Thursday, April 18, 2013

Motivasi Diri : Bersyukur


Kadang-kadang tanpa sedar kita akan membandingkan sesuatu dengan orang lain.. nampak perkara ni memang tak baik pun.. sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. rezeki masing-masing pun berbeza2.. kalau pasangan kembar pun mesti ada perbezaan antara kembar tu sendiri.. 

Nampak orang pakai kereta tempatan, mulalah nak bandingkan dengan kereta import awak tu.. padahal awak tak tau yang orang tu mungkin ada simpanan wang yang banyak dalam bank dan mampu jugak nak pakai kereta import kalau dia nak.. cumanya mungkin dia lebih selesa untuk menyimpan / menabung.. kita tak tau kan??

Tau orang tu pergi makan dekat kedai makan biasa, awak pulak bagitau betapa ruginya orang tu tak pernah cuba makan dekat tempat-tempat mewah.. tapi sebenarnya awak tak tau yang orang tu mungkin citarasanya lebih kepada makanan tradisional daripada barat.. ataupun, orang tu sendiri dah jemu makan kat tempat mahal-mahal.. kita tak tau kan??

Bila dengar jer orang nak buat perniagaan sampingan, mulalah awak cakap orang tu tak cukup duit untuk sara kehidupan.. padahal awak tak tau yang orang tu berniaga sebab nak kumpul harta tanpa berhutang sedangkan awak berderet-deret hutang kad kredit.. kita tak tau kan??

So, bila kita tak tau, lebih baik kita berdiam.. lebih baik kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.. setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing.. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita..

Sekadar memetik beberapa contoh.. bukan untuk mengenakan orang lain.. tapi sebagai renungan untuk diri sendiri juga.. kita tak pernah tau apa yang orang lain rasa.. kita tak pernah selami sehabis dalam kehidupan orang tu walaupun orang tu kawan baik kita sendiri.. kita tak tau apa yang orang tu fikirkan tentang kehidupan dia.. 

Jadi, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita.. kalau orang tu ada kelebihan, anggap tu memang rezeki dan kurniaan Allah.. kalau orang tu ada kekurangan, jangan pernah kita pertikaikannya.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

8 comments:

  1. jadi jgn mudah memberi persepsi negatif pada orang tanpa mengetahui perkara sebenar...

    ReplyDelete
  2. btl tu zana..utk diri sendiri pun sama,xperlu rasa rendah diri atau serba kekurangan tgk org lain berkereta mewah,mkn tmpt mahal2 etc..org yg suka bangga diri lagi la xperlu..xbaik membanding2..kita xtau apa yang dia ada mungkin lebih dari kita :)

    ReplyDelete
  3. untuk org yg suka membanding2 tu, dah mati nanti tak nak banding2 ke kubur org sebelah lebih besar ke tak??

    ReplyDelete
  4. tersangat betul tu..saya tak bangkang yg ariff..hehehe

    ReplyDelete
  5. yup betul tu setuju sgt!

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..