Wednesday, April 17, 2013

Cupcake Chocolate Oleh Blogger Putrajaya

Siapa yang berada di sekitar Putrajaya dan berminat nak tempah cupcake chocolate, boleh try order dengan kawan blogger aku ni, Hayatun.. boleh jenguk blog dia [OneDay In Your Life].. 

Aku order dengan dia awal bulan hari tu..*nampak sangat dah lama order tapi baru hari ni sempat nak buat entry.. huhuhu.. Kita boleh order ikut saiz yang kita nak.. boleh order saiz kecik, saiz biasa atau saiz yang besar! harga berpatutan.. servis tip top.. semua sms/pm dan call dijawab dengan pantas dan mesra pelanggan.. itu yang kita sebagai pelanggan nak kan??


Untuk cupcake saiz sederhana ni, harga sebiji cupcake cuma RM1.80.. hiasan atas cupcake tu penuh dengan chocolate.. tu yang buat penambah sedapppp.. aku order ni sebenarnya untuk berkongsi kebahagiaan dengan pegawai & kakitangan kat office ni.. masa tu ada dapat beberapa berita gembira, so jom kita kongsi kegembiraan dengan kemanisan! diaorang kata cupcake ni sedap! so, berbaloi la kan beli then semua pun kata sedap!



Untuk tambahan, aku order jugak cupcake yang saiz kecik (mini cupcake).. satu pek kecik ni baru RM2.50.. comel giler sampai rasa sayang nak makan.. hahahha.. tapi sayang-sayang pun banyak jer cupcake yang masuk dalam mulut aku.. dasarrrrrr!

Kalau korang nak order, boleh la cuba.. kalau area Putrajaya ni senang la nak order kan since tokey cupcake ni memang stay Putrajaya.. lagipun cupcake ni sedap! budak-budak gerenti suka! jangan kata budak2, aku rasa semua peringkat umur suka kot makan cupcake!

Tapi, jangan la ada pulak yang kata, "wei, cupcake pun nak order ke?? buat sendiri la!".. fine!! saya tak paksa anda membeli ok.. saya cuma buat review.. nak beli, beli.. nak buat, buatlah.. lagi bagus kan.. tapi x perlu lah kot setiap kali aku order sesuatu ada jer yang kata aku ni semua nak order tapi x nak buat sendiri.. hey awak, saya order sebab saya tak pandai buat.. ada masalah ke kalau saya tak pandai buat?? ada masalah ke kalau saya nak order?

Nota cinta: janganlah anggap semua orang tu tau buat semua benda yang kita tau.. setiap orang ada kelebihan.. dan saya akui bidang memasak ni bukanlah kelebihan saya.. tapi tu tak bermakna saya tak pernah memasak!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

16 comments:

  1. fuyyooo... nampak sedap.. deco menarik ;)

    ReplyDelete
  2. ok...cantik...mesti sedap..hihi~

    ReplyDelete
  3. boleh x nak cakap..murahnya!!! blogger mana tu..nak order jgk :)

    ReplyDelete
  4. Zana, rasanya dulu Yani pernah terbaca di akhbar...ada perempuan tu dulu tak reti langsung masak, tapi bila dia belajar selok belok dunia memasak ni, sekarang dah jadi businesswoman dalam bidang masakan, so tak mustahil kita pun boleh!

    ReplyDelete
  5. Zana, rasanya dulu Yani pernah terbaca di akhbar...ada perempuan tu dulu tak reti langsung masak, tapi bila dia belajar selok belok dunia memasak ni, sekarang dah jadi businesswoman dalam bidang masakan, so tak mustahil kita pun boleh!

    ReplyDelete
  6. Aslkm...
    macam kenal je cupcake tu..=)hehehe
    alaaaa....zana, biar la orang nak kate ape...takkan tiap kali org berkata kita nak berubah jadi apa yang diorg inginkan...yang penting kita tau sapa diri kita n apa kelebihan kita..okeh..peace!!

    ape2 pun tengkiu zana..siap buat review lagi...

    ReplyDelete
  7. Nampak mengancam betul cupcake tu.

    ReplyDelete
  8. ida pun xreti buat cupcake ni. ape nak malu. bukan kelebihan kite kan zanaaa.. kan kan... ;))

    ReplyDelete
  9. nmpk pun dh sedap cuma x tahan kalau manis...hihi

    ReplyDelete
  10. alah zana akak pun tak reti buat haha.. kalau dekat mahu akak tempah dah untuk hujung minggu ni tergoda dibuatnya...

    ReplyDelete
  11. ya Allah..melelah airliur tengok....sedapnyaa..
    http://butiksayangku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ