Monday, April 29, 2013

Hanya Yang Positif!

Selamat pagi semua... minggu baru yang perlu dimulakan dengan senyuman... walaupun hati aku tengah panassss dengan seseorang, tapi aku tak nak rosakkan mood aku dengan perangai orang yang tak matang sungguh tu!! buat apa aku nak fikir tentang orang yang langsung tak ada kena mengena dengan hidup aku kan?? yes, maybe ada pertalian, tapi aku tak pernah anggap kehadiran dia ada kaitan dengan hidup aku.. 

Dalam tempoh sebulan ni aku betul2 perlukan tenaga yang lebih.. banyak perkara aku nak fikir dan uruskan.. boleh dianggap dalam tempoh sebulan ni kehidupan aku akan terkelam-kabut cikit..

Bab kerja yang memaksa aku untuk menjerit sebab Urusetia 5S tahun ni ada banyak program yang diaorang nak buat.. bila nak habis 5S ni??? stressssssss aku..

Bab family pulak, kena fikir untuk majlis kenduri kahwin adik ipar bongsu aku.. majlis tak sampai sebulan lagi.. part baju untuk pakai sedondon dengan ADIK BERADIK time kenduri dah boleh dianggap selesai walaupun ada beberapa insiden yang langsung tak sepatutnya berlaku.. tinggal nak cari tudung dan baju untuk pakai masa majlis akad nikah.. 

Oh, lupa nak cerita yang ni majlis kenduri kahwin yang terakhir buat keluarga Encik Adiey.. keluarga aku memang dah lama tak buat kenduri kahwin.. sebab aku kan anak bongsu, last kenduri time aku kahwin dulu la.. ni turn keluarga Encik Adiey lak.. habis jer kenduri ni, kitaorang dah tak payah fikir pasal kenduri kahwin adik beradik.. fikir untuk kenduri kahwin anak-anak buah pulak.. eh?? anak buah aku kecik2 lagi ok!! hahaha..

Aku berharap sangat dalam tempoh sebulan ni hanya cerita2 positif, berita2 gembira, ilmu2 berguna dan kejadian yang baik2 jer yang akan aku terima/dengar.. aku tak nak lagi perangai orang yang tak matang hadir dalam hidup aku! aku tak nak lagi perangai orang yang dengki dengan aku dan orang yang aku sayang ganggu kebahagiaan kami semua! aku tak nak lagi perangai orang yang terlalu sombong dengan "kehidupan indah" dia sedangkan hakikatnya orang yang rapat tau tentang kehidupan yang di "bohong"kan tu..


Fikir perkara positf, buat benda positif & bertindak secara positif!!!

Salam sayang untuk semua..

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. kami adik badek ngan adek badek asben kita pun dh setel semua.

    ReplyDelete
  2. Hepi monday...
    hepi working kak... :)

    ReplyDelete
  3. Assalmaualaikum zana. chill dear! jangan susah hati tau. insyallah semuanya kembali ok buat zana :)

    ReplyDelete
  4. fikirkan yang berkenaan saja zana...

    ReplyDelete
  5. dah dah .. zana takyah pk pasal 'dia'.. baik zana pk pasal ida.. hahahhahahha

    ReplyDelete
  6. adakah dia yang dimaksudkan, yang zana perah citer satu masa dulu.sabar ye zana... be strong

    ReplyDelete
  7. family nory tggal adik nory je yg belum kawen, tu pon lambat lagi kot, sebab dia sekolah lagi..hehehe...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ