Thursday, April 4, 2013

Tips: Sentiasa Seperti Baru Bercinta

Belek album kahwin sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.. kalau agak2 malas nak belek album yang maha besar tu, tengok jer gambar kahwin yang disimpan dekat FB, phone or blog.. ia akan membangkitkan kenangan manis sewaktu bergelar raja sehari!!

Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur untuk mengenang kembali saat2 di awal perkenalan.. cerita tentang macam mana perasaan kali pertama mendengar suara/berjumpa, bercerita tentang tempat pertama berjumpa atau boleh bercerita tentang apa yang selalu dilakukan bersama sebelum bergelar suami isteri.. ia akan membuatkan kenangan indah itu akan tetap utuh di hati kita!!

Maybe ada yg kata tips ni x memberi kesan.. tapi cuba dulu baru kita tau keberkesanannya.. kalau x dapat nak luangkan masa untuk mengenang balik kenangan lama tu setiap hari, cuba buat seminggu sekali.. kalau susah seminggu sekali, buatlah sebulan sekali.. yang penting, kita cuba untuk buat sesuatu yg baik untuk perkahwinan kita..


Memang nampak mudah, tapi kadang-kadang yang mudah tu kita selalu abaikan.. perkahwinan seharusnya makin manis dari hari ke hari dan bukannya makin membosankan.. perkahwinan juga bukanlah untuk tempoh masa yang pendek.. jadi kenapa perlu biarkan tempoh masa bersama tu dilalui dengan rasa bosan, marah, terkilan & tekanan? ingat balik apa tujuan kita berkahwin dengan suami/isteri kita.. insyaAllah, perkahwinan yg dibina akan sentiasa bahagia..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~ 

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Assalamualaikum zana. betul3. sheila suka flashback :)

    ReplyDelete
  2. saya

    sayang

    suami

    saya





    eh?... tetiber! hahaha

    ReplyDelete
  3. kadang2 buat jugak tapi salunya masuk bilik tido dah takde nak refesh kenangan lame dah.. terus terkam! kahkahakhakhhhh ;p

    ReplyDelete
  4. suka lah tips ni.. tapi tulah malas nak keluarkan album gabak tuh tapi kalau sebelum tido duk berangan zaman bercinta tu selalu buat ! :)

    ReplyDelete
  5. haaaa mila selalu buat macam tu sebab kami bercinta selepas kahwin, perkahwinan pilihan keluarga hihi....

    ReplyDelete
  6. Alangkah bahagianyaa kalau dah boleh berkahwin.. huaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. kita kalau tgk gambar kawin, amir asyik dok pertikai dia takda dalam gambar tu hahahahaha... penat terangkan dia belum wujud lg, mesti dia jawab dalam perut yer ibu... dok dlm perut dalam perut jer katanya...

    tp bila tgk gambar² kawin mesti gelihati.. dan terus senyum sorang²...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ