapi keadaan betul2 x mengizinkan..
WordLess Wednesday - Profile Picture Di Facebook
Tuesday, February 21, 2012
Drama Apa Celop vs Merlin Season 4
Semalam berlaku keadaan kecelaruan remote kat rumah ni.. aku & encik adiey nak tengok cerita Merlin kat Astro.. tapi dalam masa yang sama, aku nak tengok juga drama bersiri terbaru kat tv3, Apa Celop.. drama tu nampak macam boleh membuatkan urat saraf ketawa kita bergerak dengan aktifnya.. lagipun, adik ipar aku ada berlakon dalam salah 1 episod dalam drama tu.. tu yang nak follow drama Apa Celop tu..
2,2 rancangan ditayangkan pada waktu yang sama, 9 malam.. tu yang remote tv malam tadi macam kucar kacir cikit.. kejap Astro, kejap tv3.. tapi malam tadi lebih kepada layan drama Merlin jer.. waktu iklan baru bukak tv3, tapi tv3 pun tengah iklan.. hampeh betol..
Mula2 aku macam nak layan drama Apa Celop tu kat dalam bilik, tapi malas nak tengok tv sorang2 dalam bilik (padahal penakut walaupun tu bukan cerita hantu).. hahahaha..xpe, malam nanti nak tengok kat Tonton.com jer drama Apa Celop tu..
Kecelaruan remote ni selalu jugak berlaku kat rumah ni.. semuanya sebab isteri x suka tengok tv sorang2.. kalau suka tengok tv sorang2, boleh la sorang tengok kat ruang tamu, sorang lagi tengok kat bilik kan.. kalau cerita drama kelakar pun x nak tengok tv sorang2, apatah lagi drama2 seram.. lagi takut!! isteri siapalah tu kan.. hihihi..
Nota Cinta: siapa yang layan drama bersiri Merlin atau Apa Celop?
Tugu 1Malaysia Di Kampung Halaman
Last week aku ada buat entry tentang abah menang Pertandingan Keceriaan Merdeka kan? lupa lak aku nak cerita tentang abah ada buat mini tugu 1 Malaysia dekat depan rumah lepas jer menang pertandingan tu..
Mini x mini sangatlah tugu tu.. lebih tinggi dari aku la kiranya.. hihihi.. kalau x caye, cuba tengok gambar kat atas tu.. cool x tugu yang abah aku buat ni??
Mini x mini sangatlah tugu tu.. lebih tinggi dari aku la kiranya.. hihihi.. kalau x caye, cuba tengok gambar kat atas tu.. cool x tugu yang abah aku buat ni??
Masa balik kampung bulan lepas, sempat jugaklah aku bergambar kat tugu 1 Malaysia tu.. bergambar dengan sijil dan trofi kemenangan yang abah dapat masa menang pertandingan tu..
Sekarang ni, orang kampung dah tukar tagline rumah aku.. orang kampung cakap, "ala, rumah yang ada tugu 1 Malaysia tu".. curlasssss abah, rumah siap ada tugu.. hihihihi...
Nota Cinta: bangga ada abah yang tinggi semangat patriotik!
Cuti Rehat Lepas Accident
Hari ni terpaksa ambil Cuti Rehat.. ada urusan kereta di bengkel yang kena diuruskan nanti.. baru jer semalam apply cuti ni.. mula2 memang nak elak dari ambik cuti sebab ada 2 taklimat yang aku kena hadir.. nasib baik boss memahami..
Bersyukur sebab boss faham situasi aku.. prihatin atau maybe dia pernah alami perkara yang lebih kurang sama..
Tapi, yang buat aku x faham, bila ada "pihak" yang seolah2 mempertikaikan cuti yang aku ambik.. jeling2 bila aku hantar borang cuti rehat.. siap perli2 kata kenapa baru nak mintak la, kenapa sampai kena ambik cuti la, kenapa aku yang nak kena uruskan & x suruh encik adiey jer yang uruskan la.. macam2 pulak pertanyaan dari "pihak" lain.. sedangkan boss memahami keadaan & situasi aku sekarang..
Aku cuba fikir positif.. maybe diaorang x pernah accident.. so x faham situasi aku.. tapi kalau ye pun x pernah alami, x boleh ke cuba memahami hati & perasaan orang lain yang tengah ada masalah?
Bukan aku mintak bantuan wang ringgit atau tenaga dari "pihak" tu.. aku cuma nak cuti jer.. sampai nak jeles sangat tu napelah kan.. lagipun bukan "pihak" tu yang akan luluskan cuti aku.. x pelah, kali ni aku cuba fikir positif.. malas nak fikirkan tentang "pihak" yang langsung x bagi faedah dalam kehidupan aku..
Apapun, terima kasih untuk semua komen yang memberikan semangat & mendoakan kesejahteraan aku & encik adiey.. kitaorang nampaknya makin pulih dari semangat yang hilang seketika.. terharu bila rakan blogger sms thru phone & FB untuk tanyakan tentang keadaan aku.. serius terharu sangat! terima kasih semua!
Nota Cinta: Again, hari ni entry adalah auto publish.. insyaAllah petang nanti kalau cepat selesai urusan kereta, aku akan balas kunjungan ke blog korang yer..
Monday, February 20, 2012
Fridge Magnet Adieyza Lagi
Kalau dah namanya peminat fridge magnet, semua bentuk fridge magnet nak dibeli kan.. kali ni nak share tentang fridge magnet yang baru aku tempah dari blogger kreatif Mal Kraf Malinja..
Fridge magnet kali ni jenis fabric dan alphabet button.. aku just bagitau nak letak perkataan apa kat atas fabric tu.. since warna untuk huruf2 tu bergantung pada stok so aku x dapat pilih warna untuk wording ADIEYZA.. tapi apapun, hasilnya tetap cantik! kombinasi warna pun catik..
Kak Mal siapkan tempahan tu dalam tempoh masa yang singkat.. good job Kak Mal!! so pada sesiapa yang berminat untuk beli kraftangan comel2 dari Kak Mal, jenguk la blog Kak Mal yer.. dia sangat friendly & pantas dalam buat tempahan..
Nota Cinta: suka orang yang kreatif dan suka hasil kraftangan yang cute2!
Terlibat Dalam Kemalangan
Maaf sebab tiada entry di hujung minggu.. tuan blog dan suami baru pulih dari kejadian yang mengejutkan..
Kami suami isteri telah mengalami kemalangan pada hari Sabtu yang lalu.. dugaan yang cukup membuatkan kitaorang suami isteri terkejut..
Hari Sabtu, tanpa disangka2 kereta kitaorang dilanggar berhampiran kawasan rumah.. sememangnya bukan kitaorang yang bersalah.. masa kemalangan, aku langsung x boleh keluar kereta.. lepas jer bunyi dentuman kereta, aku terus menangis dalam kereta.. takut! terkejut! nasib baik pihak yang bersalah nak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan kereta.. sedih bila tengok kereta remuk..
Hari ni cadangnya nak EL untuk uruskan kereta kat bengkel.. tapi ada meeting Bahagian pagi ni.. since memang aku diperlukan untuk hadir meeting ni, so kenalah gagahkan diri masuk pejabat.. hati jer kat pejabat tapi hati ntah ke mana.. sebenarnya x sanggup biarkan encik adiey uruskan masalah kereta kat bengkel sorang2.. hope semuanya dapat selesai cepat..
Hari ni semua entry auto publish yer.. tuan blog jiwa masih x tenteram.. 2 hari sakit kepala teruk sebab terperanjat sangat.. nasib baik hari ni dah ok cikit.. hope dugaan ni membawa hikmah yang baik untuk kami suami isteri.. insyaAllah..
Nota Cinta : first time mengalami pengalaman accident..
Friday, February 17, 2012
SILA BELI DEAL GOLD COAST MORIB RESORT NI!!!
Isu Panas!
Thursday, February 16, 2012
Donut Gebu Zana
Gold Coast Morib Resort - Water Theme Park
Lepas dah puas berjalan sekitar Gold Goast Morib Resort, berposing dalam Studio Suite with private jacuzzi & bercanda di tepi pantai morib tibalah masanya untuk merendamkan diri..
Sebenarnya yang membuatkan aktiviti di GCMR ni lebih best, bila ada water theme park dalam resort ni.. memang mengujakan! walaupun hanya ada 6 game dalam water theme park tu, tapi tetap best!!
Mula2 macam takut jugak nak cuba game tu, tapi encik adiey paksa jugak naik.. lagipun daripada dalam bilik lagi dah mengadap water theme park tu, jadi haruslah hati teruja nak cuba kan.. takut tolak tepi..
Lagipun kat dalam water theme park tu, boleh nampak yang semua game tu budak2 pun berani naik.. so, xnak lah malukan diri sendiri kan.. hihihi..
Lagipun kat dalam water theme park tu, boleh nampak yang semua game tu budak2 pun berani naik.. so, xnak lah malukan diri sendiri kan.. hihihi..
Petang tu memang syok habisssssssss.. asyik ulang2 naik semua game.. sebab memang x ramai orang pun kat water theme park tu.. cuma ada dalam 10 orang jer.. so, setiap kali nak main game memang x payah nak beratur pun.. sampai 1 game tu boleh main lebih dari 10 kali.. huhuhu..
Game yang paling mendebarkan, slide yang segitiga ni.. mula2 nak meluncur tu macam ok gak la.. tapi masa dah kat tengah2 tu, memang terasa gerunnnnnnnnn...
Aku x baring pun masa turun slide ni, aku duduk sebab kalau baring lagilah rasa takut.. yang buatkan aku jeles sebab encik adiey boleh buat aksi baring tapi kepala turun dulu.. gabra aku tengok!
Slide yang 3 ni pun best gak.. mula2 ingatkan macam gelongsor jer.. tapi bila dah main, rasanya x sama macam gelongsor, lebih feel gerun cikit.. tapi best! slide ni paling banyak kali aku naik sebab rasa gerun dia best.. hihihi..
Slide pusing2 kat situ sama macam kat water theme park lain jugak.. tapi yang buatkan best, sebab aku & encik adiey leh naik semua game banyak kali tanpa perlu langsung beratur.. kalau kat water theme park lagi, gerenti dah beratur panjang kan.. dah nama pun pergi bercuti masa weekday, maka haruslah x ramai orang kan..
Water theme park kat GCMR ni nampak simple jer.. tapi bila dah start main, rasa nak main jer.. faktor terbesar yang buat aku layan semua game ni sebab tak ramai orang.. so nak jerit pun x segan.. hihi.. tapi mula2 jer jerit.. dah naik 2,3 kali gelak2 adalah..
Pagi hari ke2 tu, lepas breakfast kitaorang bergambar kat water theme park.. masa ni memang x ada orang pun kat theme park.. awal pagi lagi kan..
Ternyata, GCMR bijak menarik perhatian pengunjung.. selalunya hotel atau resort ada swimming pool jer kan.. tapi bila ada water theme park ni, memang best la kan.. budak2 gerenti suka stay hotel ni since diaorang boleh main game kat situ sepuas-puasnya.. mana x puasnya, dari check in sampai check out leh main game kat situ kan..
So, aku sarankan pada parents untuk bawak anak2 pergi bercuti kat resort ni.. sekurangnya2 anak2 boleh main game kat dalam tu.. memang diaorang x kan rasa bosan la.. maybe kena paksa diaorang naik bilik adalah kot sebab syok sangat main.. hihihi..
Pengantin baru yang nak honeymoon pun boleh stay kat resort ni.. banyak aktiviti dalam air bersama pasangan yang boleh dilakukan.. hihihi..
Nota Cinta: rasanya ni last part untuk Cuti-Cuti di Gold Coast Morib Resort.. nanti aku akan cuba buat entry untuk jawab semua soalan yang ditanya di kotak komen.. bukan apa, senang sebagai rujukan bagi sesiapa yang nak bercuti kat kat sini..
Subscribe to:
Posts (Atom)