Friday, September 5, 2014

Bila Abah Ada Telefon Baru ............

Masa cuti Hari Merdeka hari tu balik kampung.. biasalah, nak sambut birthday abah (next entry).. ada rezeki lebih sikit belikan abah handphone Oppo.. reason pertama beli handphone ni sebab nak suruh abah whatsapp gambar2 mak masak setiap hari.. pulak tu mak belajar buat kek dan biskut sekarang ni, so kitaorang yang jauh ni boleh la tengok gambar kek yang mak buat.. tak dapat makan, dapat tengok kek pun jadilah kan.. hehehe.. since mak masuk class buat kek dan biskut tu, belikan la mak oven yang baru.. sebab oven lama rasanya dah x berapa sesuai dan elok..



Kelakar sangat bila abah pakai handphone touch screen.. sebab sebelum ni memang abah tak pandai nak guna gadget2 canggih ni.. sebelum ni aku belikan handphone Nokia Asha, dia bising sebab tak jumpa huruf.. katanya nak taip 1 mesej pun dekat 15 minit.. hahaha.. handphone zaman sekarang semua jenis keyboard komputer.. abah lak mana biasa guna komputer semua ni.. hura hara dah jadinya dia pakai handphone Asha tu.. 

Sebab kan tu jugaklah aku belikan handphone Oppo ni.. sebab jenis android ni senang.. ko taip huruf pertama keluar terus perkataan yang mungkin ko nak taip tu kan.. baru taip "ab" dah keluar "abah" "abang" "abdul".. kan senang.. so, abah taip huruf pertama atau kedua jer dah keluar apa yang dia nak taip.. senang sikit.. so laju la dia nak taip mesej kan..

Masa baru dapat handphone ni "masak" jugaklah kitaorang nak ajar abah pakai.. kejap2 dia tanya, kejap2 dia tanya.. bila berbunyi sikit jer dia tanya, bila menyala2 lampu jer dia tanya.. gabra la abah ni kan.. hehehe.. dia nak taip pun takut2.. sentuh pun sipi2 jer.. so cute!

So, add abah dalam group whatsapp family.. mula2 dia pelik la apasal handphone dia asyik berbunyi jer kan.. biasalah kitaorang adik beradik ada jer nak borak kat dalam group whatsapp tu kan.. 

Sekali, bila abah dah join sekali.. asyiklah kitaorang gelak ok.. macam2 ragam abah ni.. nasib baiklah ada sorang akak aku yang tinggal dekat2 dengan kawasan rumah abah.. kejap2 abah gie rumah dia tanya pasal telefon, kejap2 dia pergi sana tanya pasal gambar.. kalut sungguh jadinya.. hahahaha.. 




Dia boleh pergi rumah akak tanya apa maksud "atok terbaik" tu.. padahal kita cakap atok terbaik maksudnya terbaik la kan dah nak belajar like2 kat FB tu.. like gambar anak2.. tapi dia tak faham, siaplah pergi rumah kakak.. nasib ko la kak im jadi mangsa kena buat class gadget malam hari.. hehehe.. 




Ada sekali tu dia try ambik gambar dan hantar kat group whatsapp.. gambar tu gegar.. boleh pulak dia kata sebab telefon kecik gambar gegar.. amboi abah, nak request handphone yang skrin berapa inci pulak lepas ni? kitaorang pun ajarlah abah yang nak ambik gambar jangan gerak2 tangan tu sampai gambar tu keluar balik.. ni baru tekan snap dah gerak memang la gegar.. bila kita kata dia x pandai ambik gambar, dia kata dulu Najib Razak pun tak pandai.. adoiiiiii... tetiba nama PM masuk dalam group whatsapp.. 




Mula2 kan dia pelik nape handphone dia asyik berbunyi jer.. lama2 dia dah ok la sebab tau anak2 dia memang kejap2 berwhatsapp.. ada jer nak borak.. sekali ada 1 malam tu semua senyap.. penat lah kot masing2 kerja hari tu kan.. tiba2 dia whatsapp perli "sonyap je malam ni jari anak abah sakit semua?"... amboiiiiii, kemain dia yer perli kita.. siap bila kita balas dia jawab, "dah bunyi pun tepon abah. jangan marah ye".. adoiiiii.. serius kelakar la..




Part salah taip tu memang biasalah kan.. aku pun jenis typo jer.. tapi kitaorang memang suka sakat abah bila dia salah eja.. tapi abah tu mana nak mengaku kalah.. dia katalah abah taip bahasa belanda.. padahal nak cover yang dia salah eja.. siap cakap jangan ganggu dia dengan mak nak tengok bola kat TV.. sweet sangat la tu tengok bola sama2 yer abah.. hehehe..




Sekarang abah dah tiru perangai aku lak.. sebelum makan ambik gambar dulu.. tu yang kakak aku perli, "acu dah jadi kau  sblm makan ambik gambar".. hahahaha.. tapi memang rasa best sesangat bila abah dah pandai ambik gambar dan direct hantar kat group whatsapp.. maklumlah, abah memang bukan jenis yang nak ambik tau pasal gadget kan.. bila dia dah pandai guna group whatsapp ni, rasa best!





Again, abah typo lagi dan buat alasan huruf kecik pulak.. padahal memang dia typo.. suka cover x nak bagi nampak dia salah.. memang comel jer la abah ni tau.. abah, kalau nak hurufnya besar, tunggu ada handphone sama saiz macam tv la jawabnya... hahaha.. semua huruf pun memang kecik kalau dah touch screen kan.. 

Ada banyak lagi sebenarnya yang kelakar.. tapi tak nak lah masuk semua.. nanti abah whatsapp aku, "apasal cerita pasal abah salah taip dekat blog?"... hahahhaha.. lariiiiiiiiiii...

Abah, nanti rajin2lah whatsapp gambar mak masak yer.. kitaorang tak dapat balik setiap hari, dapat tengok lauk mak masak setiaphari pun dah ok.. hehehe.. nanti abah belajar selfie dengan mak yer.. boleh ambik gambar romantik2 selalu.. rajin2 like FB anak2 abah yer.. tanda sokongan abah yang tak berbelah bahagi.. hihihi.. 



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

9 comments:

  1. kita baca pun gelak juge...comel je abah

    ReplyDelete
  2. Hahaha..memang comel abah zana..
    Nak ajar abah kite jugak la.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. cover baik nye ye abah.. kelakar boto..

    ReplyDelete
  4. hahaahhaa..serius comel gilerr abah niii..kelakarrrrr sgt!

    ReplyDelete
  5. haha...kita yang baca pun gelak sakan..mesti happening kan kalau balik kampung. bestnya laa..rindu plak nak balik kampung.. T___T

    ReplyDelete
  6. haha tergelak kita baca dibuatnya, tp bgs jgk abah zana kira cpt jugaklah dia belajar wassuppp tu ....

    ReplyDelete
  7. wah curlas abh zana pandai wasap.. dulu mak ida pun cam nii masa mula2 ade wasap. skrg dia lagi advance. siap cakap, "korang semua dah install telegram ke?" haa sudahh advance sangat mak ni HAHHAHHAA

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ