Friday, April 5, 2013

24 Jam Setiap Hari


Kadang-kadang aku rasa macam diri ni seolah-olah tak menghargai masa yang dikurniakan Allah.. bila tengok orang lain boleh buat macam-macam aktiviti, aku terasa macam "eh, dia sempat jer buat semua tu walaupun dah beranak pinak" atau "eh, dia boleh sambung belajar walaupun tengah bekerja & ada komitmen lain".. 

Sebab tu sekarang ni aku mula belajar tentang pengurusan masa.. ye, aku akui yang bab pengurusan masa aku agak kelam kabut.. kadang-kadang aku terlebih rajin sampai pukul 12 malam pun masih semangat nak mengemas rumah.. kadang-kadang aku terlebih "M" sampaikan pukul 9 malam dah sibuk2 nak tarik selimut untuk tido! 

Tapi, lepas aku mula ambik tau pasal pengurusan masa ni, nampaknya macam teratur cikit la hidup la.. kurang cikit rasa membazirkan waktu dan rasa lebih banyak sebenarnya aktiviti aku boleh buat..

So, jalan ceritanya kita kena hargai setiap masa yang berlalu.. semua diberikan tempoh 24 jam yang sama dalam sehari.. jangan selalu mempertikaikan kenapa orang lain sempat buat macam-macam perkara sedangkan orang tu pun ada 24 jam dalam sehari!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

5 comments:

  1. tu sbb tak buleh cakap tak cukup masa. hihik..

    yg nyata bes dpt luangkan masa dlm jam dgn ber wechat ngan Zana. Hikhik :D

    ReplyDelete
  2. 24jam tu sebenar nyer xde la lame sgt...angka je membuatkan kita buta..wah!lame nyer 24jam tuh...lame pada yg M...tapi pada yg R 24jam sehari itu tidak cukup... :) bayangkan la if 24 hours kite tuh penuh ngan aktiviti..mesti kite kate...wah~x cukup...hihihi~kan..kan kak...

    ReplyDelete
  3. ida sokmo pk, apesal tak cukup masa niii.. hahhahha.. padahal ken... ;p

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..