Tuesday, September 30, 2014

Blog, Blogger, Blogspot dan Blogging

Kalau bercakap tentang blog yang jadi kesukaan ni memang banyak.. sebab memang ramai blogger yang aku follow sejak awal2 jadi blogger masih aku follow sampai sekarang.. 



Sebenarnya kalau nak ikutkan aku lebih suka follow blog yang suka gunakan bahasa yang santai dan tak terlalu formal.. dan yang pasti kena ada banyak gambar! seronok baca blog yang ada gambar menarik daripada baca blog yang tulisan semata-mata.. lagipun melalui gambar tu kita akan lebih menghayati jalan cerita blogger tu..

Kalau nak tau blog yang mana yang aku suka baca, boleh search jer kat tepi belah kanan blog ni.. kat situ aku kumpulkan senarai blog yang boleh dikatakan kerap aku baca.. ada yang kerap dan ada yang wajib dibaca.. hehehe.. 


Blog blogger kawan2 TTC memang selalu aku follow.. sebab daripada diaorang aku dapat semangat.. kadang bila down, baca perkongsian kawan2 TTC ni memang boleh jadi bersemangat balik.. bila baca kisah diaorang buat rawatan dan share tips2 untuk kesuburan memang selalu jugak cuba.. jadikan panduan lebih2 lagi kalau yang dah berjaya pregnant tu.. 



Blog yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku tengok kebanyakan daripada blogger terkenal la kan.. daripada blog diaorang ni sebenarnya kita boleh belajar tentang topik yang boleh kita cerita dekat blog.. gaya penceritaan blogger2 yang dah lama dan selalu join event dengan Nuffnang ni boleh jadi panduan untuk blogger yang masih baru ni.. 



Blog para isteri memang wajib terjah la kan.. kata dah kahwin so memang blog para isteri ni boleh jadi panduan dalam kita nak uruskan keluarga.. ada share tentang tips belanjawan keluarga, tips memasak, petua2 kesihatan, tipas mengemas rumah dan macam2 lagilah.. 

TIPS MENCARI BLOG YANG BEST

Blogwalking adalah salah satu cara kita nak banyakkan lagi blog yang kita baca.. sebab kadang tu kalau kita rajin blogwalking, mesti ada terjumpa blog2 yang best untuk dibaca.. selalunya blog yang orang suka baca ni mesti ada gambar yang cantik, bahasa yang ringkas dan layout blog yang menarik!

Lagi 1 cara adalah dengan rajin join contest yang dibuat oleh para blogger.. sebab melalui contest sebenarnya kita akan dapat baca lebih banyak blog blogger lain.. melalui contest jugak kita dapat tau tentang lebih banyak aktiviti yang blogger lain anjurkan..

Kalau nak cari lebih banyak blog yang best, boleh jugak try masuk dalam group FB para blogger ni.. contoh boleh search dan join "Kelab Blogger", "Sahabat Blogger", "Blogger Crew" dan banyak lagi.. dari situ dapat baca lebih banyak blog yang best!

Selamat menambah rakan blog!

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Photobucket

6 comments:

  1. Hi Iola long time long see 😁
    Rindu nk berblog mcm dulu
    Now ramai blogger dah sepi uwaaaa

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum zana, hee betul2 rajin blogwalking boleh tahu mana blog best best. hehehe

    ReplyDelete
  3. singgah pagi...:)
    Walaupun hanya di alam maya..
    kasih sayang dan ikatan kasih itu mampu terjalin...:)
    Love u kak..

    ReplyDelete
  4. akak pun suka masuk blog yang banyak gambar..memang best cuci mata..singgah pagi..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..