Monday, September 29, 2014

Warna Pink Lebih Feminin!

Rasanya entry ni tak perlu nak ulas panjang kot kan.. sebab kebanyakan yang kenal aku atau follow blog ni dah tau jawapan untuk entry cabaran 30 hari blogging untuk hari ni.. warna kegemaran, dah tentu tiada yang lain melainkan warna PINK.. PINK.. PINK.. 



Suka pink sampai anak buah yang perempuan pun aku suka paksa pakai baju warna pink.. suka belikan diaorang barang warna pink.. suka hasut diaorang dan mak diaorang belikan segalanya pink.. memang nampak macam jahat sebab suka paksa orang lain suka warna pink, tapi aku tak kisah sebab aku suka bila nampak orang pakai pink.. hehehe..

Warna blog pun bertemakan pink.. pernah try nak tukar tapi takut nanti sehari jer bertahan.. sama macam beli casing phone beria tak nak beli warna pink konon nak ubah selera, tapi tak bertahan lama.. seminggu pakai warna lain dah bosan, rasa macam x sempurna jer.. 

Bila nampak barang warna pink, membuak2 rasa nak beli.. kadang barang tu tak perlu dan tak penting tu.. beli hanya sebab warna.. lepas tu kadang menyesal sebab beli tapi tak pakai sangat.. 

Baju dan tudung/shawl memang majoritinya berunsurkan pink.. handbag dan kasut pun mesti ada koleksi pink.. mahal murah bukan persoalan janji ada pink.. jam atau apa sahaja barang keperluan rumah akan cari yang warna pink dulu.. sampai senduk, besen, baldi atau tong sampah pun sedaya upaya beli yang pink.. memang hantu pink!

Pernah create entry tentang "Warna Mempengaruhi Mood".. memang diakui kalau aku pakai pink hari tu memang mood aku selalunya akan baik jer.. rasa macam "perempuan sejatiiiiiii" la sangattttttt bila pakai pink.. hahhaha.. melampau ok!

"Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. 

Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas. manakala, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia juga menggambarkan pemakainya seorang yang tenang, bijak dan tidak banyak karenah.


Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren. Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin."

So, apa warna kegemaran anda?


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. dulu jarang ada warna pink...tp sejak ada anak gegurl dah jatuh cinta dengan warna pink...right now dah jadi kegilaan pulak...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. yezza...blog ni pun bercirikan pink jugak :)

    ReplyDelete
  3. suke pink... tp sbb rasa mcm x ganas... suke pink dlm diam... hilang macho... hahahah
    sgt suke dgn hijau yg pasti.. klu g keje pakai hijau rasa mcm hidup... tp klu g keje... semangat makin kuat bila pilihan tudung tu ngam.. menjadi je.. hahaha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ